Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sayangnya Allah kepada Perempuan



Siapa kata jadi perempuan tu senang..?

Nak kena tutup sana, tutup sini.. Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising.. Perempuan, stokin pun kena pakai.. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.. Confirm tak tahan bertutup semua.. Tapi, perempuan cool je.. Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah.. Hebat kan perempuan..?

Siapa kata jadi perempuan tu senang..?

Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit.. Nak pergi kelas pun susah.. Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit.. Cuba tengok budak lelaki, selamber je.. Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit.. Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je.. Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit.. Hebat kan perempuan..?

Siapa kata jadi perempuan tu senang..?

Hati ni Allah jadikan lembut betul.. Cepat je sensitif.. Cuba tengok orang putus cinta, selalu perempuan yang paling susah nak lupa.. Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru.. Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan, siapa yang paling teruk menangis..? Perempuan kan..? Lelaki boleh gelak-gelak lagi.. Lembut tak hati perempuan..? Tapi, dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.. Hebat tak perempuan..?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni la, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.. Kita cakap, Allah tak adil.. Kenapa Allah lebihkan lelaki..? Kenapa perempuan kena dengar cakap suami..? Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..? Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah.. Bak kata orang,

"Nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan"

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan di luar sana yang tidak pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan,

"Lelaki tak payah tutup pun"

Kita berani bertepuk tampar dengan lelaki, kita sanggup gadaikan diri kita sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.. Tak kesian ke dekat diri kita..?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, kita sanggup rosakkan diri kita.. Kita cakap kita buat macam tu sebab Allah tak adil.. Persoalannya sekarang, bet ke Allah tidak adil dengan perempuan..? Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.. Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya.. Betul, isteri kena ikut cakap suami.. Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya.. Tak adil lagikah Allah pada perempuan..?

Kenapa perempuan hebat..?

Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat.. Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio.. Banyak lagu pasal perempuan kan..? Contohnya macam lagu SUMAYYAH.. Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.. Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan.. Sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.. Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya.. Orang akan cakap,

"Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya"

Kita tak pernah dengar orang cakap,

"Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya' kan..?"

Hebat tak Allah jadikan perempuan tu..?


Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan..?


Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.. Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni, perempuan senang nak masuk syurga.. Tengok hadis ni,

"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai"
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sahabatku yang perempuan, sedarlah.. Betapa sayangnya Allah dekat kita.. Betapa cintanya Allah dekat kita.. Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas kepada Allah..? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia.. Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita dijadikan hiasan.. Dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.. Kesiannya dekat diri kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan..?

Moga gelaran solehah..bidadari Syurga menjadi milik kita..bertaqwa la kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, Syurga akan menjadi milikmu..in shaa Allah


2 ulasan

  1. Insyaallah...

    Jom join...

    http://jombercontest.blogspot.my/2016/11/segmen-jom-blogwalking-bersama.html

    BalasPadam