Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Jom Cantik Menggunakan Bahan Dari Dapur Anda

1. Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minute. Untuk merawat panau pula, ambil sepotong halia, tumbuk sehingga lumat dan tempek pada tempat yang berpanau. InsyaAllah, anda akan puas hati dan gembira dengan hasilnya nanti.

2. Melicinkan Dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian sapukan di seluruh muka. Biarkan mengering lebih kurang 20 minute. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

3. Menghilangkan Lebam Mata
Tea uncang yang sudah digunakan tu jangan dibuang. lekap pada mata dan biarkan semalaman. lakukan 3 kali seminggu sebelum tidur. Yeyehhhh nanti mata dah cantik.

4. Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka untuk seketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ni juga berfungsi untuk bersihkan kulit.

5. Menghilangkan Parut Di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumut. Campurkan serbuk kayu manis dengan sedikit air. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian parut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama kelamaan, parut akan pudar dan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik bintik hitam dan jerawat di muka.

6. Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Setelah itu, sapukan di muka dan biarkan ia kering sendiri. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta memutihkan muka serta menjadikan kulit muka kita kelihatan segar.

7. Memerahkan bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap tiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu. InsyaAllah, bibir anda akan merah seperti pakai gincu.

8. Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merak yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan campuran itu lalu dioleskan pada kulit sehari sekali. Amalkan selalu. InsyaAllah, anda akan puashati dan gembira dengan hasilnya nanti.

9. Kulit Cerah Dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. InsaAllah, kulit akan cerah, licin dan berbau harum.

10. Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang 15 minute. Setelah ibu barulah dibilas.


Take Note : Sebenarnya kita dah tahu bagaimana nak mencantikkan diri sendiri tapi itulah.. kita tak terlalu berusaha untuk amalkannya. 

Tiada ulasan