Aku penat sebenarnya. Aku letih. Tapi dalam pada penat dan letih aku masih mampu bertahan. Sisa kesabaran aku kian menipis dan tipis. Tapi aku cuba jugak untuk bersabar. Aku sabar. Sabar aku ada batasnya. Sabar aku ada hadnya.
Kau siapa nak herdik kami? Kau sape nak maki hamun kami? Kami dibayar gaji untuk melakukan kerja bukannya memendam rasa. Ya, kau orang yang berjawatan tinggi disitu tapi janganlah terlalu berlagak. Kau desak itu ini. Kau gesaa itu ini. Hakikatnya kekurangan tenaga kerja.
Kadang kadang aku terfikir, macam manalah diaorang semua hadap segala amarah orang atasan eh? Setiap hari macam tu. Dalam sehari entah berapa kali kena marah. Mungkin diaorang dah lali kut. Telinga dah kalis makian. Mungkinlah..
Tapi aku yang melihat dan mendengar ni seakan tersentak. Tersentuh tangkai hati melihat mereka diperlaku sedemikian rupa. Ada kalanya itu bukan salah mereka tapi mereka tetap dipersalahkan. Ada ketikanya mereka juga yang kenapa padahal terang lagi bersuluh bukan silap mereka. Adilkan itu?
Mereka pekerja. Mereka datang kesini untuk bekerja. Tak boleh ke mereka dilayan dengan sedikit kebaikan. Tak minta banyak pun, hanya sedikit kebaikan sahaja. Jangan jerit jerit pada mereka. Jangan jerkah mereka. Jangan maki mereka. Dan jangan salary cut! Itu je.
lumrah hidup tapi kalau kita kerja dgn ikhlas dan ikhlas dalam menjalani kerja, kita tak akan sesuka hati memarahi orang tapi mengajar dengan lebih baik kan
BalasPadam