"Music is my life. The lyrics are my story."
June 2018. Alhamdulillah, aku masih kekal disitu. Masih bertahan dengan dugaan fizikal dan mental. Tak sangka aku masih bertahan tapi itulah hakikat. Alhamdulillah.
Kadang kala ada juga terasa rindu dengan suasana tempat kerja lama. Tapi biasalah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sampai bila nak berada di level yang sama. Ada peluang dan ruang, cubalah sahut untuk perubahan ke arah yang lebih baik.
Kalau dulu, aku biasa buat kerja di merata tempat, masuk pencawang elektrik, menghadap cable dan karen. Sekarang aku menghadap machine setiap hari, buat kerja di tempat yang sama, masih menghadap cable dan karen tapi tidak sekerap sebelum ni. Huhuuu..
Perbezaan dulu dan sekarang. Dulu aku services switchgear, transformer, lvdb dan efi. Kerja dulu tidak terlalu terikat. Kerja dengan bebas dan relek. Hahaaa walaupun kadang kala sakit jugak mental. Tapi best. Seronok sebab team kerja sekepala. Siang kerja dan malam melepak. Itulah rutin harian seharian aku. Sekarang kerja aku agak terikat. Masuk kerja perlu thumb print.. Nak keluar lunch perlu thumb print.. Balik kerja pun thumb print.. Hahaaa stress kan!
Tapi bagi aku takdelah stress mne sebab kita sebagai manusia memang terikat dengan peraturan. Jadi, pandai pandai kitalah nak handle macam mne. Hampir setiap hari aku akan repair machine, guna machine dan segala benda tentang machine lah. Alhamdulilkah, disini aku banyak belajar ilmu baru. Ilmu yang kurang ada dalam sylibus ketika zaman belajar dahulu. Senang kata, dulu aku study bidang electrical tapi sekarang kerja dalam mekanikal. Hah gitu! Kihkihkihhh...
Aku suka dengan keadaan kerja disini. Walaupun kekadang stress tapi biasalahhh.. Jujur cakap, untuk 3minggu kebelakangan ni memang stress. Minggu audit katanya. Jadi, banyak benda yang perlu direpair, dikemas, dicuci dan dicat. Hah, bab cat mengecat kebiasaannya aku yang kena buat. Stress bila seluar baju terkena titisan cat. Oichhhhh dah macam apa entah seluar baju aku tu. Banyak plak tompakan cat dengan pelbagai warna. Adehhh!
Counter, sensor, roller jacket, star wheel, gearbox, rpm, belt.. Itu yang kebiasaannya aku handle setiap hari. Bila sebut tentang counter, teringat plak dekat lecture waktu aku study dulu. Tetiba rasa menyesal sebab dukubtak atudy leklok subjek PLC. Kihkihhhh kalaulah dulh aku ambik perhatian waktu study PLC, mesti sekarang aku terror bab bab repair pasang counter.. sensor, dan segala yang berkaitan dengannya.
June 2018. Alhamdullah. Semoga aku sentiasa diberi kekuatan dan bertahan dengan setiap apa yang bakal mendatang. Semoga aku diberi kesihatan yang baik untuk terus melakukan kerja. Semoga geng geng workshop tabah melayan setiap pertanyaan dan soalan yang aku ajurkan. Semoga mereka tidak berputus asa mengajar aku. Aamin.
Take note : Salam Ramadhan. Tak sabar nak cuti. Nak balik kampung. Nak jumpa family. Rindu!
Alhamdulillah rezeki kerja. Semoga maju jaya dan kekalkan momentum semangat kerja tu. heee
BalasPadammoga semua baik-baik saje.
BalasPadambekerja tu is mencari rezeki.
bila minat, buat bebetul, baru lah berkat, kan :)