29 September 2017

Burung Hantu Yang Seram Tapi Comel

Burung hantu, bunyinya menyeramkan tapi mereka sangat comel. Burung hantu termasuk di dalam golongan haiwan jenis Strigiformes. Burung ini dikelaskan sebagai binatang liar dan pemakan daging (karnivor). Burung ini biasanya keluar pada waktu malam, tidak hairanlah jika burung ini dipanggil haiwan malam. Dan malam biasalah dikaitkan dengan hantu kan

Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 222 spesies burung hantu yang telah dikenal pasti, terdapat di seluruh dunia kecuali Antartika, sebahagian besar Greenland, dan beberapa pulau terpencil.

Di dunia barat, haiwan ini dianggap simbol kebijaksanaan. Walau bagaimanapun, di beberapa kawasan di Malaysia dan Indonesia, burung hantu dianggap sebagai pembawa kematian. Tambahan pula, jika dia bertenggang di atas pokok atau rumah, maka ramai orang percaya akan ada ahli keluarga yang meninggal dunia. Jadi tidak hairanlah jika ia dipanggil burung hantu.

Matanya yang sangat tajam. Adakah ia berjaya membuat anda terpesona dengan burung hantu ini?

Lihatlah, bulu matanya seperti agak membosankan dan mengantuk! Tetapi, dia masih mempunyai aura yang kuat untuk membuat anda jatuh cinta kepadanya!

Pada waktu malam, burung hantu akan terbang ke sana-sini. Tetapi, pada waktu siang, ia akan tidur nyenyak!

Begitulah sedikit sebanyak tentang burung hantu...Okay jom kita tgok gambar-gambar di bawah.Adakah anda setuju burung hantu adalah spesis yg comel ???







Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan:

  1. walaupun orang kata burung hantu pembawa nasib malang, saya tetap suka burung hantu. (mungkin terpengaruh harry potter)

    BalasPadam