Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kerap Rasa Sakit Dan Ngilu Di Pinggul & Pinggang, Boleh Cuba Minuman Campuran Yang Hebat Ni

Kerap Rasa Sakit Dan Ngilu Di Pinggul & Pinggang, Boleh Cuba Minuman Campuran Yang Hebat Ni



Rasa ngilu pada saraf pinggul atau disebut juga dengan Sciatica terjadi kerana tulang belakang rosak dan terjadi keradangan pada saraf. Gejala ini berlaku akibat kekerapan membongkok dan mengangkat barang berat.

Penyakit ini disebut orang awam sebagai penyakit ngilu punggung, sakit pinggang atau lenguh punggung.

Boleh cuba petua ini sebagai ikhtiar.


Bahan- bahan:
4 ulas bawang putih, cincang halus.
200 ml susu cair.
Madu asli secukupnya.

Cara buat :

Panaskan susu cair dengan api sederhana, kemudian masukkan bawang putih yang sudah di cincang halus, lalu didihkan. Tambahkan madu secukupnya ketika mahu meminumnya seeloknya bila campuran sudah suam. Minum campuran susu dan bawang putih ini sehari sekali.

Susu dan bawang putih adalah kombinasi ubat semulajadi dengan kandungan zat yang berkhasiat. Kombinasi keduanya sangat efektif melawan infeksi dan menghilangkan rasa sakit seperti lenguh pada pinggul. Ramuan ini sangat efektif menyembuhkan sciatica atau ngilu saraf sciatic.

Selain keunggulannya dalam menyembuhkan sakit atau lenguh pada pinggang dan pinggul, ramuan susu dan bawang putih ini dapat digunakan untuk mengubati masalah pencernaan dan sembelit, ubat batuk dan flu, ubat sakit asma, juga meningkatkan imuniti tubuh.

Credit : Petua Orang Tua

2 ulasan