26 September 2017

Cara Atasi Masalah Kelumumur

Masalah kelemumur?

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut.
Cara untuk mengatasinya ialah :-

1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.


Selamat mencuba!

Take Note : Biasanya hujung minggu den akan perah dan ramas limau nipis ke atas kepala. Sambil tu urut-urut kepala supaya limau tersebut meresap ke kulit kepala. Memang rasanya sedikit pedih. Tapi bila kita dah bilas rambut, kepala terasa ringan dan segar. 


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

4 ulasan:

  1. singgah hari selasa
    bz day this week

    BalasPadam
  2. miza tau lumur dengan limau nipis jew, bagus ne ada cara lain boleh cuba lepas ne

    BalasPadam