Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tanda Tanda Kemurungan

Adakah anda ada tanda tanda ini?

1. Perasaan sedih ataupun rasa baran dan marah setiap waktu melebihi atau selama dua minggu. Anda asyik bersedih dan kerap menangis secara tiba-tiba.

2. Tiada semangat atau kurang minat  perkara yang disukai.

3. Susut berat badan dan kurang selera makan

4. Perubahan corak tidur seharian. Sukar tidur (insomnia) atau asyik tertidur seharian.

5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.

6. Kerap letih dan kurang bertenaga

7. Suka menyalahkan diri sendiri

8. Kurang ketekunan dan sukar untuk menumpu perhatian terhadap kerja seharian

9. Mempunyai keinginan/ perasaan mahu membunuh diri atau tidak mahu meneruskan hidup.

Anda MUNGKIN alami kemurungan. Dapatkan bantuan.



Tiada ulasan