Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Atasi Bibir Kerap Kering Dan Pecah

Cuaca panas tidak menentu menyebabkan badan selalu kekurangan air. Bila dah kurang air ini, mulalah bibir menjadi kering. Bila dah kering nie, nak pakai gincu pun dah tak cantik.

Nak tunggu bibir pulih memang ambil masa sedikit, tapi ada empat cara yang mampu rawat bibir kering dan pecah ini. Bahan-bahannya juga mudah untuk didapati.


1. Tuam bibir dengan air batu selama 15 minit sebelum dan selepas bangun dari tidur.


2. Sapukan marjerin pada bibir setiap malam sebelum tidur. Lakukan tiga kali seminggu untuk kesan yang cepat.

3. Minum air kelapa muda yang bercampur kuning telur serta campur sedikit madu lebah. Minum sekali sehari sehingga sembuh.

4. Sapukan minyak zaitun sebelum tidur dan ketika bibir anda mengalami kekeringan. Anda juga boleh menggantikannya dengan ubat gigi.


p/s: Jangan lupa untuk mencuba !


Sumber : Lubuk Seni

2 ulasan