Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Risiko Panahan Petir

Teruja sebelum duka . .

Gambar ini diambil di puncak Moro Rock, Sequoia National Park, California pada 20 Ogos 1975 ketika cuaca buruk .

Michael McQuilken yang berambut panjang di dalam gambar serta adiknya Sean berasa teruja kerana rambut mereka mengerbang ke atas .

Malangnya , mereka tidak sedar bahawa keadaan seperti itu merupakan amaran terakhir yang mereka bakal menjadi mangsa panahan petir .
..

Beberapa minit selepas gambar diambil , petir  mula menyambar  mereka serta pendaki yang lain .
..

Akibatnya , Sean mengalami kecederaan parah akibat dipanah petir dan membunuh pendaki lain yang berdekatan. Belakang badan Sean  berasap, rambut terbakar dan pakaiannya hangus.

Sean kemudiannya dikejarkan ke hospital dan disahkan melecur tahap ketiga dimana dia mengalami kerosakan penuh pada bahagian kulit, terutama dibelakang badan dan siku .
..

* sekiranya rambut dan bulu roma kita secara tiba - tiba tegak berdiri semasa cuaca buruk serta merasai denyutan pada kulit , ini bermakna badan kita telah menjadi sumber cas positif yang menarik cas negatif daripada awan.

AWAS !

Jika ia berlaku ,
risiko akan menjadi mangsa panahan petir adalah sangat tinggi.

Sila berlindung di tempat yang selamat .


Kredit : muhamad syafiq

1 ulasan

  1. seram pula baca ni.. selalu bawa motorsikal masa cuaca x bagus..

    BalasPadam