Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Punca Tangan Kerap Berpeluh


Pernahkah tak rasa tangan berpeluh dengan begitu banyak?

Peluh boleh keluar pada bila-bila masa sahaja dalam jumlah yang banyak walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti.

"Pengeluaran peluh yang berlebihan dalam istilah perubatannya disebut sebagai ‘hiperhidrosis’.

Biasanya keadaan itu berlaku apabila seseorang memasuki alam remaja atau belia.

Selain gangguan secara fizikal, hiperhidrosis juga boleh disebabkan oleh faktor psikologi (perasaan cemas/panik).

Keadaan ini boleh terjadi pada seluruh permukaan tubuh atau hanya pada bahagian-bahagian tertentu seperti pada tapak tangan, tapak kaki dan ketiak.

Masalah ini melanda 2.8 peratus dari populasi dan membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan secara sama rata.

"Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.

"Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh.

Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.

Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer maupun sekunder.


Antara faktor gangguan fizikal yang boleh mengakibatkan hiperhidrosis ialah:


* terdapatnya kelenjar peluh yang berlebihanpenyakit gangguan hormon  seperti kencing manis (diabetes melitus),

* gangguan pembentukan hormon tiroid dan putus haid (menopause)

* penyakit jangkitan (tuberkulosis)

* penggunaan ubat-ubatan tertentu

* pengambilan alkohol

Lagi sedikit info:

Untuk merawat dan mengendalikan hiperhidrosis, anda perlu mengenal pasti puncanya terlebih dahulu – adakah ia disebabkan oleh faktor psikologis saja,

Atau terdapat gangguan fizikal yang menjadi puncanya. Setelah itu barulah diberikan rawatan atau terapi yang sesuai dengan faktor penyebabnya.



Kredit : Sini

Tiada ulasan