Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Meroyan Disebabkan Buku Log Tak Siap Lagi

Assalamualaikum | Selamat malam

Dalam hidup ni tak semua yang kita ingini akan kita dapat. Hurm.. kekadang kita mungkin juga akan dapat tapi dengan cara yang payah. Hurmmm... keinginan.. kepayahan...


Malam ni aku guna khidmat uncle google untuk mencari serba sedikit bahan untuk dimasukkan dalam buku log. Tapi hampa ! Pencarian aku setakat ini masih lagi tidak berhasil. Stress weh, dah banyak ayat, perkataan yang aku gunapakai tapi hampa.

Payah bila belajar dalam versi Bahasa Melayu tapi kompenent disebut dalam versi English. Huhuu sampai satu tahap aku terpaksa guna khidmat uncle google translate untuk tukarkan sebahagian perkataan.

Buku log.. memikirkan buku log tetiba otak jadi serabut. Oichhh stress tak boleh nak dibayangkan. Serabut tak boleh nak dikata. Bukannya aku taknak settlekan semua tu tapi terkadas disebabkan tiada bahan. Drawing memang aku ada tapi gambar.. gambar yang ada dengan aku tak berapa lengkap. Jadi agak payah untuk aku settlekan semua ni. Hurmmmm stresss !!

Badan.. badan.. apalah nasib badan.. celik mata fikir buku log. Tapi bila selek helaian demi helaian, stress plak rasa hati. Untuk semester 4 punya, memang kosong terus. 10 projek langsung kosong. Aku terkandas disitu. Tolong.... tidakkk.. idea... perlukan masa tambahan... :(


Kekadang aku pun pelik. Kenapa aku boleh siapkan sepuluh projek untuk semester 3 dan semester 5 tapi 10 projek untuk semester 4 tak boleh. Yang aku pelik lagi kenapa projek untuk semester 5 dah settle tapi yang semester 4 punya terkandas lagi. Alahaiii pelik.. pelikk.. aku pulun settlekan semester lain sedangkan semester tu aku tinggalkan dulu. Alaa time tu aku plan, kumpul dulu gambar, drawing semua nanti sebelum final baru settlekan. Tapi kita hanya merancang.. tak sangka plak gambar tu semua tetiba hilang.. burn.. sebab laptop aku rosak, terpaksa diformat. Habis burn semua data sebab tak boleh nak back up. Sedihhh !!! Sakit hati ! Menyesal !

Hurmmm buku log.. sukan sea dah habis.. merdeka dah habis.. hari raya aidil adha pun dah habis.. esok dah mula kelas seperti biasa. Macam manalah nak hadapi hari esok, lusa dan hari hari seterusnya eh.. lecture aku dah pesan, lepas raya haji nak check buku log. Hahahaaa matilanakkk !

Okaylah.. aku tak nak merapu lagi panjang.. tengok jam pun dah hampir ke tengah malam. Baik aku tidur, dan hadapi hari esok, lusa dan hari hari seterusnya dengan senyuman yang positif. Doakan semoga urusan aku dipermudahkan ye. Tak sabar nak settlekan buku log. Tak sabar nak final exam. Tak sabar nak habis belajar. Hohooo lagi 3bulan nak habis. Rasa excited gila weh tapi rasa takut gila pun ada jugak. Hurmmm.. apa-apa je lah, yang penting aku takkan menyerah. Salamat malam.













Tiada ulasan