Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

KENAPA ANDA PERLU MAKAN TIMUN SETIAP HARI



Tahukah anda timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan bukan sekadar ulam? Boleh guna dari hujung rambut ke hujung kaki, tapi kena tahu caranya.

Malah, Tiffany dari Girls Generation melakukan topeng timun dua kali seminggu, ini untuk melegakan kulit dan memberikan vitamin ke dalam kulit.

Cepat Kurus

Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air. Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit. Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun membantu mengurangkan paras kolestrol.

Rambut

Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.

Gusi dan Gigi

Jus timun juga bermanfaat bagi anda yanag mengalami masalah gigi dan gusi kerana timun merupakan sumber serat yang baik.

Mata

Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan saja timun yang yang dipotong membulat pada mata. Timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.

Sistem Penghadaman

Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser keasidan, pedih ulu hati dan gastrik. Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.

Kulit 

Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium, serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit. Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit. Kulit timun membanti memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari. Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.


Tiada ulasan