Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kisah Disebalik Warna Baju Banduan Malaysia

Pernah tak terfikir kenapa mereka yang berada di tahanan memakai baju yang tidak sama warna?
Pernah tak terfikir apakah maksud disebalik warna warna baju tersebut?
Untuk korang yang tidak pernagh tahu dan rasa ingin tahu boleh baca disni

MAKSUD DISEBALIK WARNA BAJU BANDUAN MALAYSIA




Kenapa tiba tiba aku petik kembali entri yang sudah lepas?
Ceritanya macam ni, seperti biasa bila buka blog aku akan check komen. Okay, scroll punya scroll, tetiba satu komen seakan menyentuh tangkai hati aku. Tak tahu kenapa, tetiba rasa sebak dihati.

"Saya harap ayah saya dapat balk raya bersama keluarga lagi sekali sebap sudh 17 tahun ayah saya kat dalam pejara marang terangganu ...saya doa sahaja - UNKNOWN" 

Buat awak,
Saya tak tahu siapa awak. Saya tak pasti dimana awak tinggal. Saya tak pasti berapa lama lagi ayah awak di dalam sana. Saya tak pasti berapa lama sudah awak berjauhan dengan ayah tercinta. Dari kejauhan saya doakan semoga awak dan keluarga tabah dalam melalui semua ni. Memang perit dan sakit bila berjauhan dari orang yang kita sayang, tapi kuatlah demi mereka yang ada disekeliling awak. Beberapa tahun lalu, saya pernah rasa apa yang awak rasa sekarang ni. Saya pernah laluinya. Semoga awak ayah cepat dibebaskan dan korang dapat bersatu kembali. Semoga urusan awak sekeluarga dipermudahkan. Aamin.


Sejujurnya, aku sebak bercampur sedih. Tak dapat nak bayangkan macam mana mereka sekeluarga menanti kepulangan ayah tercinta. Sama samalah kita diakan yang terbaik buat mereka sekeluarga. 

Tiada ulasan