Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Bagaimana Nak Mengelak Dari Dipanah Petir

Petang ini, cuba tengok di luar jendela.

Nampak cerah ke gelap?
Jangan petang sangat, kalau dah dekat pukul 7 tu mesti la gelap.

Yang saya tanya cerah gelap tu supaya kita melihat ke langit. Adakah ia dipenuhi awan - awan gelap?

Adakah anda melihat kilat sabung menyabung?

Anda tahu tak, Malaysia adalah negara ketiga tertinggi di dunia yang dipanah petir setiap tahun. Secara purata, Malaysia mengalami ribut petir antara 180 hingga 260 hari dalam setahun. Antara tahun 2008 sehigga 2016, petir telah menyebabkan 110 kematian, dan 131 kecederaan di Malaysia. Statistik antarabangsa pula mencatatkan sekurang - kurangnya 25,000 kematian setahun adalah disebabkan oleh petir.

Semua orang sedar, panahan petir boleh membawa maut. Tetapi berapa ramai TAHU apa yang harus dilakukan jika berlakunya ribut petir?

Meh kita sembang sikit.

Yang paling utama sekali adalah, kena tahu bagaimana nak mengelak dari dipanah petir. Tiada cara yang 100% tepat, tapi RULE OF 30 ini boleh membantu.

RULE OF 30/30

1. 30 Saat

Panahan petir...........lepas tu baru diikuti dengan bunyi guruh kan? Kelajuan cahaya adalah lebih laju dari kelajuan bunyi. Itulah sebabnya kita akan lihat panahan petir dahulu. Melalui hukum fizik ini, kita boleh membuat anggaran berapa jauh jaraknya panahan petir dari lokasi kita berada. Jarak yang selamat adalah lebih 10 km dari lokasi petir.

Jadi, apa yang kita boleh buat?

Seteleh melihat petir (lighting), kira detik masa sehingga kedengaran dentuman guruh. Jika detik masa KURANG dari 30 saat, anda berada di zon bahaya. Cepat - cepat cari tempat berteduh yang selamat.

2. 30 Minit

Berapa lama nak terperuk dalam bilik? Dah la nak buka TV pun tak berani. Takut "short". Bosan weh!

Kena tunggu lama sikit. 30 minit dari kali terakhir mendengar dentuman guruh atau kilat, baru selamat untuk keluar dari tempat berteduh. Orang putih cakap "better safe than sorry".

Ingat tau, walaupun tiada hujan, panahan petir masih boleh berlaku. Indikator keselamatan bukanlah samada hujan ada atau tidak.

Apa nak buat kalau tak dapat aplikasi Rule of 30/30 ni?

Iyelah, kalau dah memang dekat luar, tak sempat nak balik rumah atau cari tempat yang selamat.

1. Lari ke tempat yang berteduh dan mempunyai banyak pokok - pokok besar kalau dah terdesak sangat. Walaubagaimanapun, jangan berdiri berhampiran pokok yang tinggi.

2. Kalau ada kenderaan berdekatan, masuk kedalam kenderaan dan pastikan tingkap ditutup sepenuhnya.

3. Jangan berteduh di bangsal kecil atau khemah. Ia boleh mendatangkan risiko panahan petir yang lebih besar.

4. Jika anda dikawasan yang dinaiki air, cari kawasan yang lebih kering. Elakkan berendam di dalam kolam atau tasik ketika ribut kilat.

5. Jika dalam bergerak dalam kumpulan, jarakkan diri antara setiap individu. Jika berlaku kejadian yang tak diigini, rakan lain boleh bantu mangsa dengan melakukan CPR.

*Ada beberapa rujukan mencadangkan “lightning crouch” sebagai kaedah terakhir (last resort) dalam menghadapi risiko disambar kilat. Namun, tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa ianya selamat. Jadi, lebih baik berlari ke tempat yang selamat secepat mungkin daripada duduk setempat menanti kilat menyambar.

Apa – apa pun, prevention is always better. Kalau Nampak macam nak hujan tu, tangguh dahulu aktiviti diluar. Selepas 30 minit reda, baru boleh beriadah di luar.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Pengerusi dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia



Tiada ulasan