09 Jun 2018

Terbeli Kuih Basi Di Bazar Ramadhan

Sedih sungguh hati aku bila tahu kuih yang dibeli tu sudah basi. Tak tahu nak buat reaksi muka macam mana. Rasa macam blurrr.. nak menangis pun ada!

Cerita dia macam ni. Dua hari lepas aku ke bazar ramadhan Taman Tuanku Jaafar. Tekak terasa nak makan kuih ondeh ondeh. Maka aku pun belilah dekat gerai sorang makcik tu. Sebelum beli tu aku adalah tanya, kuih ni kira macam mne cik? Kuih ni acik buat arini ke? Makcik tu macam tak berapa ramah. Aku pun malas nak ambik port. Terus beli RM2 dan blaaahh.. Aritu aku jugak beli ais kepal milo dan bihun goreng.

Senangnya dalam hati, akhirnya dapat jugak kuih ondeh ondeh tu. Aku dah plan siap siap, nak makan sambil layan movie sebelum tidur nanti. Huhuuu tak sempat nak tunggu movie, waktu berbuka tu aku dah ambil seketul. Baru nak masuk mulut, ada bau macam basi. Aku try gigih sikit. Ishhhhh masam masammm! Kuih tu dah basi!! Basi! Kau tahu apa itu basi?? Tetiba wajah makcik tu terbayang diruangan mata aku! Rasa terkilan dan sakit hati sungguh time tu!

Makcikk ouh makcikkk.. kalau ye pun nak menjual janganlah sampai menganiayai orang lain. Aku beli kuih tu dengan harapan dapat makan. Dapat hilangkan keinginan aku yang sememangnya sudah dua tiga hari teringin nak makan kuih tu. Alih-alih ini yang jadi!!

Ya, mungkin itu bukan rezeki aku tapi itulah... Aku macam takleh nak terima. Aku dah tanya kowt bila kuih tu dibuat. Katanya hari tersebut. Alih alih kuih dah basi. So, korang boleh fikir logik tak, agaknya bila kuih tersebut dibuat.


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

5 ulasan:

  1. sedih betul la. kita bkn takbayar kan

    BalasPadam
  2. maafkan ajelah makcik tu.
    Anggap sebagai sedekah aje.

    BalasPadam
  3. aduih,,,, mesti frust kan....

    BalasPadam