28 September 2017

Soya Mencegah Kanser Payudara

Soya Mencegah Kanser Payudara
Pengambilan soya dalam menu seharian boleh mengurangkan risiko kanser payudara.


Satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payudara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi.

Para saintis mendapati pengambilan soya dan susu kultur minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota, Yakult secara berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payudara.

Bakteria dalam minuman itu dapat dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus,dan telah membantu penghadaman isoflavon yang ada dalam soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payudara.

Pada tahun 2012, kajian Am J Clin Nutr. 2012 Jul;96(1):123-32 ke atas 9514 orang bekas pesakit kanser payudara juga menunjukkan dengan pengambilan soya sebanyak 10ml seharian, risiko untuk kanser payudara ini dari berulang telah turun sebanyak 25%.

Perlu faham bahawa soya bukan kaedah rawatan kanser payudara. Ia amalan pencegahan.

Soya atau makanan yang sering dikatakan meningkatkan risiko kanser dan penyakit lain adalah jenis yang telah diubahsuai genetiknya atau dikenali sebagai GMO (Genetically Modified Organisms).

Jadi, adalah penting untuk dapatkan makanan semulajadi yang bebas GMO.

Kesimpulannya : Soya mampu membantu mencegah kanser dan bukan penyebab kanser.

Sumber : kesihatan

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

3 ulasan: