Orang kata pengalaman merupakan guru yang paling berguna dalam kehidupan kita. Melalui pengalaman kita belajar untuk menjadi lebih dewasa dan lebih berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara.
Ya, aku setuju dengan statment tu. Melalui pengalaman, banyak benda yang aku pelajari. Tanpa sedar aku meniti masa untuk leboh dewasa dan matang dalam hidup. Apa maksud matang sebenarnya? Okay, nanti aku fikir yang tu.
Bila duduk sorang sorang, aku akan berfikir dan terus berfikir. Aku berfikir tentang hidup aku yang dulu, hidup aku yang sekarang dan bagaimana agaknya hidup aku dimasa akan datang.
Jujur, aku rindu masa lalu tapi tak pernah terlintas dihati aku untuk kembali di masa lalu tersebut. Aku rindukan kenangan dimasa lalu bukannya kehidupan masa lalu. Huhuu.. bila difikirkan balik kerasnya hati aku dulu. Tak sangka aku berjaya lalui kisah lalu walaupun tersedikit kejatuhan dan kesakitan ynag diselangi sengsara.
Masa kini, alhamdulillah. Aku lebih tenang untuk masa kini. Aku tenang begini. Hadapi hidup dengan family, kerja dan kawan kawan. Jujur ku akui, masa aku kini lebih kepada kerja dan kerja. Hari hari hadap stress kerja tapi aku okay je. Dah namanya kerja, hadaplah selagi mampu dan berdaya. Lebih lebih lagi zaman sekarang ni, payah sangat nak cari kerja tau.
Masa hadapan, semoga aku dan 'dia' terus bersama dan kekal selamanya. Terima kasih sbb tetiba hadir dlm hidup ni. Ubah diri ni ke arah yang lebi baik. Walau tak jumpa, jrng contcact tapi awk selalu dihati ni. Semoga kita sama sama kuat lalui hidup ni. Cia.. Cia.. Cia...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
betul tu kak pengalaman mendewasakan kita.Macam rabia pelbagai ujian yang rabia hadapi.
BalasPadam