Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Fakta Pukau


Menurut kamus dewan, pukau bermaksud jampi serapah yang digunakan untuk memabukkan seseorang atau membuatkan orang tidur lelap _ tidak dapat berkata-kata atau berbuat apa-apa kerana sedang menjadi sasaran jampi. Apabila ditambah imbuhan ‘ter-‘ ia menjadi terpukau dan membawa maksud terpedaya, kaku dan tertidur oleh perbuatan si pemukau.

 Daripada maksud di atas jelas menerangkan bahawa pukau merupakan suatu ilmu atau teknik yang digunakan untuk membuatkan orang tidur lebih nyenyak daripada biasa, kelu lidah untuk berkata-kata, mengantuk secara tiba-tiba, menurut segala kemahuan dan akhirnya terpedaya.

Berdasarkan perkataan PUKAU itu sendiri menjelaskan maksud setiap hurufnya tersembunyi di sebaliknya. ‘P’- pujukan, ‘U’- ungkapan, ‘K’- kata-kata, ‘A’- ayat azimat, dan ‘U’- umpan. Jika disusun perkataan-perkataan itu, maksud pukau bolehlah diterjemahkan sebagai ‘Teknik menggunakan daya pujuk, ungkapan, kata-kata, dan ayat-ayat azimat sebagai umpan’.

Si pemukau kebiasaannya akan menggunakan pujuk rayu yang mampu melemahkan jiwa dan minda mangsanya dengan ungkapan dan kata-kata yang amat manis dan menusuk. Ditambah lagi dengan ayat-ayat azimat (samada berupa jampi serapah, arahan atau lain-lain) yang dikatakan mampu membuat orang terlena dan kelu serta kaku dan menuruti segala kemahuan.


1. Pukau atau 'hypnosis' selalunya dikaitkan dgn ilmu ghaib, sihir atas dasar2 ingin menipu dan berniat jahat.

2. Istilah hypnosis berasal dari perkataan 'hypnos' yg bermaksud dewa tidur Yunani.

3. Tapi, hypnosis tak sama dgn tertidur, kerana seseorg itu masih boleh mendengar dan memberi respon terhadap org lain.

4. Hypnosis adalah fenomena mental di mana pemikiran seseorang itu tertumpu kepada hanya satu perkara dan dia boleh melakukan apa sahaja yg disuruh/dicadangkan.

5. Hypnosis sebenarnya berlaku pada setiap orang setiap hari. Contohnya, menonton televisyen, membaca buku, mendengar percakapan org yg kita suka. Kerana minda kita fokus pd satu perkara tanpa sedar.

6. Hypnosis sudah dipelajari dan cuba difahami lebih dari 200 tahun tapi setiap ilmuwan mempunyai pendapat berbeza2 mengenainya.

7. Hypnosis mudah terkena kepada org yg lemah dan wanita? Itu tidak benar kerana setiap org mempunyai daya fokus dan imaginasi yg berbeza2.

8. Seseorang yg dipukau tidak boleh disedarkan kembali? Salah. Ini kerana sesiapa yg dipukau atau di-hypnosis akan tersedar dgn sendirinya apabila mindanya kembali berfungsi secara normal.




Sumber: http://psikologid.com/

1 ulasan

  1. Pernah ada pengalaman kena pukau masa kerja kt pasaraya hari tu. Melayang duit .huu

    BalasPadam