Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Seorang Sahabat Yang Bermanfaat

Aku suka kau, tidak bermakna aku tidak boleh benci kau.  Kau mungkin dicipta dengan begitu baik, tetapi mereka yang kenal kau tak selalu berkata bahawa kau seorang yang sentiasa baik

Aku suka kau, tidak bermakna aku tidak boleh marah dengan kau.  Kau mungkin diberi banyak keistimewaan, tetapi mereka yang kenal kau tidak selalu berfikir kau istimewa.

Aku mula mencintai kau, itu tidak bermakna aku tidak boleh menyakiti perasaan kau. Kau mungkin mempunyai lebih banyak kesempurnaan, tetapi mereka yang mengenali kau tidak selalu menganggap kau sempurna.

Jadi, untuk apa aku mengenali kau jika aku tidak dapat memberi kebaikan dan menghulur pertolongan disaat kau memerlukan seseorang. 


Jangan merasa terlalu tinggi, kerana mungkin nanti disaat kejatuhan akan terbit rasa kesal dihatimu.

Tiada ulasan