20 Jun 2016

Baju raya untuk blog

Assalamualaikum..


Akhirnya blog berwajah baru. Hanya itu yang mampu hakak katakan. Payah sebenarnya nak lakukan tapi terpaksa. Demimu ku relakan juga. Ye dok?

Sebenarnya dah lama hakak plan nak tukar wajah blog. Nak tukar dia punya background. Macam bosan je sebab dah terlalu lama hidup dalam hitam putih. Ya, memang lah hitam putih ke kaler kegilaan hakak tapi kalau dah lama sangat mengadap warna tu boleh jadi muak, jemu.

Untuk hari ni hakak bertekad, nak jugak edit blog ni walaupun kekeringan idea. Malas sebenarnya nak mengadap coding coding yang berselirat. Tapi takpe, cuba sedikit demi sedikit. Hasil yang diperolehi, hakak sendiri sebenarnya tak pasti macam mana. Tapi itulah, kalau tak cuba tak tahu. Kan?

Maka, bermula pagi tadi hakak memulakan misi. Hahaa curi curi mengedit sebenarnya. Hari ni dalam opis sama seperti beberapa hari yang sudah. Tade kerja yang nak dibuat. Setakat tolong packing barang, rapping barang, susun surat, tlg fotostape tu adalah. Tapi kerja tu semua takde lah lama mana. Jadi hakak gunakan masa yang berlebihan tu untuk mengadap blog ni. Yes! dari pagi tadi sampai ke sekarang, waktu dah nak habis kerja. Huhuuu

Alkisahnya, hakak dah cuba banyak template sebenarnya tapi tak berkenan di hati. Payah nak nak cari yang menepati citarasa hakak. Cewahhhh berlagak gitu bedah! Eh, tade berlagak mana pun. Hakak nak cari template yang berwajah ceria sebenarnya. Tapi entahlah, ceria ceria yang hakak jumpa tu langsung hakak tak berkenan. Rasanya dari pagi sampai tengah hari hakak cuba pelbagai template. Barangkali lebih dari 20 template kowt. Barangkali lah..

Kepala dah buntu. Idea dah kering. Akhirnya hakak pilih template lovebird. Acah acah sweet jiwang gitu. Cewahhh hati gula-gula kapas. Kalau diikutkan, rasanya template ni macam tak kena je dengan jiwa hakak. Tapi entahlah, hakak macam terpikat dengan template ni. Banyak kali mencuba sebenarnya alih-alih yang ni jugak berkenan dihati. Okay, terus gunapakai.

Sesi mengedit coding bermula. Mula mula memang best. Macam sebab apa yang hakak nak edit tu menjadi. Masuk step kedua, coding yang bahagian tengah tu tetiba jadi stress. Tak jumpa cari punca woiii. Penat mencari tapi tak jumpa. Sedih... hakak nak tukar font sebenarnya tapi tak jumpa cari celah mana coding yang nak diedit. Huhuuu tak jumpa.

Leka hakak mengadap blog hari ni sedar sedah dah dekat 5:30 petang. Sesi mengedit tak habis lagi sebenarnya tapi masa mencemburi pulak. Eceh ecehh gedik je ayat!. Okaylah, hakak nak kemas meja, kemas barang, nak balik. Tengoklah esok lusa hakak sambung mengedit ye. Sementara waktu ni hakak pakai je dulu apa yang ada. Katanya tak elok membazir kan. Huhuuu walaupun hati tak puas tapi apakan daya, tak jumpa cari coding yang berkenaan. Rasanya perlu kaji semula ni, kena tanya otai-otai ni. Huhuu nantilah hakak cari otai yang berilmu tu untuk ditanya. Apapun semoga template baru ni mesra pengguna, mesra seo dan ringan untuk dibuka oleh sesiapa saja.












Previous Post
Next Post

post written by:

6 ulasan: