Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Aku Dan Tangisan Itu

Setiap lelaki yang pernah datang pada aku tidak pernah tidak membuat aku menangis..

Hingga sering kali aku lupa bila terakhir kali mereka membuat aku tertawa. Kerana yang aku ingat adalah setiap titisan air mata kecewa, bahawa bahagia yang aku duga akan mereka bawa hanya janji palsu belaka.

Ya, aku pendendam. Yang aku ingat hanyalah luka sehingga berterima kasih pada masa lalu aku. Terkadang aku lupa. Lupa bahawa mereka pun pernah membuat aku bahagia, bahawa luka yang aku terima penuh dengan makna yang membuat aku semakin matang dan lebih dewasa.

Sudah jelas aku hanya menaruh bahagia pada manusia. Berkali-kali kecewa adalah buktinya. Bukti nyata bahawa aku menggantungkan impian aku pada manusia.

Mereka datang membuat tangis aku pecah berdarah. Entah, tangisan sakit hati, kecewa, rindu yang menyesakan dada, atau tangisan kerana tak mampu lagi menjadi seseorang yang mereka perlukan.

Yang aku ingat hanyalah tangisan, air mata, dan lelah kerana harus memendam setiap perasaan yang ada.

Dan hari ini aku bersama kau. Mungkin kau akan menjatuhkan juga airmata aku. Entah, mungkin deraian airmata mengalir tanpa henti atau hanya titisan titisan tanpa suara.

Mungkin aku akan menangis di hadapan kau dengan jelas atau menutupinya di belakang kau; mengeluarkan setiap titisan airmata tanpa perlu kau tahu dan sedari


Benar. Tak ada lelaki yang datang pada aku yang tidak membuat aku menangis, termasuk kau. Tak ada yang dapat menghentikan airmata aku menitis saat dengan bersama lelaki manapun.

Satu dua tangisan aku bersama kau adalah kecewa atas ketidakpercayaan kau akan apa yang aku selalu yakini atau atas kecewaan aku pada diri sendiri. Dua tiga kali tangis aku tentang rindu akan keluargan atau saat aku membuang semua sampah emosi yang tertumpuk lama dalam diri aku. Tangisan seperti itu kau akan melihatnya nanti. Aku akan menunjukannya di depan kau. Dan tanpa aku minta kau akan menghapus setiap titisan airmata itu hingga membuat aku kembali tertawa.

Selebihnya tanpa pernah kau tahu aku sering kali menangis haru di belakang kau, saat kau membelakangi aku. Mengeluarkan satu dua titisan airmata yang sering kali aku hapuskan tanpa kau sedari.

Ada tangis yang tak pernah aku tunjukkan di hadapan kau. Bukan aku tak mahu tunjukkan, tapi kerana malu. Bahawa tangis yang kau buat adalah tangis bahagia. Dan kau lelaki pertama yang membuat aku melakukannya..


Tiada ulasan