01 November 2016

Dewasa Itu Bila Kau..





Bila kau mula fikirkan pasal kehidupan.. Bila kau mula rasa susahnya mencari rezeki.. Susahnya berkawan dengan orang.. Susahnya ingin mengurus masa kau.. Itu tandanya kau sudah melangkah ke alam dewasa dan kau sudah dipertanggungjawabkan dengan kehidupan kau.

Macam mana nak survive dalam kehidupan itu tak diajar di sekolah.. Kehidupan itu sendiri yang mengajar kau. Perkara yang terbaik kau boleh buat pun..

1. Setiap situasi yang berlaku adalah pengajaran baru!

2. Setiap pagi adalah satu permulaan yang baru. Lakukan apa yang anda suka!

3. Jika anda susah mencari kawan, cari kawan dengan minat yang sama.

4. Kegembiraan itu ada di mana-mana. Tak semestinya kegembiraan itu sesuatu yang harus BESAR! Perkara kecil juga boleh jadi satu kegembiraan. Contohnya, makan sepotong kek.

5. Luangkan sekurang-kurangnya 15 minit untuk bertenang. Tetapkan masa untuk diri anda supaya anda boleh berehat sepenuhnya daripada tekanan.

6. Jaga kesihatan anda. Kita bukan takut nak jumpa doktor dah, tapi ktia takut nak keluar duit bila jumpa doktor.

7. Orang dewasa perlukan motivasi SENTIASA! Serius tak tipu!

8. Paling susah adalah untuk jadi SIAPA diri kita. Diri kita adalah kita yang tentukan dan bukan orang lain. Taste orang tak sama, jadi kenapa nak ikut apa yang orang kata? Kun anta!

9. Jadi dewasa ni jugak lah yang banyak perkara SUKAR diungkapkan... Perkara kecil je jadi besar bila tersilap cakap. Jadi apa yang kita buat, simpan sorang-sorang sampai diri sendiri jadi kabut. Sebaiknya, ceritakan masalah kita pada seseorang yang kita boleh percaya. Daripada seorang kawan sampailah pendengar professional.

10. Setiap masalah ada PENYELESAIANNYA! Ini yang ramai orang tak faham. Penyelesaian itu ada cuma kita yang tak tahu macam mana. Kalau kita sekadar fikir tentang masalah tapi tak fikir macam mana nak selesaikan, memang takkan selesai masalah kita.

Jadi orang dewasa memang tak mudah, tapi tak pulak terlalu susah. Jadi dewasa kena jadi seorang yang bijak! Betul tak?


1 ulasan:

  1. Yea betul sangat. Tough Life right ? :)
    http://minimeyra.blogspot.my/2016/10/kurus-tapi-buncit.html

    BalasPadam