07 Jun 2018

Tak Suka Orang Makan Bunyi, Tanda Anda Genius


Mesti ada diantara kawan anda yang kunyah makanan berbunyi. Memang rasa menyampah dengar bunyi yang kurang menyenangkan tu.

Jika anda menghadapi situasi tersebut, anda mungkin menghidap misophonia, atau sindrom sensitif kepada bunyi tertentu.

Misophonia terjadi pada mereka yang sensitif pada bunyi kecil yang dihasilkan seperti daripada mulut iaitu ketika makan, bernafas, mengunyah, bersiul atau menguap.

Seseorang yang menghidap misophonia akan rasa tidak tenang, panik, takut dan gemuruh. Ada juga penghidap sindrom berkenaan tidak suka makan atau berada di khalayak ramai.

Namun kajian juga membuktikan, mereka yang menghidap sindrom berkenaan adalah seorang yang bijak dan genius.

Menurut kajian dari Universiti Northwestern, mereka yang menghidap misophonia mempunyai kelebihan kreativiti dan lebih bijak daripada orang lain.

Namun, kajian juga mendedahkan hanya 20% daripada penduduk di dunia menghidap penyakit tersebut.

Take note : Hahaaa! Aku tak tahu nak nangis ke marah. Seketul kawan sengal hantarkan statment diatas pada aku. Katanya aku genius! Genius sangat katanya! Eh, minah ni perli aku ke apa eh?

Ya, aku sememangnya tidak berapa gemar dengan orang yang makan berbunyi. Tapi tidaklah aku kejam untuk tegur situasi tersebut. Aku lebih suka ambil altenatif berdiam selagi mampu. Kalau dah tak mampu, aku angkat kaki dan blahhhhh. 
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

4 ulasan:

  1. ha ha ha ha
    aida gini.
    asben makan berbunyi pun aida tegur.
    anak2 x brani makan berbunyi dr kecik. now da jadi habit diorang makan x berbunyi.
    puncanya, dedolu masa aida kecik, kakak-kakak aida yg marah aida makan berbunyi.
    terikut diorang plak.
    genius????
    ha ha ha ha tak la. tak jadi profesor pun ni hah :)

    BalasPadam
  2. a aaah dulu makan bunyi mak jentik mulut. sebab sangat x sopan bunyinya. skrng x dak sbb dr kecik da di train. ayah dlu makan bunyi.. 1 fam ayah ahaha tp sejak kawen ngan mak dia blaja slow slow.

    BalasPadam
  3. Makan berbunyi. Jarang2 dengar

    BalasPadam