Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Luahan Hati | Hari Yang Memenat Dan Meletihkan


 Bila ditanya sudah bersedia ke belum untuk menjawab peperiksaan. Sejujurnya jauh di dasar hati aku masih belum bersedia. Tapi kalau nak cari dimana kesediaan itu, aku pun tidak pasti. Aku tidak pasti seberapa banyak lagi masa yang aku perlukan untuk menghadapi peperiksaan itu. Entah.

Peperiksaan akhir kursus Penjaga Jentera Elektrik (PJE A1) merupakan satu peperiksaan besar yang akan aku hadapi tidak lama lagi. Ya, masanya semakin suntuk, berbaki satu minggu enam hari sahaja lagi. Debaran dihati jangan ditanya. Hanya Allah yang tahu. Keserabutan kepala juga tidak mampu untuk aku jelaskan. Oichh.. tiba-tiba terasa macam nak menangis. Sebak, mungkin. Penat jugak berkemungkinan. Entah, kepala seakan tidak mampu berfikir dengan waras lagi sementara waktu ini. 

Aku terlalu penat sebenarnya. Penat digesa itu dan ini. Penat dengan segala kerja yang datang disaat-saat akhir. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan aku yang tidak berapa baik. Rasanya sudah seminggu lebih aku demam dan mengalami batuk yang agak teruk. Fuhhh setiap kali batuk, terasa macam nak putus urat tekak, nak pecah rasa kepala. Sakit yakmat!

Ikutkan hati memang aku nak ambil cuti sakit. Nak bercuti sepuasnya. Tapi aku tak boleh. Aku tak mampu. Aku dah kesuntukan masa. Kalau aku ambil cuti sakit, semestinya nanti aku akan ketinggalan dalam beberapa subjek. Bak kata lecture, saat-saat terakhir ini sangat penting. Sebab waktu ni lecture akan bagi tips dan juga beberapa hint yang bakal masuk dalam peperiksaan nanti. jadi, aku terpaksa kuatkan hati, tabahkan diri dan gagahkan kaki untuk terus melangkah ke kelas. 

Untuk hari ini aku merasakan kepenatan yang agak berganda. Kepenatan yang tidak terkata. Malam tahu aku dan rakan-rakan terpaksa bersengkang mata untuk habiskan juga amali bagi subjek PLC. Sungguh, aku tak terjangka kelas kami akan habis selewat itu. Ya, sangat-sangat lewat. Aku punya amali PLC berjaya disettlekan pada jam 3pagi. Kau rasa?? Yang aku punya pun sudah pukul 3pagi, agak-agak mereka yang dibelakang aku jam berapa pula nak settle eh?  Aku dah tak mampu nak merasa wehhh.. Dengan mata yang tahan mengantuk, badan yang letih dengan kelas sehari suntuk pada siang hari, tetiba dimalam hari kami terpaksa bersengkang mata untuk habiskan juga amali untuk subjek tersebut. Hanya Allah yang tahu apa yang kami rasa, bagaimana perasaan kami. Bayangkan, sudahlah malam tadi aku tidur lewat, pagi tadi aku bangun awal untuk ke kelas. Sampai je ke kelas, aku tengok ada seorang lagi rakan sekelas yang menunggu giliran untuk amali tersebut. Ya Allah, dari malam tadi tak settle lagi. Tak sampai lagi turn dia. Ishhhh aku tak mampu nak bayangkan macam mana lah dia menunggu dari malam hari sampai ke pagi hari. Tak tidur malam kami semata-mata nak settlekan PLC. Fuhhhh !!!


Mula-mula buat aku blur. Tetiba jadi tak tahu macam mana nak masukkan simbol. Dekat mana nak cari simbol. Dimana nak cari garisan untuk line seterusnya. Puas aku mencari. Waktu nak save dan load program tetiba jadi error. 19 error! Fuhhh semua salah wehhh! Aku perah otak sekuat mungkin untuk settlekan semua ni. 

Sebahagian litar PLC yang perlu kami buat. Kalau tengok litar macam susah tapi sebenarnya simple sangat bila kita dah faham. Tapi aku paling susah nak faham part masukkan simbol dan baca pergerakan litar tu macam mana.

Aku dah penat + mengantuk. Tidur kejap sementara tunggu giliran. Dah tak peduli, lantaklah mereka nak berwefie bagai. Waktu ni kalau tak silap aku jam 12 tengah malam kowt. kami masih setia menunggu giliran. 

2 ulasan

  1. all the best sis! moga Allah permudahkan segala urusan!

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan urusan Kak Yong..sebab stress sangat tu sampaikan kesihatan terganggu..Jaga kesihatan leklok ye..

    BalasPadam