Blogbabyshambles. Redah. Santai.
Assalamualaikum.
Hai gaissss 🙃
Lama sudah aku tak berpena disini. Berhabuk sudah blog kesayangan aku ni. Cewahhhh.. kesayanganlah sangat! Hahaaa gila kau tak sayang, inilah tempat untuk aku hidup dalam jiwa sendiri.
Okay, berbalik pada gambar diatas. Sebenarnya aku plan nak buat sticker dan baju hiking. Halahhh halahhhh tinggi menggunung planning aku, kan? Tapi apa salahnya. Nanti baju tu aku akan pakai setiap kali pergi hiking. Tapi itulah.. planning tu masih dalam pertimbangan lagi. Heheeee.. level compidenttt aku masih tidak setinggi planning!
Kebelakangan ni ada beberapa orang sahabat blogger pm aku, bertanya apakah keseronokan dan faedah yang aku dapat setiap kali hiking. Apa yang best sangat keluar masuk hutan. Tak penat ke panjat bukit dan gunung bagai. Tak takut ke sesat dalam hutan. Blaaa.. blaa.. bla..
Bagi aku, banyak faedah dan manfaat yang bagus setiap kali aku hiking. Penat? Tipulah kalau aku cakap tak penat! Penat itu biasalah. Sebab tu sebelum hiking, kita kena persiapkan fizikal dan mental. Jaga stamina dan jaga mental. Jaga pemakanan dan rajinkan diri lakukan senaman. Paling penting, belajar cara kawal pernafasan dan mental korang ketika berada dalam keadaan penat. Sila jangan barai. Sila jangan koyak. Sila jangan mengalah. Sila jangan berputus asa. Paling penting, sentiasa positif!!
Sejujurnya, waktu mula mula hiking dulu, tujuan aku adalah untuk turunkan berat badan. Alhamdulillah, ada penurunan. Hehee makin lama rasa macam makin best pulak. Masuk hutan, redah denai belukar, panjat akar kayu, jatuh tersadung, bermandi peluh, dengar helahan nafas kepenatan. Semua tu rasa sangat berbaloi bila sampai di puncak! Tak dapat nak diungkap dengan kata kata. Bila sampai puncak dalam keadaan penat, pastu nampak view yang sangat cantik. Subahanallah, tak tergambar dek akal. Rasa nikmat sangat. Yes, tu salah satu sebab kenapa aku suka hiking. Tu salah satu sebab kenapa aku suka masuk hutan dan itu salah satu sebab kenapa aku sentiasa menanti tibanya hujung minggu. Heheheeee...
Aku tenang dihutan. Aku rasa damai di hutan. Nikmatnya bilamana dengar bunyi unggas dan cengkerikkk. Nikmatnya bilamana jauh dari kesibukan kerja dan kebingitan manusia. Nikmat yang tak dapat aku nak perkatakan. Tidak terkata bossskur!
Untuk korang yang nak tengok gambar/view yang sempat aku rakam sewaktu hiking boleh ke instagram aku
Tiada ulasan