Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kekurangan Nutrisi Petanda Badan Anda Berbau?


“Eh, badan kau ni berbau lah, kau tak perasan ke?”
” Yeke, aku rasa ok je”


Pernah tak ada orang tegur macam perbualan di atas? Kalau pernah, jangan ambil remeh. Mungkin anda anggap badan berbau ini adalah perkara biasa, tetapi tidak juga. Hal ini kerana, anda mungkin tak tahu bahawa badan berbau yang anda alami itu menandakan perkara lain mengenai kesihatan anda!Setiap bahagian tubuh kita yang berbau ini sebenarnya mempunyai maksud tau. Ini 5 jenis bau badan yang anda jangan lepas pandang.


1. NAFAS BERBAU SEPERTI BUAH TANDA DIABETIS


Diabetis atau kencing manis adalah antara penyakit yang amat digeruni ramai. Malah penyakit ini juga berpunca dari keturunan. Menurut Robert Gabbay, M.D., Ph.D., Chief Medical Officer di Joslin Diabetes Center, Boston, Amerika Syarikat, diabetis berlaku kerana badan kita mempunyai kandungan insulin yang rendah dan menyebabkan kadar gula meningkat. Disebabkan tubuh badan pengidap diabetis ini tidak dapat mengeluarkan ‘acidic chemical’ seperti biasa, ini menyebabkan nafas anda berbau seperti buah-buahan. Anda mungkin tak perasan sampailah ada orang lain tegur atau jika ke klinik, doktor pasti tahu. Antara tanda-tanda lain adalah bibir anda cepat kering, cepat keletihan, sukar untuk bernafas dan sakit di bahagian dada.


2. BAU KAKI TANDA MASALAH ‘ATHLETE’S FOOT ‘


Pakai kasut bertutup lama sikit saja, buka kasut habis satu rumah bau busuk kaki. Adakah anda dalam kategori ini? Kalau ya, ini bermakna kaki anda telah dijangkiti kuman atau dipanggil ‘fungal infection’. Jika anda perasan, kalau kulit kaki kering, bersisik, atau selalu melecet atau kemerah-merahan, ini bermakna anda mengalami ‘athlete’s foot’ iaitu masalah jangkitan kulit di bahagian kaki. Tapi, awas! Jangan pula anda selalu menyentuh bahagian kaki yang mengalami jangkitan kuman tersebut kerana dikhuatiri akan merebak ke kawasan badan yang lain. Elakkan memakai kasut bertutup terlalu lama dan dapatkan rawatan doktor dengan cepat. Nanti susah pula nak berjalan.


3. NAJIS BERBAU TANDA KEKURANGAN
LAKTOSA

Mungkin ramai yang dah tahu bahawa najis berbau busuk dari kebiasaan menandakan ada yang tidak kena dengan badan anda. Najis yang berbau busuk dari kebiasaan berlaku apabila usus kita tidak mengeluarkan enzim yang secukupnya iaitu laktosa. Ini yang menjadikan perut anda agak bergas, penuh dan juga akan menyebabkan bau kentut yang busuk. Tetapi, reaksi berbeza akan dialami oleh setiap orang bergantung kepada keadaan fizikal. Ada juga yang akan mengalami kekejangan, sakit perut yang melampau atau pening kepala. Untuk kebiasaan manusia, memerlukan sebanyak 12 gram laktosa iaitu bersamaan dengan satu cawan ais krim.

4. BAU AIR KENCING YANG KUAT TANDA JANGKITAN AIR KENCING


' Urinary tract infections ‘(UTIs) adalah kondisi dimana akan menyebabkan air kencing anda berbau agak kuat. Hal ini berlaku kerana, bakteria yang selalunya adalah E-coli, telah masuk ke dalam sistem urinari anda dan menyebabkan infeksi di kawasan berkenaan. Kerapkalinya, situasi air kencing berbau ini akan berlaku kepada wanita berbanding kaum lelaki kerana saluran urinari agak berbeza. Jadi, kalau kencing anda agak berbau, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.



5. MULUT BERBAU TANDA ‘SLEEP APNEA’


' Sleep apnea’ adalah satu keadaan dimana anda tidur anda terganggu disebabkan gangguan pernafasan. Kalau bangun pagi dan dah gosok gigi pun mulut masih berbau, ini bermakna anda mengalami ‘sleep apnea’ kerana pernafasan ketika tidur asyik terhenti dan bermula semula. Keadaan ‘sleep apnea’ selalunya akan menyebabkan anda berdengkur dan menjadikan mulut anda kering, iaitu punca utama kepada nafas berbau. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan merawat masalah tidur dahulu. Hal ini kerana, gangguan ketika tidur amat berkait rapat dengan masalah darah tinggi, diabetis dan masalah jantung. Jadi, dapatkan rawatan segera kalau tak mahu terlambat.

 Credit : SirapLimau

4 ulasan