Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tanda-Tanda Buah Pinggang Telah Rosak

10 TANDA-TANDA BUAH PINGGANG TELAH ROSAK

Buah pinggang adalah salah satu orang yang paling penting dalam badan. Walaupun kita masih boleh hidup tanpa buah pinggang, namun banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita hidup dengan sihat dan normal.


Antara salah satu fungsi terpenting buah pinggang adalah menjadi penapis bahan buangan dalam darah.

1. Kerap berasa lemah dan letih

Penyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.

2. Masalah tidur

Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik. Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik berbanding mereka yang sihat.

3. Kulit kering dan gatal

Antara fungsi-fungsi penting buah pinggang adalah menyahkan buangan dan air berlebihan dalam badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan kekuatan tulang dan mengekalkan mineral dalam darah. Namun, jika kulit anda menjadi kering dan gatal, ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang anda yang tidak melakukan kerjan mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah dengan baik.

4. Selalu rasa nak kencing

Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing. Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin petanda buah pinggang anda rosak.

5. Ada darah dalam air kencing

Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing anda akan tidak mempunyai darah. Namun jika buah pinggang anda rosak, sel darah ini ini akan "terbocor" dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada ketumbuhan, batu karang atau jangkitan.

6. Kencing berbuih

Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang "bocor" ke dalam air kencing anda, yang mana tidak sepatutnya berlaku.

7. Bengkak berterusan pada mata

Bengkak pada mata yang berterusan disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dalam badan tetapi masuk ke adalam air kencing dan keluar daripada badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan berfungsi atau rosak, menyebabkan protein bocor keluar.

8. Buku lali atau kaki bengkak

Sodium atau garam di dalam badan anda akan kekal jika fungsi buah pinggang anda merosot. Ini menyebabkan buku lali dan kaki anda membengkak. Sakit jantung dan penyakit pada organ hati juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian bawah bawah kaki.

9. Kekejangan otot

Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal dengan baik, seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang.

10. Kurang selera makan

Ini satu petanda yang sangat umum, namun jika anda kurang selera makan, mungkin ada kena mengena dengan masalah buah pinggang. Toksin yang terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan mencetuskan hilang selera makan.

Sumber : Kidney

4 ulasan

  1. bahaya tu.semoga dijauhkan penyakit ini.

    BalasPadam
  2. semoga sama-sama kita dijauhkan dari penyakit ni

    BalasPadam
  3. Fuhhh.. dah seram dah baca siptom yang atas2 tu.. Nasib baik yang bawah2 tak ada..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah .. selalu selera makan. tu badan makin 'comel' ni hahaha

    BalasPadam