Pertama, aku ucapkan rasa berduka cita kerana kau mencintai wanita yang penuh dengan kekurangan dalam dirinya. Kedua, aku ucapkan terima kasih kerana kau akan terus dicintainya dengan hebat.
Kelak, kalau akhirnya kau yang aku pilih menemaniku, ketahuilah bahawa aku telah menerima seutuhnya diri kau. Kau memang bukan yang pertama tapi akan aku pastikan kau adalah yang terakhir dari segalanya dan yang menempati satu tempat di hatiku dengan seluruhnya.
Aku tak boleh menjanjikan kau akan bahagia tapi aku yakin aku akan terus berusaha membuatmu bahagia. Apa yang kau rasa, aku tak ada tahu. Kau akan terus dan terus menemui setiap kekurangan yang ada. Mungkin sesekali membuat kau jengah, tetapi membiarkanmm kau pergi ke lain hati aku enggan sama sekali.
Jika kau mendapati aku tersenyum ketika kau memujiku, ketahuilah ketika itu aku sedang takut kau akan kecewa. Jangan taruh ekspetasimu terlalu tinggi tentang aku, sebab aku tetap saja manusia biasa.
Bahagiakan aku dengan hal-hal yang sederhana. Sesederhana mungkin aku membuat kau bahagia; Dengan perhatian, dengan pijatan di kepala, dengan masakan-masakan uji cuba, dengan menemani kau walau kemana jua.
Jangan harap akan gadis anggun nan jelita, ada yang mungkin aku akan menganggap kau seperti kawan lama. Tertawa keras, kata kasar sesekali, atau bahkan memukul kau saat kesal.
Kau akan jumpa aku yang meledak-ledak. Setiap ledakannya berbeza tergantung kepada suasana. Jangan pelik jika kau mendapati aku tiba-tiba menangis tanpa sebab, malah hanya kerana aki tidak dapat menyatakan apa yang aku rasa.
Boleh jadi aku manja, merengek pada kau seolah anak kecil pada ayahnya. Ketahuilah bahawa rengekan itu hanya kau yang menerimanya. Mungkin jadi aku dewasa, aku mampu memanjakan kau untuk seketika.
Sering kali aku akan banyak kerenah. Meminta ini dan itu tanpa malu. Jangan tunaikan semuanya. Terkadang keinginanku hanya rasa penasaran yang berujung sia-sia. Kau harus lebih tegas dan bijak memilah yang terbaik untuk aku.
Bersama aku, kau tidak akan pernah takut untuk ditinggalkan, kecuali jika Tuhan mahu. Bersama aku juga, kau tidak akan pernah berjuang dengan sendirian.
Tiada ulasan