Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Manfaat Kesihatan Daripada Joging

Manfaat kesihatan daripada joging

1. Baik untuk tulang
Tulang akan menjadi semakin kuat apabila selalu menerima rintangan. Tulang kaki khususnya mendapat manfaat yang paling besar bagi senaman ini.

2. Menguatkan otot
Otot yang selalu digunakan semakin lama akan menjadi semakin kuat dan besar. Pada awalnya, anda akan berasa sakit tetapi lama-kelamaan, badan akan akan menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

3. Sihat untuk jantung
Joging akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen lebih tinggi semasa bersenam. Ini akan menjadikan jantung lebih sihat.

4. Membakar kalori
Segala peluh dan rasa penat yang anda alami itu bukanlah sia-sia. Ia membakar kalori di dalam badan anda dan membantu menurunkan berat badan.

Joging untuk tujuan berbeza


Anda boleh melakukan sebarang aktiviti fizikal atas tujuan berbeza. Setiap tujuan itu juga mempunyai kaedah dan teknik yang berbeza.

Contoh teknik joging berbeza mengikut tujuan adalah:

1. Meningkatkan stamina – jika anda baru ingin bermula, mulakan dengan berjalan laju. Kemudian, beralih kepada berlari anak sebelum menambah tempo larian anda.

2. Menurunkan berat badan – kalori lebih banyak dibakar apabila kelajuan bertambah kerana simpanan tenaga dalam bentuk lemak akan digunakan. Jika anda inginkan hasil yang efektif, kawal juga jumlah kalori daripada pemakanan anda.

3. Menambah kenalan dan teman sosial – sukan sememangnya medan yang baik dalam menambah kenalan kerana ia adalah sesuatu yang universal dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Tiada teknik khusus untuk tujuan ini. Anda boleh menyertai mana-mana kelab joging atau larian amal yang dianjurkan secara umum.

4. Menyertai pertandingan – ini sudah tentu memerlukan latihan sesuai mengikut jenis pertandingan. Jika anda menyertai mana-mana kelab, ia kebiasaannya menyediakan panduan dan latihan. Bagi pertandingan terbuka, anda boleh jalani latihan sendiri.


Credit : maskulin
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)





2 ulasan