Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Hati Terdetik Untuk Berubah

"Kalau kau rasa nak start berubah tapi tak tahu nak mula dari mana. Mula dengan jaga solat dulu. Sebab orang yang baiki solat, dia sebenarnya tengah baiki hidup dia"

Bila tak solat, kita akan rasa kosong. Ya, memang kita ada keluarga, kita ada kawan kawan tapi mereka bukan 24jam bersama kita. Ketika dengan mereka, memang kita akan rasa happy, gembira, suka bergelak ketawa. Tapi hakikatnya bila bersendirian, kita akan rasa kosong nun jauh disudut hati. Pernah tak rasa macam tu?

Adakalanya, kita sedang luangkan masa bersama kawan kawan, tapi jauh didasar hati kita tak rasa gembira pun pada tika dan saat itu. Hati kita seakan gelisah. Jiwa kita seakan tidak tenteram. Kita tidak tahu apakah dan kenapakah semua itu berlaku. Puas dicari jawapannya tapi tidak dijumpai. Hurmmm...

Berubahlah. Dekatkan diri denganNya. Solatlah. Bercakap dan megadulah kepadaNya. Sesungguhnya Dia mengetahui apa yang terbuku dihati kita. Dia mengetahui apa yang kita dambarkan selama ini. Paksa diri. InsyaAllah, nanti bila dah selalu dibuat nanti akan dilakukannya dengan rela hati.


3 ulasan

  1. Betul !! Ada kalanya terasa juga macam ni

    BalasPadam
  2. Memang betul apa yang awak perkatakan, jiwa kita akan menjadi kosong jika culas dalam solat.. Nak bagitau, TAHNIAH kerana minggu nie awak terpilih untuk direview dalam jurnal akak.. Jemputlah singgah..

    https://www.shikinrazali.com/2018/12/sahabat-blogger-pilihan_25.html

    BalasPadam