Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016


Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JobsMalaysia, dengan kerjasama Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan menganjurkan program JOB FAIR @ UTC yang akan berlangsung serentak 
di 9 lokasi UTC seluruh Malaysia, pada ketetapan berikut:

Program Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016

Tarikh    : 5 November 2016 (Sabtu)

Masa     : 10.00 pagi hingga 8.00 malam

Tempat :  i. UTC Alor Setar, Kedah
                ii. UTC Ipoh, Perak
               iii. UTC Pudu, Kuala Lumpur
               iv. UTC Bandar Melaka, Melaka
                v. UTC Johor Bahru, Johor
               vi. UTC Kuantan, Pahang
              vii. UTC Kota Bharu, Kelantan
             viii. UTC Kuching, Sarawak; dan
               ix. UTC Kota Kinabalu, Sabah


Majlis Perasmian Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016

Tarikh    : 5 November 2016 (Sabtu)

Masa     : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat  : UTC Kuantan, Pahang

Perasmi : YB Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
                 Menteri Sumber Manusia




Untuk makluman korang, program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Pusat JobsMalaysia di seluruh Malaysia dan UTC sebagai Hub Perkhidmatan Pekerjaan (Employment Hub) dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada seluruh masyarakat, selaras dengan konsep NBOS.

Jadi tunggu apa lagi. Jom kita ramai- rama memeriahkan program tersebut. Hadirkan diri anda tanda sokongan memeriahkan program di lokasi-lokasi berhampiran dan menghebahkan maklumat program ini seluas-luasnya kepada orang ramai. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk  https://www.facebook.com/JobsMalaysia.gov.my/. 


JobsMalaysia Administrator

1 ulasan