Persediaan Asas Sebelum Hiking

Sebelum memulakan hiking, pastikan anda kaji dan selidik dulu beberapa perkara asas ye. Ini sangat penting untuk diri sendiri dan juga bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Ya, selagi boleh elak, kita cuba elakkan ye. Bka kata pepatak, beringat sebelum kena. Hah gitu!!!

Mungkin ramai diantara kita yang dah mengetahui persediaan asas seblum memulakan pendakian tapi tahukan anda keupayaan badan sendiri macam mana, terutamanya jantung dan stamina. Agak agak cukup ke tidak stamina anda untuk memulakan pendakian tersebut?? Okay, sila fikir dan jawab dalam hati. Hikhikhikkk...

Korang boleh amalkan senaman kardio sebelum memulakan pendakian. Sebeum tarikh hiking tu, korang bolehlah buat kardio. jadikan kardio tu sebagai rutin harian korang, insyaAllah nanti korang akan lebih berstamina dan kardio ni sebenarnya sangat bagus untuk jantung tau. Aku cadangkan korang cuba cardio exercise untuk improve heart rate. Eh, apa itu cardio? Okay, korang boleh google. Banyak step cardio yang simple dan mudah untuk korang ikuti. Sekiranya anda seorang runner, rasanya tiada masalah kot untuk hiking sebab stamina dan mantap dan padu, kan. 


Take Note : Kebiasaannya beberapa hari sebelum hiking, aku akan amalkan buat 'start jump'. Targetlah dalam masa sekian.. sekian.. berapa banyak 'start jump' yang mampu dibuat. Kekadang tu aku akan jog waktu petang. Aku juga akan jaga pemakanan. Elakkan yang bergoreng, elakkan gula, dan makan makanan yang betul. Ketika hiking aku akan bekalkan coki coki, 100 plus dan juga mineral. 

2 ulasan

  1. sy rindu nak hiking balik.kdg2 ada yg memaksa diri walaupun dah penat untuk sampai ke puncak. seeloknya jgn biar diri kita terlalu penat, takut benda lain yg jadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Sebab tu set dalam kepala biar lambat janji sampai. Ikut rentak stamina kita. Jgn kejar stamina org depan.

      Padam