Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Episod Terbaru Drama My Coffee Prince


Drama My Coffee Prince Episode 4
Drama My Coffee Prince Episode 5

Drama My Coffee Prince Episode 6
Drama My Coffee Prince Episode 7
Drama My Coffee Prince Episode 8
Drama My Coffee Prince Episode 9
Drama My Coffee Prince Episode 10

Next


Episode Terbaru Drama Dia Lakonan Janna Nick


Drama Dia Episode 17
Drama Dia Episode 18
Drama Dia Episode 19
Drama Dia Episode 20

Drama Dia Episode 21
Drama Dia Episode 22
Drama Dia Episode 23
Drama Dia Episode 24
Drama Dia Episode 25

Drama Dia Episode 26
Drama Dia Episode 27
Drama Dia Episode 28
Drama Dia Episode 29
Drama Dia Episode 30


Drama My Coffee Prince


Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.


Episode Terbaru Drama Red Velvet






Drama Red Velvet Episode 21
Drama Red Velvet Episode 22
Drama Red Velvet Episode 23
Drama Red Velvet Episode 24
Drama Red Velvet Episode 25

Drama Red Velvet Episode 26
Drama Red Velvet Episode 27
Drama Red Velvet Episode 28
Drama Red Velvet Episode 29
Drama Red Velvet Episode 30


Episode Terbaru Drama Mr London Ms Langkawi


klik SINI atau SINI


Drama Mr London Ms Langkawi Episode 17
Drama Mr London Ms Langkawi Episode 18
Drama Mr London Ms Langkawi Episode 19
Drama Mr London Ms Langkawi Episode 20

Drama Mr London Ms Langkawi Episode 21
Drama Mr London Ms Langkawi Episode 22
Drama Mr London Ms Langkawi Episode 23
Drama Mr London Ms Langkawi Episode 24
Drama Mr London Ms Langkawi Episode 25

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episode Terbaru


Untuk episode 1 hingga episod 5, sila klik di SINI
atau klik SINI





Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 20

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 21
Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 22
Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 23
Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 24
Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 25

NEXT





4 Tips Mencantikkan Kuku Anda Secara Semulajadi



Nak nampak cantik bukan hanya fokus pada bahagian wajah dan tubuh badan sahaja. Kecantikkan dan kebersihan kuku tangan dan kuku kaki juga perlu diambil kira. Yelah, penampilan yang cantik, kemas serta bersih amat penting dalam meningkatkan keyakinan dalam diri.

Ini antara cara mudah untuk memiliki kuku sihat dan putih tanpa perlu berbelanja banyak, buat kat rumah gitu.

Limau Nipis

Belah dua limau nipis. Gosok kat  kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air.

Bawang Putih

Kupas bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk bawang putih tu sampai lumat dan gosok pada kuku. Kemudian bilas sehingga bersih. Kuku anda akan nampak lebih sihat dan serta berkilat. Bawang putih mampi mengatasi masalah kuku mudah rapuh.

Lemon

Lemon mengandungi vitamin C yang tinggi, ia mampu menjadi kuku lebih sihat, cantik dan berkilat. Sapukan hirisan lemon pada kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas. Lemon dapat membantu mengatasi masalah kuku kuning.

Kulit Tembikai

Gosok kulit buah tembikai pada kuku anda. Biarkan ia mengering terlebih dahulu. Kemudian, cuci dengan air sehingga bersih.

Selamat mencuba!

Sumber: EH

Seorang Ibu Mengikhlaskan Matanya Buat Si Anak..tapi balasannya??

Sedari kecil aku malu ada seorang ibu kerana hidupku tidak seperti orang lain.Mengapa ibuku tidak sempurna seperti ibu orang lain.Ibu mereka sempurna cantik tetapi aku cuma ada ibu yg hodoh dgn satu mata. 

Aku berasa malu tiap kali berjalan bersama ibu.Semua mata akan memandang ibu.Sedari kecil aku berasa sgt malu..hati aku hanya ada kebencian pada ibu.Mengapa ibu selalu memalukan aku dengan kehadirannya di mana saja aku berada.

Setelah aku meningkat remaja,aku cuba membuang ibu dari hidupku.Aku memulakan kehidupan baru di suatu tempat yg jauh dari ibu.Aku peroleh rasa yakin diri dan bahagia bebas dari bayangan ibu.Aku bekerja keras hingga hidup bekeluarga bersama wanita cantik yg aku cintai.Dia ibu yg sempurna buat zuriatku yg comel2 seperti ibunya.

Namun tidak disangka, pada suatu hari tiba2 ibu muncul di hadapan rumahku.Ketenangan aku terganggu..anak2 comelku ketakutan.Isteriku memandang ibuku dengan jijik.Kehadiran ibu seolah merampas kebahagiaanku.Lalu aku menghalau ibu dgn amaran keras jangan pernah lagi munculkan diri di hadapanku.

Pada suatu ketika, aku menerima undangan reunion rakan persekolahanku.Aku tak mampu utk menolak.Sesampai di sana aku mengambil keputusan utk melihat rumah yg aku telah tinggalkan di mana byk kenangan zaman kanak-kanakku membesar di situ.Tiba2 tetanggaku menghulurkan sepucuk surat.Dari ibu katanya..

Beginilah isi surat ibu :
--------------------------
“Anakku sayang :

Ibu harus memulai surat ini dengan meminta maaf kerana telah mengunjungi rumahmu dan menakutkan anak-anakmu yang cantik. Ibu juga sangat menyesal kerana ibu adalah wanita yang memalukan dan sumber penghinaan bagimu, ketika kamu masih kecil sampai kamu dewasa.

Ibu sudah mengetahui bahwa kamu pasti akan datang untuk reunion sekolahmu.Ibu mungkin tidak lagi berada di tempat ini ketika nanti kamu datang, dan ibu fikir itu adalah waktu yang  tepat untuk memberitahumu sebuah insiden yang terjadi ketika kamu masih kecil.

Tahukah kamu, anakku sayang..Waktu kecilmu kamu telah mengalami satu kecelakaan dan kehilangan satu mata.Ibu sangat terpukul dan terus memikirkan bagaimana nasibmu apabila anak ibu tercinta perlu hidup dan membesar dengan satu mata.Ibu ingin kamu dapat melihat dunia yang indah dengan sempurna.Lalu ibu memberi sebelah mata ibu buat kamu anakku...

Sebagai seorang ibu, ibu harus mengambil tindakan itu. Ibu meminta doktor mengambil sebelah mata ini untukmu. Ibu tahu bahwa ibu tak akan tahan dan tak akan pernah bahagia bila melihatmu harus menanggung ini sendiri. Sebab itulah, ibu selalu menjadi ibu yang menakutkan dan tak bisa membuatmu bangga, anakku.

Kini ibu bangga, dengan pengorbanan ibu ini, ibu bisa melihatmu menjadi orang yang sukses dan bahagia.Ibu bahagia mampu membuatmu selalu melihat dunia.

Berbahagialah selalu anakku,

Ibu yang selalu menyayangimu.


-Moralnya hargailah setiap pengorbanan org tua kita.
-Yg indah itu hanya luaran semata,tetapi kasih syg sejati mereka tak ternilai harganya utk dinilai dgn wang ringgit.

Take Note : Cerita pendek ini telah dikongsi oleh salah seorang sahabat saya. Terpanggil untuk saya kongsikannya semula disini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Sesungguhnya, ibu bapa adalah insan yang paling menyayangi kita. Walau bagaimana pun keadaan mereka, sedarlah duhai anak... ibubapa sanggup berbuat apa sahaja demi kebaikan dan kesenangan anaknya. 

Penawar Buat Yang Sedang Bersedih Kerana Cinta

Penawar Buat Yang Sedang Bersedih Kerana Cinta

Cinta itu hakikatnya adalah satu perasaan yang sangat positif. Segala perkara jadi baik belaka. Tiada cacat cela walau hakikatnya ada cacat cela pada manusia. Orang yang bercinta dengan Allah, hatinya bergentar di saat disebut nama Allah.

Seperti hati kita bergetar saat kita mendengar orang lain menyebut seseorang yang kita suka. Kita jadi tersentap. Itu adalah ciri-ciri kita mencintai Allah. Seperti dalam firman Allah,

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” Surah Al Anfaal: 2

Cinta Selain Allah Berpotensi Menyakitkan

Kata Ibn Qayyim,

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah (mencintai wanita / lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya.”

Bukan semua orang yang kita cinta, akan mencintai kita sepertimana kita mencintai dia. Adapun orang yang mencintai kita, kita tidak dapat mencintainya sepertimana dia mencintai kita.

Orang yang terkenal kebiasaannya ada ramai peminat. Namun sedikit sekali yang mampu menghargai peminat sebaiknya. Antara dialog biasa, “Teringin nak jumpa _____.”


Bagi orang itu, ia perkara biasa dan tidak memberi apa-apa makna. Sedangkan peminatnya itu begitu bersungguh menunjukkan betapa minatnya dia dengan selebriti tersebut.

Sehingga apa yang dipakai selebriti itu ditanya dan dipakai. Yang merefleksi ketaksuban dengan selebriti itu. Apabila selebriti itu tidak melayan peminat tegar dengan sebaiknya, kemungkinan besar, peminat tegar akan kecewa dan tawar hati.

Kehilangan Adalah Tanda Mendapat Pengganti Yang Lebih Baik

Seseorang pernah berpesan,

“Wahai sahabatku, janganlah kamu bergusar hati kerana masih tidak punya pasangan, kerana cintamu itu terlalu mahal untuk dipermainkan. Kerana cintamu itu hanya layak untuk mereka yang benar-benar mampu memilikimu.”

Justeru, jangan bersedih dalam mencari pasangan hidup. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, Dia akan berikan pengganti yang lebih baik. Kehilangan sesuatu boleh jadi petanda, kita akan dapat sesuatu yang lebih baik.

3 Aset Penting Untuk Dicintai

Dalam satu hadis riwayat Anas bin Malik r.a.: Ada seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW : “Bilakah kiamat itu tiba?”

Rasulullah bersabda: “Apa yang telah kamu persiapkan untuk itu?”

Lelaki itu menjawab: “Cinta Allah dan Rasul-Nya.”

Rasulullah menjawab: “Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.”
Hadis Riwayat Muslim, No. 4775

Maka penting kita menapis siapakah yang kita cintai di dunia ini.

1. Allah

Aset asas dan paling penting untuk dihargai dan dicintai. Andai dalam sehari kita mampu hidup tanpa Allah, barangkali kita tidak hidup.

Oksigen yang kita hirup, sudah berapa oksigen yang Allah beri kepada kita.

Namun, sedikit sekali yang bersyukur dengan-Nya. Dia sudah beri terlalu banyak nikmat kepada kita, tetapi kita buta untuk menilainya.

2. Rasulullah

Jika tidak kerana Rasulullah S.A.W., mungkin kita tidak hidup sebagai seorang umat Islam. Hatta mungkin Islam tidak sampai pada zaman sekarang. Sepatutnya dengan hanya berselawat kepada Rasulullah S.A.W. sudah membuat kita berasa istimewa di sisi Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” Sahih Muslim 0408


a Rasulullah S.A.W., mungkin kita tidak hidup sebagai seorang umat Islam. Hatta mungkin Islam tidak sampai pada zaman sekarang. Sepatutnya dengan hanya berselawat kepada Rasulullah S.A.W. sudah membuat kita berasa istimewa di sisi Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” Sahih Muslim 0408

Analoginya begini. Kita mengenali seorang multijutawan yang dikenali oleh jutaan orang di dunia ini. Pada suatu hari, kita sempat berjumpa dengannya. Saat bertemu, dia sebut nama kita.

Masya-Allah, pasti kita rasa sangat gembira dan bersyukur kerana antara jutaan orang yang mengenalinya, kita adalah antara individu yang dia ingat nama.

3. Ibu bapa

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.

Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun.” Surah Al Ahqaf: 15

Sesuatu yang asas namun ada yang mengabaikannya. Mereka hanya berdua. Tetapi mereka tetap mampu menjaga 3–4 orang anak sekaligus. Namun ketika anak-anaknya dewasa, mereka yang berempat itu belum tentu dapat menjaga ibu bapanya yang hanya dua orang.

Adakalanya di saat si bapa tidak mempunyai wang yang banyak, dia sanggup berlapar untuk memberi anaknya makan. Di saat ibu kekurangan wang, dia sanggup memberi wang yang terakhirnya buat si anak.

Begitulah bersungguhnya mereka berkorban kerana kita yang lebih layak mendapat cinta dan kasih sayang daripada mereka.

Copypaste info Remaja

Jangan Resah Jika Ada Yg Membenci


Jangan Resah Jika Ada Yang Membenci

Kenapa ada orang suka kita dan ada orang benci kita? 
Kerana ALLAH nak jaga kita, kalau semua orang puji dan sanjung kita, kita mudah lupa diri dan bangga.

ALLAH tak nak kita lalai...Sebab ALLAH sayang Kita...

Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.

Orang tak suka ??

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali


Cara Tenangkan Hati Dan Jiwa


10 KUNCI AGAR HATI & JIWA KITA TETAP TENANG*

Setidaknya ada 10 kunci agar hati kita tetap senang dan jiwa kita tetap tenang, iaitu :_

*1. TIDAK MEMBENCI*
Jangan sekali-kali membenci seseorang walaupun dia berbuat kesalahan kepadamu.

*2. TIDAK MERENGUT*
Jangan berkeluh kesah, sebaliknya perbanyaklah berdo'a kepada Alloh Azza Wa Jalla.

*3. HIDUP SEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun punya kedudukan tinggi & harta melimpah.

*4. BERPRASANGKA BAIK*
Sentiasa berfikir positif meskipun kerap ditimpa musibah.

*5. SELALU TERSENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka.

*6. SELALU MEMBERI*
Gemar memberi sedekah walaupun lagi susah.

*7. BERDO'A TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus mendo'akan kebaikan untuk saudaranya tanpa pengetahuannya.

*8. TIDAK DENGKI & IRI HATI*
Jangan iri & dengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdo'alah semoga anda juga berjaya seperti dia, jika anda dengki dengan mengaibkan dia.. ingatlah bahwa segala amal baik anda pasti hangus.. kerana Allah tidak terima amal kebajikan orang yang hasad, iri dan dengki.

*9. MUDAH MEMAAFKAN*
Jangan merasa malas dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain, kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan di dalam memaafkan

*10. HINDARI PERMUSUHAN*
Jangan menganggap orang yang berbeza pendapat sebagai lawan, namun dia pun kawan anda..

Sumber : Group Whatsapp Family :)


Kenapa Kita Selalu Gagal


Kenapa Kita GAGAL ?

☂Kenapa Diri Kita GAGAL?
______________________________

☂Kita Takut Menghadapi Risiko Setiap Benda Yang Kita Lakukan.

☂Kita Kurang Keyakinan Pada Diri Sendiri,Walaupun Sebenarnya Kita Mampu.

☂Kita Selalu Tangguh Kan Sesuatu Sehingga Peluang Didepan Mata Terbiar Begitu saja

☂Kita Tidak Berusaha Dan Tidak Bekerja Keras Sedangkan Kita Mampu melakukannya

☂Kita AbaiKan Peluang Yang Ada Dengan Pelbagai Alasan,Belum Berusaha Dah Bagi Banyak Alasan.

☂Kita Lebih Kepada Bercakap,Tapi Buat Tidak Pernah Sekali,Hanya Tahu Bercerita Tapi Hasil Tiada.

☂Takut Mengalami Kerugian Sedangkan Kita Tahu Mana² Perniagaan Sentiasa Ada Rugi Ada Untung.

☂Kita Kalau Boleh Nak Kaya Terus Tapi Usaha Taknak Buat,Padahal Kita Kena Bermula Dari Bawah Ke Atas,Bukan Dari Atas Ke Bawah.
Dari kosong sehingga berjaya..
Selalu Membuang Masa Begitu saja, Sedangkan Masa Itu Emas,Walaupun Seminit Ia Amat Bernilai.

☂Tidak Yakin Pada Diri dan tidak yakin Pada kemampuan sendiri,Ini Selalu Berlaku Pada diri Kita.

☂P/s : Ingat,kalau nak berjaya bukan semudah ABC yang kita boleh sebut begitu tanpa melihat,Tetapi lihat lah diri kita dan sekeliling kita tengok bagaimana orang lain berjaya? Kerana dia berusaha. Mereka tidak simpan 1 perkataan diatas ini sekali pun dalam diri mereka,Sebab mereka yakin atas usaha keras dia pasti peroleh kejayaan kelak.

☂Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.

☂Yang Selalu Beri Alasan Dia Adalah Orang Yang Gagal,
Yang Selalu Cepat Mengalah Dia Adalah Orang Yang Gagal,Yang Selalu Melihat Tanpa Berbuat Tindakan Dia Adalah Orang Yang Gagal....Sampai Bila Kita Nak Di Level Begini Sahaja?? Sampai Bila???? Semua Penuh Dengan ALASAN....Harap Semua Bangkit Dari Tidur, Bangkit Dari Kejatuhan...

Kita Sama² USAHA...InshaAllah Kelak Kita Jadi Orang Yang Berjaya...

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ???


Pasangan kita adalah cerminan diri kita. Namun adakalanya kita seolah menyalahkan takdir kerana dipertemukan dengan orang yang salah. Lalu kita persoalkan benarkah wanita yg baik jodohnya juga lelaki yg baik. Lelaki yg baik jodohnya adalah wanita yg baik..

Jangan sesekali terdetik fikiran jahat tentang takdir Allah..berbaik sangkalah dengan ujian Allah.
Mari renung-renungkan sebab mengapa Allah temukan kita dengan orang yg salah.

Sebab-sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, oleh itu masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama Allah.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Harus kita ingat, biarpun insan tersebut pergi meninggalkan kita.. kita masih ada Allah SWT yang sentiasa Mengasihi dan Menyayangi kita. Cinta manusia tidak ke mana, yang kekal dan abadi hanyalah cinta Allah.Jadi berbaik sangkalah dengan takdir Allah.


Cerpen | Ibu Bapa Dan Telefon Pintar



😭😭😭
CERITA SEDIH DAN MEMANG BERLAKU

Seorang guru selepas selesai makan malam telah memeriksa  homework yang dibuat oleh anak muridnya. Suami cikgu asyik dengan smart phone main game ‘Candy Crush Saga’.

Semasa membaca nota terakhir si isteri mula menangis tersedu sedu.

Si suami bertanya, ‘kenapa awak menangis sayang?

Apa yang terjadi?’

Isteri: ‘Semalam saya bagi tugasan utk anak murid saya untuk menulis karangan pendek atas tajuk -Apa cita - cita saya-.

’Suami: ‘OK, tapi kenapa sayang menangis ?

’Isteri : ‘Tadi semasa saya semak karangan terakhir, saya sangat sedih dan terus menangis .

’Suami dengan rasa hairan: ‘Apa yang di tulis sehingga  membuat awak menangis?

’Isteri: ‘Abang dengar’

Cita cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Ibubapa saya sangat sayangkan talipon pintar mereka .

Mereka mengambil berat dan amat sayang sangat pada talipon pintar mereka sehingga kan mereka lupa pada saya. Bila ayah pulang dari kerja walaupun dalam keletihan, ayah masih ada masa untuk talipon pintarnya bukan untuk saya.

Walaupun ibubapa saya sibuk dengan kerja lain semasa di rumah dan bila talipon pintar mereka berdering, dengan hanya sekali deringan sahaja mereka akan cepat mencapai talipon, tapi tidak untuk saya...walaupun saya sedang menangis .

Ibubapa saya main games bersama talipon mereka tidak dengan saya. Waktu mereka sedang bercakap dengan seseorang melalui talipon pintar mereka, mereka tidak pernah dengar pada apa yang saya katakan walaupun perkara yang amat penting.

Jadi, Cita-cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Selepas mendengar karangan tersebut Si suami pun turut bersedih dan bertanya  isterinya, ‘siapa yang menulis?’

Isteri: ‘ANAK KITA’.

Tergamam si Suami.

Marilah kita letakkan ketepi  smartphone kita apabila kita bersama dengan anak-anak dan mereka yang kita sayangi !  Ajarkan juga hemah ini kepada anak -anak dan pasangan kita.

PERINGATAN BUAT DIRIKU, KAUM KERABATKU DAN MEREKA YANG AKU SAYANG. ........

‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼
MOHON TERASA PADA SEMUA

Hu3...😔😔😔😔😔
#PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI JUGA💐💐💐

Buatlah Kebaikan Hingga Tiada Ruang Untuk Berbuat Kejahatan


Cara untuk meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan. Sering dipesankan, buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat. Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan. Di situlah letaknya hikmah para Syeikh yang meminta salik (murid) membanyakkan zikrullah dalam proses bermujahadah melawan nafsunya.

Cara mengurangkan masa menggunakan talipon bimbit ialah dengan membaca Al Quran.

Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan berzikir dan berdakwah.

Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan mendoakannya.

Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.

Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

[Ustaz Pahrol Muhamad Juoi]

Hikmah Putus Cinta Yang Anda Perlu Tahu


Cinta itu adalah perasaan yang sangat indah. Ia adalah fitrah yang tidak salah. Cinta perlu disalurkan kepada tempat yang betul. Ia dicipta oleh Allah swt untuk makhluk yang disayanginya. Namun manusia lebih mengagungkan cinta makhluk berbanding cinta Penciptanya sehingga ada yang alpa dan terus tewas dengan perasaan.

Janganlah kecewa keterlaluan andai anda putus cinta.Berlapang dadalah dengan kehilangan cinta.Kerana tiap yang berlaku tentu ada hikmahnya.
Antaranya :

1. Dapat dekat kepada Allah swt.

Di saat anda menangis putus cinta, jangan lupa saat itu jugalah syaitan pun turut menangis sekali kerana anda sekarang sudah menjauhi zina. Waktu ini Allah suka, syaitan tak suka. Kembalilah dekat-sedekat-dekatnya kepada Allah swt. Mohon Allah berikan kekuatan dan tunjukkan anda jalan yang sebenar. Banyakkan solat malam (Tahajjud), membaca Quran dan solat-solat sunat yang lain.

2. Menghindarkan diri daripada zina.

Putus cinta akan menghindarkan anda dari banyak jenis zina. Contohnya, zina mata, zina telinga, zina tangan,dan zina hati. Bersyukurlah jika anda putus cinta ya! Itu tanda Allah sangat sayangkan anda!

3. Bebas daripada pembaziran masa.

Ya, putus cinta juga membebaskan anda daripada membazir masa. Semasa bercinta, anda mungkin akan habiskan masa yang sangat banyak untuk si dia. Dari makan malam berjam-jam, ber’whatsapp’ tak kira masa, hinggalah ber’dating’ 7 hari seminggu. Padahal masa anda lebih ‘terisi’ dengan perkara yang lebih bermanfaat jika beribadat kepadaNya, menjalankan aktiviti sosial atau membaca buku menambah ilmu.

4. Jimat wang.

Selain itu, wang anda akan selamat bila putus cinta. Selamat daripada membelanja wanita/lelaki yang bukan pasti lagi menjadi jodoh anda. Paling kurang, dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar bil telefon yang tinggi! Bagusnya kalau anda habiskan wang itu untuk diri sendiri, keluarga ataupun bersedekah. Pahala pun boleh dapat.

5. Lebih banyak masa untuk memperbaiki diri.

Banyak isu menjaga jodoh orang baru-baru ini. Contohnya, 11 tahun bercinta, akhirnya wanita yang dicintai berkahwin dengan orang lain. Betapa ruginya ‘pelaburan’ yang anda buat, mungkin masa itu anda akan rasa cukup menyesal. Bayangkan masa, tenaga dan wang yang terbazir kepada mereka yang belum pasti akan bersama kita itu, digunakan untuk memperbaiki kualiti diri sebagai seorang suami/isteri ataupun ibubapa.

6. Hidup lebih tenang.

Apabila anda putus cinta, hati anda akan merasa lebih tenang dan luas. Masa tu akan muncul idea dan inspirasi baru dalam hidup.Performance kerja atau pelajaran yang sebelum ini biasa-biasa sahaja, anda dapat ubah menjadi lebih baik. Kerana anda boleh lebih fokus dengan urusan tersebut. Bayangkan kalau sibuk bercinta, macam mana nak fokus buat benda lain?

7. Belajar untuk menjadi lebih matang

Putus cinta juga membuatkan anda dapat belajar sesuatu. Anda akan belajar untuk lebih bersyukur terhadap kehidupan dan masa tu pasti anda akan berfikir banyak hikmah disebalik terputusnya sebuah hubungan tidak halal.

Anda akan lebih matang membuat satu-satu keputusan pada masa hadapan. Dalam pada masa sama, anda akan lebih bergantung diri dan tawakal dengan apa jua perkara yang ditakdirkan oleh Allah.

8. Allah mahukan pasangan yang lebih baik buat anda

Benar, Allah rancang sesuatu yang lebih baik untuk anda. Anda mungkin bersedih dan kecewa ketika itu, tapi Allah sebenarnya dah siapkan pasangan yang lebih baik buat anda.

Anda perlu teruskan kehidupan dan berniat cari pasangan untuk bercinta selepas nikah pula selepas ini.

In sha Allah...setiap yg berlaku telah Allah aturkan sesuatu yg lebih baik.....

Bila Mulut Berbau Busuk | Silapnya Kembali Pada Empunya Diri.


Adakalanya kita bercakap dengan gahnya..
Dengan yakinnya ...
sambil tersenyum penuh yakin....
Akan tetapi ...
mereka yg bersama kita berkata2 dalam hati.
Barangkali...
berbisik sesama sendiri...
kerana bau mulut kita berbau busuk.
Bau yg memangnya krg menyenangkan.
Tanda kita tdk menjaga kebersihan mulut.
Tanda kita tidak prihatin dgn mslh kerosakan gigi.
Tanda kita tidak mementingkan penjagaan diri.
Di situ terlihat kelemahan diri/silap sendiri.

Adakalanya...
Kita mengeluarkan kata2 dengan sombong dan bongkaknya.
Kita sibuk memaki dan menyalahkan org lain ..
Kita sibuk mengelar orang lain dgn gelaran yg buruk.
Ketika itu...
Sebenarnya kita hanya memperlihatkan kebersihan lidah dan hati kita di tahap mana.
Kata2 yg baik akan keluar dari mulut yg berbau harum.
Di mana lidah & hatinya tentunya cantik...
Maka yg keluar dari mulut itu tentunya kata2 yg baik2 jua.
Jika sebaliknya kondisi hati itu ternyata perlu dicuci dgn lebih kerap.Semakin ia kotor semakin tebal kotoran kan melekat di hati.Maka akan semakin hitam hati.Semakin sebati pula kotoran melekat di lidah.
Lalu tidak hairanlah kata2 yg keluar itu kotor @ semakin kotor.

Maka ketahuilah..
Allah swt itu sangat menganjurkan kebersihan.
Allah sangat suka pd kebersihan..
Dan kita semua juga sememangnya sgt menyenangi segala yg bersih.
Kerana suasana yg bersih itu amat menyenangkan.

Jadi apabila anda berhadapan dengan mereka yg begini,abaikanlah..usah dilayan.
Peliharalah lidah dan hati ketika marah.
Org yg sabar kelihatan lemah tetapi sebenarnya mrk telah menang dlm mengawal emosi.

RENUNGAN BERSAMA:

Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ". Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka".

Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . "(HR.Muslim)


Take Note : Lidah boleh membawe baik juge boleh membawe celake. dari itu jagelah lidah.. daripade mencari hal buruk org lebih baik mencari buruk sendiri.. daripade mengate org lebih baik kite menasihati...

Luahan Hati | Hari Yang Memenat Dan Meletihkan


 Bila ditanya sudah bersedia ke belum untuk menjawab peperiksaan. Sejujurnya jauh di dasar hati aku masih belum bersedia. Tapi kalau nak cari dimana kesediaan itu, aku pun tidak pasti. Aku tidak pasti seberapa banyak lagi masa yang aku perlukan untuk menghadapi peperiksaan itu. Entah.

Peperiksaan akhir kursus Penjaga Jentera Elektrik (PJE A1) merupakan satu peperiksaan besar yang akan aku hadapi tidak lama lagi. Ya, masanya semakin suntuk, berbaki satu minggu enam hari sahaja lagi. Debaran dihati jangan ditanya. Hanya Allah yang tahu. Keserabutan kepala juga tidak mampu untuk aku jelaskan. Oichh.. tiba-tiba terasa macam nak menangis. Sebak, mungkin. Penat jugak berkemungkinan. Entah, kepala seakan tidak mampu berfikir dengan waras lagi sementara waktu ini. 

Aku terlalu penat sebenarnya. Penat digesa itu dan ini. Penat dengan segala kerja yang datang disaat-saat akhir. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan aku yang tidak berapa baik. Rasanya sudah seminggu lebih aku demam dan mengalami batuk yang agak teruk. Fuhhh setiap kali batuk, terasa macam nak putus urat tekak, nak pecah rasa kepala. Sakit yakmat!

Ikutkan hati memang aku nak ambil cuti sakit. Nak bercuti sepuasnya. Tapi aku tak boleh. Aku tak mampu. Aku dah kesuntukan masa. Kalau aku ambil cuti sakit, semestinya nanti aku akan ketinggalan dalam beberapa subjek. Bak kata lecture, saat-saat terakhir ini sangat penting. Sebab waktu ni lecture akan bagi tips dan juga beberapa hint yang bakal masuk dalam peperiksaan nanti. jadi, aku terpaksa kuatkan hati, tabahkan diri dan gagahkan kaki untuk terus melangkah ke kelas. 

Untuk hari ini aku merasakan kepenatan yang agak berganda. Kepenatan yang tidak terkata. Malam tahu aku dan rakan-rakan terpaksa bersengkang mata untuk habiskan juga amali bagi subjek PLC. Sungguh, aku tak terjangka kelas kami akan habis selewat itu. Ya, sangat-sangat lewat. Aku punya amali PLC berjaya disettlekan pada jam 3pagi. Kau rasa?? Yang aku punya pun sudah pukul 3pagi, agak-agak mereka yang dibelakang aku jam berapa pula nak settle eh?  Aku dah tak mampu nak merasa wehhh.. Dengan mata yang tahan mengantuk, badan yang letih dengan kelas sehari suntuk pada siang hari, tetiba dimalam hari kami terpaksa bersengkang mata untuk habiskan juga amali untuk subjek tersebut. Hanya Allah yang tahu apa yang kami rasa, bagaimana perasaan kami. Bayangkan, sudahlah malam tadi aku tidur lewat, pagi tadi aku bangun awal untuk ke kelas. Sampai je ke kelas, aku tengok ada seorang lagi rakan sekelas yang menunggu giliran untuk amali tersebut. Ya Allah, dari malam tadi tak settle lagi. Tak sampai lagi turn dia. Ishhhh aku tak mampu nak bayangkan macam mana lah dia menunggu dari malam hari sampai ke pagi hari. Tak tidur malam kami semata-mata nak settlekan PLC. Fuhhhh !!!


Mula-mula buat aku blur. Tetiba jadi tak tahu macam mana nak masukkan simbol. Dekat mana nak cari simbol. Dimana nak cari garisan untuk line seterusnya. Puas aku mencari. Waktu nak save dan load program tetiba jadi error. 19 error! Fuhhh semua salah wehhh! Aku perah otak sekuat mungkin untuk settlekan semua ni. 

Sebahagian litar PLC yang perlu kami buat. Kalau tengok litar macam susah tapi sebenarnya simple sangat bila kita dah faham. Tapi aku paling susah nak faham part masukkan simbol dan baca pergerakan litar tu macam mana.

Aku dah penat + mengantuk. Tidur kejap sementara tunggu giliran. Dah tak peduli, lantaklah mereka nak berwefie bagai. Waktu ni kalau tak silap aku jam 12 tengah malam kowt. kami masih setia menunggu giliran. 

Tenang Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu


14 Pekara Tentang Wanita...


Ramai yang mengatakan kaum wanita mempunyai personaliti yang sangat merumitkan dan sukar untuk diramal. Yeke?

Nak dijadikan cerita, ada satu kajian saintifik yang telah dilakukan untuk merungkai hal sebenar tentang diri seseorang wanita.

Walaupun ada wanita yang mengatakan lelaki dan wanita sama sahaja, tiada bezanya, itu adalah salah kerana kajian ini telah membuktikan sifat seorang wanita itu berbeza dengan lelaki.

Jom kita lihat antaranya adalah:

1.Jantung wanita berdegup lebih pantas berbanding lelaki.

2.Wanita membakar lemak lebih perlahan daripada lelaki, iaitu kira-kira 50 kcal sehari.

3.Wanita mempunyai sistem imunisasi yang lebih kuat berbanding kaum adam.

4.Diameter rambut wanita 2 kali ganda lebih kecil berbanding lelaki.

5.Wanita mempunyai deria rasa manis yang lebih berbanding lelaki.

6.Wanita lebih baik dalam membezakan antara warna berbanding lelaki kerana sensitiviti kromatik bersambung terus kepada kromosom X.

7.Wanita berkelip 2 kali ganda berbanding lelaki.

8.Kulit wanita 10 kali ganda lebih sensitif daripada kulit lelaki.

9.Tubuh wanita adalah lebih fleksibel jika hendak dibandingkan dengan lelaki.

10.Wanita boleh mengesan frekuensi bunyi jauh lebih baik daripada lelaki.

11.Sebanyak 30% wanita hamil mengidam makanan yang tidak boleh dimakan sewaktu mengandung.

12.Wanita menangis dalam purata 30 – 64 kali setahun, dan lelaki pula hanya menangis sebanyak 6 – 17 kali.

13.Sejak lahir lagi, wanita dikurniakan deria bau yang baik berbanding lelaki.

14.Wanita mempunyai saraf reseptor yang lebih kuat daripada lelaki, jadi jika terluka mereka akan lebih rasa sakit.

Satu kelebihan wanita yang sangat ditakuti oleh lelaki ialah kehebatan mereka membebel. Menurut kajian seorang wanita bercakap 7000 - 8000 patah perkataan sehari berbanding lelaki hanya 2000 - 3000 patah perkataan. Hebat kan?

Sumber : Remaja

Nikmat "Tabah"


Nikmat " TABAH "

Akan sampai juga suatu saat kita merasa KELETIHAN di dalam hidup kita.
LETIH mengurus dan memikir banyak PERKARA.
Akan sampai juga suatu saat kita merasa KESAKITAN di dalam hidup kita.
SAKIT terasa di mana - mana...

Akan datang juga suatu saat kita merasa KESEDIHAN dalam hidup kita..
SEDIH dan hiba tak kira masa.
Akan datang juga suatu saat kita merasa KERISAUAN dalam hidup kita..
RISAU yang memenuhi minda dan jiwa kita.

Akan datang juga suatu saat kita merasa TIDAK TENTERAM dalam hidup kita...
KETENANGAN terasa terbang entah ke mana..
Janganlah kita BERDUKACITA kerana semua yang kita RASA itu tidak SIA - SIA dan ada HIKMAHNYA.

Bila kita TABAH dan SABAR menghadapi semuanya,
ALLAH beri HADIAH yang besar buat kita.
Yakni ALLAH menutup segala KESALAHAN kita.
BERSYUKURLAH kita semua di atas nikmat TABAH dan SABAR yang ALLAH beri kepada kita.

Imam Abu Sa'id dan Imam Abu Hurairah meriwayatkan bahawa :
Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
Setiap sesuatu yang menimpa orang islam dalam hidupnya seperti keletihan , kesakitan , kerisauan , kesedihan atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram hatinya
Maka Allah menutup segala kesalahannya dengan sebab kesabaran dan ketabahannya menanggung bencana
( H. R Imam Bukhari dan Muslim )

#copypaste
Sumber FB

Cara Untuk Ubah Diri Jadi Lebih Baik Setiap Hari


7 Cara Untuk Ubah Diri Jadi Lebih Baik Setiap Hari

Setiap dari kita pernah berbuat silap dalam kehidupan.Namun org yg beruntung adalah orang yg sentiasa cuba berubah untuk menjadi lebih baik dar sebelumnya.

Mari kita lihat apa yg mampu kita lakukan utk jadi lebih baik dari semalam.

1. Nilai semula apakah perbuatan buruk yang telah dilakukan
Nilai perbuatan buruk yang pernah kita lakukan yang mana Allah tidak suka dengan perbuatan itu. Antaranya seperti minum arak, berzina, bergantung kepada bomoh atau selain-Nya.

2. Bertaubat dengan bersungguh-sungguh
Bertaubat adalah bermaksud menyesali kesalahan yang kita lakukan, berazam tidak lakukannya lagi, serta memohon pengampunan daripada Allah. Kita berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk bertaubat dengan sesungguhnya.

3. Berjanji untuk melepaskan perbuatan buruk yang lalu
Kita berdialog dengan Allah di samping berikrar untuk melepaskan segala perbuatan buruk yang lalu. Ia adalah refleksi kita bertawakal kepada Allah untuk menyerahkan diri kita kepada-Nya. Doa yang boleh digunakan,

“Ya Hayyu, ya Qayyum, dengan rahmat-Mu, daku mohon pertolongan. Baikilah segala urusanku dan janganlah Kau serahkan aku kepadaku walau dalam sekelip mata.”

4. Mula beramal semula
Kembali menjadi hamba-Nya. Tunduk dan patuh kepada ajaran-Nya, seperti solat, puasa, zakat atau sedekah, berbuat baik kepada manusia, dan menghindari kemungkaran.

5. Berusaha menjadi yang terbaik dalam kalangan manusia
Menggalakkan diri membuat kebajikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan seperti yatim piatu, fakir miskin dan sebagainya. Dengan cara ini, ia akan mengajar erti syukur kepada mereka yang kurang berkemampuan.

6. Lebih banyak bergantung dan menyerahkan diri kepada Allah
Andai sebelum ini, lebih banyak bergantung kepada manusia atau perkara lain, mulakan semula untuk meletakkan pergantungan kepada Allah. Ia adalah salah satu bentuk tawakal.

7. Berterusan berubah – tidak mampu buat banyak, buat sedikit
Untuk menjadi seseorang yang baik, akan ada banyak cabaran, bisikan nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, walau kita tidak mampu buat semua perkara, jangan tinggal semua. Memadai kita usahakan buat seminima mungkin.

Apabila 7 perkara di atas dilakukan dengan sebaiknya, insya-Allah kebesaran Allah akan mula nampak dalam diri kita. Azab yang seakan tidak mahu pergi dan menyelimuti kehidupan kita, akan segera digantikan Allah dengan sebuah rahmat.

#copypaste

Fikiran Mengerakkan Tindakan


Fikiran Mengerakkan Tindakan
Merenung secawan kopi & sepiring nasi lemak dgn lesu..
Mata memandang tanpa nafsu..
Keenakkan langsung x membuka nafsu walau digoda bau.

TETAPI...fikiran berKATA :

"PERLU MAKAN WLW SEDIKIT UTK MEMULA PAGI"
"PERLU SARAPAN UTK MENDAPAT HARI YG CERIA & BERTENAGA"
"PERLU BERSARAPAN UTK SIHAT"

Lalu  Kita pun mula menyuap sedikit demi sedikit ke mulut yg pada mulanya tak terbuka nafsu.
Dari sesudu demi sesudu.Seteguk demi seteguk...akhirnya selesai sarapan pagi yg membahagiakan.
Alhamdullilah....kenyang.
Bila perut kenyang,hati pun senang.Senyum penuh girang..semua masalah menyapa disambut tenang.

Moralnya :
" FIKIRAN " menggerakkan " HATI "
" HATI " menggerakkan " TINDAKAN ".

Jangan memanjakan hati mengikut kemahuan diri.
Didiklah hati hidup dalam acuan yg sihat.

Cara Kempiskan Perut Menggunakan Kerusi


NAK ABS PERUT?? 5 CARA GUNA KERUSI JE...

Perut bahagian paling penting tak kira buat perempuan mahupun lelaki. Lelaki buncit mungkin perkara biasa. Tapi kalau perut perut buncit sampai jelas nampak, agak malu kan?

Tapi tak susah pun sebenarnya nak dapatkan abs pada perut kalau betul caranya. Dah tak ada alasan lagi dah sebab 5 cara ni guna kerusi je pun!

1:) Berdiri di belakang kerusi, dan meletakkan tangan anda di belakang kerusi..

Ambil beberapa langkah ke belakang, bengkokkan lutut anda sehingga dada anda adalah selari dengan lantai.

Perlahan-lahan berpaling ke kiri, mengangkat tangan kiri anda ke atas telinga anda.

Ulang 20 kali, berselang-seli ​


​2:) Baring macam di dalam gambar.

Bergerak lebih dekat ke kerusi, dan letakkan kaki anda di atasnya.

Letakkan tangan anda di belakang kepala anda.

Menggunakan otot ab anda, menaikkan tulang belikat anda dari lantai, dan sentuh lutut kanan dengan siku kiri anda.

Ulang 20 kali, berselang-seli.

3:) Duduk di tepi kerusi, 

bengkokkan lutut anda, dan letakkan tapak tangan anda di belakang anda.

Gerak punggung anda sedikit ke hadapan supaya ia tidak menyentuh kerusi.

Naikkan kaki kiri lurus, supaya ia tetap selari dengan lantai.

Ulang 20 kali, berselang-seli...

4:) Bersandar di tepi kerusi, 

luruskan badan anda dalam satu barisan, dan ambil kedudukan papan itu.

Perbaiki belakang anda.

Pegang papan itu selama 30 saat.

Cuba meningkatkan masa dengan 10 saat setiap hari

5:) Lengan lurus tegak di tepi kerusi.

Bengkokkan lutut anda pada 90 darjah, dan letakkan kaki anda sedikit luas daripada lebar bahu.

Bengkokkan siku anda lebih rendah ke bawah.

Kemudian naikkan kembali lengan anda.Ulang 20 kali.

SELAMAT MENCUBA..

Cara Hilangkan Kencing Tak Lawas.


Pernahkah anda mengalami keadaan di mana apabila buang air kecil, air kencing macam tidak habis-habis.

Apabila diperhatikan, aliran air kencing mengecil, aliran air kencing tersekat-sekat, Apabila buang air kecil, masih ada aliran air kencing menitis dan pernah juga rasa tidak puas selepas buang air kecil?

KENCING TAK LAWAS

Bagi mengurangkan dan mengatasi masalah kencing tidak lawas, berikut adalah petua yang dapat diikut oleh pesakit untuk mengubati dan merawat penyakit ini. Tidak kira samada lelaki atau perempuan, dua-dua boleh guan.

1. GUNA DAUN SIRIH

Rebus beberapa helai daun sirih. Apabila mendidih, minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.

2. GUNA BIJI BARLI

Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ianya dapat melegakan sekiranya ada rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan selain itu ianya juga dapat menyejukkan badan.

3. GUNA BUAH NENAS

Ambil sebiji nenas yang kurang masak, Kupaskan bahagian kulitnya. Apabila siap, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan.


Ambil beberapa potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama beberapa gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.

4. GUNA AIR BASUHAN BERAS

Ambilkan air basuhan beras yang terakhir apabila selesai membasuh beras, kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas.

Minum air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.

5. TANGGAL SEMUA TERMASUK SELUAR

Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

6. ANDA BOLEH BUAT SQUAT JUMP.

Apakah itu Squat Jump? Ia adalah satu exercise dimana perlu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali.

Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan otot-otot pada bahagian punggung penghidap.

7. PERBANYAKKAN SENAMAN BERJALAN KAKI

Bukan sahaja luaran sihat, dalaman pun sihat juga.

Jangan ingat orang yang kencing tidak lawas hanya berlaku pada orang tua. Orang muda juga ada yang kena. Cepat-cepat hubungi doktor jika mengalami masalah ini. Sebagai alternatif, boleh cuba petua yang kami kongsikan ini.


Bila kencing pun senang dan lawas, ibadah solat juga lebih tenang.!

Maksud 'Sebenar' di sebalik Label Makanan Sihat


“Macam-macam label makanan sihat digunakan pada produk makanan di pasar raya ni. Sampai keliru aku nak pilih yang terbaik antara semua. Yang itu ok, yang hujung sana pun ok, ishhh pening nak fikir. Susah-susah ambil sajalah semua dan bayar”.

Siapa kata senang nak cari bahan makanan di pasar raya?

Memang banyak pilihan, tapi tak ramai yang benar-benar faham apabila membaca kandungan nutrisinya, terutamanya apabila mencari label makanan sihat.

ADAKAH MAKANAN INI BENAR-BENAR MENYIHATKAN?

Kini, terdapat banyak label makanan sihat seperti organik, ‘low fat’, ‘less sugar’, ‘less fat’, ‘fresh product’, dan banyak lagi yang susah nak sebut.

Tapi, adakah makanan dengan label ini benar-benar baik untuk kesihatan seperti yang diwar-warkan?

Walaupun ramai yang berhati-hati dalam membeli barang keperluan rumah, kadangkala sesetengah label bukanlah ‘sihat’ seperti yang kita sangkakan.

Maka, cuba fahami dulu beberapa label makanan sihat yang biasa dilihat ini.

MAKSUD ‘SEBENAR’ DI SEBALIK LABEL MAKANAN SIHAT

1. ORGANIK

Selalu kita dengar: Organik bermakna lebih bagus untuk kesihatan.

Fakta: Organik bermaksud tiada penggunaan racun serangga dalam proses penanaman. Tapi, tiada bukti mengatakan produk ini lebih kandungan nutrisi.

Apa pun, jika ia melibatkan buah-buahan organik seperti buah epal, pic dan sebagainya, pastikan ia juga dicuci dengan bersih dan jika boleh, buang kulitnya sebelum dimakan.


2. BIJIRIN PENUH

Selalu kita dengar: ‘Go whole grains or nothing’

Fakta: Sumber terbagus untuk fiber kerana ia dapat mengenyangkan perut dalam tempoh lama.

Ia juga bagus untuk kesihatan kerana dihasilkan daripada bijirin sepenuhnya.

3. ‘LOW-FAT’

 Selalu kita dengar: ‘Low fat’ =sihat

Fakta: Periksa dahulu kandungan ‘Fakta Nutrisi’ yang terdapat pada produk ‘Low-fat’ ini sebelum membeli.

Adakah ia betul-betul kurang lemak seperti yang dikatakan?

Elak beli produk yang tinggi kandungan garam, gula, lemak, lemak tepu dan kalori.

4. 100% JUS BUAH

Selalu kita dengar: Dihasilkan daripada buah-buahan asli dan segar

Fakta: Tiada air jus terutamanya dalam kotak yang 100 peratus dihasilkan daripada buah jika dibandingkan dengan buah-buahan segar atau yang diperah sendiri.

Ini kerana jus buah dalam kotak dengan label ‘fruit juice drink’ biasanya tinggi kandungan gula.

5. PRODUK SEGAR

Selalu kita dengar: Lagi segar produk, lagi bagus

Fakta: Kebanyakan produk segar ini didinginkan pada suhu terendah untuk mengekalkan kandungan nutrisi di dalamnya.

Bukan sahaja anda dapat produk yang segar malah bagus untuk kesihatan.


6. PRODUK TENUSU

 Selalu kita dengar: Semua produk tenusu menggemukkan

Fakta: Meskipun kaya dengan sumber kalsium, protein dan vitamin D, produk tenusu juga tinggi lemak, kolesterol dan kalori.

Jika ingin mendapatkan sumber kalsium, ambil susu dengan ‘fat-free’ atau yogurt dengan kandungan

7. MAKANAN SEJUK BEKU

Selalu kita dengar: Kurang kandungan nutrisi

Fakta: Elak beli makanan sejuk beku yang tinggi lemak dan garam.


BUAT PILIHAN BIJAK!

Kaji kandungan nutrisi dengan membaca label makanan sihat ini terlebih dahulu untuk mengetahui kandungan kalsium, protein, garam, gula, kalori dan sebagainya.

Tidak semua yang diwar-warkan itu betul 100%.

Nilailah sebelum anda membuat pembelian demi kesihatan anda seisi keluarga.

Sumber : siraplimau.com

Cara Menghilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat.



Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi. Segala peringkat umur mengalaminya. Lebih-lebih lagi pada yang hamil atau mengandung. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja, perilaku akan terbantut.

Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi. Jika tidak diubati secepat mungkin, ia juga boleh mengakibatkan sakit jantung dan juga stroke.

Bagaimanakan untuk menghilangkan sakit gigi? Perkara pertama yang akan terlintas ialah berjumpa dengan doktor gigi. Namun ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi, dan lebih memilih untuk mengubatinya sendiri. Di sini ada petua-petua yang mungkin boleh hilangkan atau redakan sakit gigi.

Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah:

1. HILANGKAN PLAK

Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.

2. MINYAK GAMAT

Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. GIGIT BUNGA CENGKIH

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

4. KUMUR DENGAN AIR GARAM

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

5. KAPUR SIRIH

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

6. KUMUR AIR REBUSAN SIRIH

Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

7. LIDAH BUAYA

Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

8. HABBATUS SAUDA

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. DAUN SERAI

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. TOMATO MUDA

Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.

Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

11. GAMBIR

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

12. KUMUR GARAM, AIR DAN LIMAU NIPIS

Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

13. ASAM JAWA

Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

14. BAWANG PUTIH

Hiris bawang putih dan tampalkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.


Sakit gigi amatlah menyakitkan dan sesiapa yang mengalaminya pasti rasa tidak senang duduk.


Namun untuk membiarkan ianya tidak berlarutan,selalulah menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan, kerana karies gigi boleh berlaku apabila anda membiarkan bakteria di dalam mulut. Jika sakit gigi berlarutan, jumpalah doktor gigi untuk rawatan lanjut.