Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tazkirah Pagi Khamis | Zikrullah

Tazkirah Hari Ini;

Rasulullah SAW bersabda,

"Bagi setiap sesuatu ada pembersih dan penghilang kekotoran  (umpamanya untuk badan dan pakaian digunakan sabun dan untuk besi digunakan api). Pembersih hati ialah zikrullah. Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada zikrullah untuk menyelamatkan diri daripada azab Allah."


Sebahagian ulama tasawuf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah zikir qalbi (zikir dengan hati) bukan zikir lisani  (zikir dengan lidah).

Yang dikatakan zikir qalbi ialah hati yang sentiasa terhubung dan terpaut dengan Allah. Tidak diragui lagi bahawa keadaan hati yang sedemikian adalah lebih utama daripada segala bentuk ibadat.


Sayyidina Abu Darda meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat,

"Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang amalan yang paling baik dan yang paling suci di sisi Allah, yang meninggikan darjat kamu setinggi - tingginya, yang lebih baik menafkahkan emas dan perak (dijalan Allah) dan yang lebih baik daripada menghadapi musuh di tengah2 medan jihad, kamu penggal leher mereka atau mereka memenggal leher kamu?"

Para sahabat berkata,

"Bahkan, apakah itu ya Rasulullah?" Baginda SAW bersabda,  " Zikrullah."

( Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi dan lain2)

.

Semoga beroleh manfaat.


10 ulasan