Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kenapa Orang Gemuk Tidak Boleh Hiking?

ORANG GEMUK BOLEH HIKING?
=========================

Ramai pihak berbeza pendapat berkenaan hal ini. Namun majoriti merasakan seeloknya bermula dengan "brisk walk" dahulu sebelum belajar hiking.

Saya kenal seorang lelaki yang beratnya 118kg dengan BMI 35+ tapi mampu menawan puncak kinabalu dengan mudahnya.

Saya juga kenal seorang wanita obese yang hebat menakluk puncak gunung di malaysia yang kategori extreme. Bahkan beliau sudah pun "grad" G7, G7-11 yang mana komuniti hikers sendiri tahu merupakan pendakian yang sangat sukar.

Kenapa mereka boleh?

Sebenarnya mudah sahaja. Mereka mempunyai latihan yang secukupnya.

Berbalik kepada persoalan asal, "orang gemuk boleh hiking?"

Pendapat saya, MUNGKIN boleh, MUNGKIN tidak dan semuanya bergantung kepada faktor-faktor seperti :-

▶ Tahap kecergasan setiap individu. Walaupun gemuk, ada kemungkinan seseorang individu itu cergas kerana telah banyak lakukan latihan

▶ Tahap kesihatan faktor penting. Gemuk dan tiada masalah kesihatan mahupun kecederaan adalah lebih baik dari kurus tapi ada masalah kesihatan. Namun sila PASTIKAN ANDA TELAH MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN terlebih dahulu.

▶ Faktor persekitaran. Sebenarnya banyak bukit-bukit di Malaysia yang sesuai untuk beginner mahupun orang gemuk. Seperti contoh Bukit Batu Putih (Port Dickson), Gunung Pulai 1 (Johor), Bukit Gasing dan banyak lagi.

Maka, terlalu kejam untuk merumuskan orang gemuk tidak boleh hiking. Andai faktor-faktor diatas berjaya diatasi, mengapa mereka tidak boleh mencuba?

Nasihat terakhir dari saya untuk orang gemuk di luar sana yang ingin mencuba hiking. "Hiking untuk sihat, bukan merosakkan badan ye".


- Hikers Nubis Kubis Sayur -

Kredit: Tuan Sharizal Aziz


Take Note : Suatu ketika dulu berat badan aku mencecah 9+kg. Alhamdulillah, sekarang berat badan aku dah berkurangan. Ini sebagaian hasil dari hiking. Yes, memang penat. Ya, memang pewai. Betul, memang rasa macam namaty. Aah, memang rasa putus nyawa.. tapi disebalik semua tu ada satu nikmat yang tak dapat aku ungkapkan. Alhamdulillah, aku gembira. 

Sebelum hiking, pastikan stamina kita cukup. Boleh buat senaman, zumba, cardio, jogging dan sebagainya. Pemakanan juga perlu dijaga. Pastikan tidur secukupnya dan dapat rehat yang cukup. Ketika hiking, aku akan bekalkan coki coki dan air 100 plus untuk tenaga. Pastikan hiking dalam keadaan senyap. Jangan bercakap ketika hiking. Belajar cara kawal pernafasan dan kawal minda ketika kepenatan. Sentiasa fikir positif. 

Itu sebahagian perkara yang aku amalkan. 

Tiada ulasan