Isteri ini adakalanya ibarat mentimun dengan durian,
bergolek pun luka, digolek pun terluka.
Tapi isteri ini kedudukannya sangat rapat di sisi Allah.
Kerana sifat lemah lembut, jiwa yang halus dan kasih sayang yang tinggi.
Allah sangat mengasihi wanita sebegini.
Doanya didengari, permintaannya dipenuhi
apatah lagi bila wanita itu sudah menyerahkan seluruh hidupnya pada si suami.
Bila anda mentaati suami kerana Allah,
jika anda dianiaya,
siapakah sebaik-baik pembantu jika bukan hanya Dia?
Bila anda dirundung duka,
bercakap-cakaplah dengan Dia di sepertiga malam.
Anda akan rasakan Dia sentiasa ada di sisi anda.
Tiada ulasan