Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Masker utk rambut rosak

Masker utk rambut rosak

Masker rambut (hair mask) adalah salah satu cara paling efektif untuk memberi nutrisi kepada rambut anda dari luar. Ada pelbagai macam jenis hair mask yang tersedia di pasaran.

Namun anda juga boleh membuat masker rambut anda sendiri dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buah alpukat atau minyak zaitun.

Cara membuatnya hanyalah dengan mengisar 1/2 bahagian buah alpukat dan 2 sudu makan minyak zaitun. Setelah itu sapukan bahan tersebut keseluruh bahagian rambut, diamkan selama 15 minit, lalu bilas dengan air sampai bersih.

Selain masker rambut, anda juga boleh menggunakan serum rambut yang juga berfungsi untuk memberi nutrisi kepada rambut anda dari luar.

Cara lain bagi membuat masker adalah dengan menggunakan 2 sudu besar minyak zaitun, 2 sudu besar madu lebah/kelulut dan 2 sudu besar cuka epal. Caranya, campurkan kesemua bahan tersebut. Sapukannya pada rambut dan kulit kepala. Ratakan masker ke seluruh rambut menggunakan sikat bergigi lebar. Biarkan sejam sebelum bilas dengan air suam. 

Kredit : keluarga.my

Tiada ulasan