Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online


Assalamulaikum semua...  Pernah dengar tak tentang SAPS Ibu Bapa? Tahu tak macam mana cara penggunaannya? Tahu tak apakah kabaikan dari segi penggunaan SAPS Ibu Bapa ni?

Apakah SAPS Ibu Bapa itu? Kenapa anak-anak dan ramai orang bercakap mengenai saps ibu bapa ini?

Sebagai ibu bapa, kita sememangnya menitikberatkan soal pembelajaran terhadap anak-anak. Hampir saban hari anak-anak kita pergi ke sekolah. Setiap kali pertengahan tahun dan akhir tahun, anak-anak kita yang berada di bangku sekolah akan menghadapi peperiksaan penggal pertenganan dan juga penggal akhir tahun. Keputusan peperiksaan anak-anak kita macam mana? Pergi ke sekolah, bertanyakan guru kelasnya sendiri. Bagus! anda ibu bapa yang sangat prihatin. Dalam pada kesibukan masih sempat ke sekolah anak-anak.

Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Ya, sebab keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi pembelajaran mereka. Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!


Tahukah anda dengan adanya SAPS Ibu Bapa, kini ibu bapa tidak perlu lagi bersusah payah ke sekolah anak-anak. Tidak perlu lagi meredah kesibukan jalan raya untuk bertemu dengan guru kelas anak-anak. Semuanya kini hanya di hujung jari anda.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak. Ibu bapa perlu bertemu guru kelas, membuat appointment dengan guru, dan hal ini sangat memakan masa dan tenaga.

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.



Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.
Jadi apa tunggu lagi, silalah semak keputusan anak anda sekarang. SAPS Ibu Bapa sememangnya memudahkan urusan anda. menjimatkan masa, kos dan tenaga.

Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa

Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu frust sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi insyaAllah.

Untuk makluman anda, Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.


Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Pistttt.. sudah jelas dan fahamkan apakah fungsi SAPS Ibu Bapa. Heheee..  Sudilah kiranya anda kongsi artikal ini dengan para ibu bapa yang lain pula ya. Semoga para ibu bapa di luar sana dapat memantau pembelajaran anak-anak dengan lebih mudah.

Tiada ulasan