Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Pakaian Yang Sesuai Ke Majlis Perkahwinan Selain Baju Kurung

4 JENIS GAYA KE MAJLIS PERKAHWINAN SELAIN BAJU KURUNG

Baju kurung sememangnya sinonim dipakai untuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan.
Namun buat yang tidak gemar memakai baju kurung, apakah pilihan yang anda ada?

Mari lihat beberapa gaya yang sesuai digayakan ke majlis perkahwinan.


1. Kebaya dan seluar
● Korang boleh gayakan kebaya paras peha bersama seluar yang mengikut warna baju atau hitam.
●Sekiranya anda mempunyai bentuk kaki yang kecil, anda boleh menggayakan bersama seluar putih manakala seluar hitam berfungsi menyorokkan pinggul dan peha yang besar.



2. Kaftan@ Jubah dress
●Kaftan@ Jubah dress sememangnya item yang cukup selesa.
●Sifatnya yang beralun dan mempunyai pengudaraan yang baik menjadikan tubuh anda sentiasa selesa meskipun menghadiri majlis perkahwinan dalam cuaca panas.
●Lagi pon senang je..Sarung je..Dah siap..



3.Blaus dan skirt labuh
●Blaus atau top yang berlengan panjang kini semakin mendapat tempat dalam fesyen muslimah.
●Teknik suai padan tidaklah sukar seperti yang anda fikirkan.
●Sekiranya ingin menggayakan seluar yang mempunyai cetakan, seeloknya pilih top atau blaus polos untuk gaya menawan.



4.Kardigan dan palazo
●Kardigan juga kini semakin diterima peminat fesyen modest.
●Untuk gaya lebih sopan, palazo boleh digayakan bersama. Sudah tentu ianya menyelesakan!

Pelbagai jenis gaya sopan yang diubah suaikan boleh menjadi gaya baru untuk anda yang sering buntu dalam memilih pakaian ke majlis perkahwinan. Namun, jangan dilupakan baju kurung melambangkan sifat kemelayuan seseorang wanita.


3 ulasan

  1. no 1, SA guna.. mudsah dengan anak2 kecil..lagi lagi bf mama

    BalasPadam
  2. biasa pakai baju kurung or jubah je.huhu..mungkin dah biasala..klu pakai palazzo tu rasa mcm pelik pulak diri ni..

    BalasPadam