Aku mencintai kau dengan cara melepaskan kau.
Kerna itu cara terpaling indah,
Tidak semesti dengan kebersamaan.
Menggenggam terlalu kuat, membuat kau lemas.
Meramas terlalu erat, membuat kau cemas.
Maka,
Aku mencintai kau dengan cara melepaskan kau.
Biar kau bebas, berpijak tidak ditanah.
Biar kau lepas, pulang tidak dipapah.
Kata kau, tidak terikat dengan mana mana tali itu, membuat kau lebih jauh terbang.
Lebih tinggi di awan.
Lebih banyak puncak tertawan.
Tentang cita cita kau, yang berpenghujung – tiada.
Itu mahu kau, bukan?
Maka, disudut hati kecil ini
Aku mencintai kau dengan cara melepaskan kau.
Selamat tinggal kau yang aku sayangi
Biarkan Aku Begini Seketika
Seperti sebelumnya, bila terasa melelahkan, aku hanya akan memilih pergi, menyepi. Tidak ingin ditanya. tidak ingin bercerita dan aku hanya ingin diam. Sampai aku baik. Maafkan aku.
Dan Ketika Itu
29 April 2019
Ketika itu aku mengadu
Ya Allah dengar rintihanku
Ketika itu aku merayu
Ya Allah kabulkan doaku
Aku pasrah dan aku berserah
Yang terbaik hanyalah darimu
Dalam tahajjudku aku mohon pada-Mu
Temukan aku dengan jodohku
Dalam tahajjudku aku pinta pada-Mu
Tunjukkan jalanku ke syurga-Mu
Ya Allah ya tuhan ku
Yang Maha Mendengar
Semua dengan izin-Mu
Pohon keredhaan
Ketika itu hilang arahku
Ya Allah lindungilah aku
Dalam tahajjudku aku mohon pada-Mu
Temukan aku dengan jodohku
Dalam tahajjudku aku pinta pada-Mu
Tunjukkan jalanku ke syurga-Mu
Tunjukkan jalanku ke syurga-Mu
Ya Allah dengar rintihanku
Ketika itu aku merayu
Ya Allah kabulkan doaku
Aku pasrah dan aku berserah
Yang terbaik hanyalah darimu
Dalam tahajjudku aku mohon pada-Mu
Temukan aku dengan jodohku
Dalam tahajjudku aku pinta pada-Mu
Tunjukkan jalanku ke syurga-Mu
Ya Allah ya tuhan ku
Yang Maha Mendengar
Semua dengan izin-Mu
Pohon keredhaan
Ketika itu hilang arahku
Ya Allah lindungilah aku
Dalam tahajjudku aku mohon pada-Mu
Temukan aku dengan jodohku
Dalam tahajjudku aku pinta pada-Mu
Tunjukkan jalanku ke syurga-Mu
Tunjukkan jalanku ke syurga-Mu
Pesanan Dari Seorang Ibu
Mak selalu pesan,
Jangan pernah bebankan manusia dengan masalah kita.
Seberat mana kita rasa terbeban dengan dunia,
Serendah mana kita ditolak jatuh olehnya,
Seluka mana kita dikhianati manusia.
Mak kata, jangan pernah kita mengharap manusia untuk dengar kita.
Paling tidak,mereka cuma mampu kata “sabar,ini ujian untukmu”.
Sedang mereka tidak tahu apa yang ada dalam kasut kita.
Saiz saja sudah tidak sama.
Dan mak kata,
Setiap detik yang kita rasa hilang,
Rasa seperti seolah jiwa terbang,
Ingati Tuhan.
Kerna, cuma yang mengingati Tuhan akan dibalas dengan sayang.
Cuma yang mengerti nilai menjadi hamba,
Akan mengerti kemana harus dia pergi seandai dihimpit dunia.
Ingat, manusia tak selalu ada untuk kita.
Hatta orang yang paling kita sayang dan kita cinta.
Tapi Tuhan,
Sempurna sifatNya pada setianya Dia.
Luahkan pada Allah,
Luahkan pada Allah,
Dan tetap meluah pada Allah.
Iya memang, Dia Maha Mendengar.
Tak perlu luah pun takpe.
Tapi bukankah kurangnya sifat hamba itu pada kebergantungannya?
Jangan ego didepan Tuhan.
Jangan merampas sifat yang cuma layak bagi Dia.
Moga kita, Tuhan jagai hati hatinya.
Jangan pernah bebankan manusia dengan masalah kita.
Seberat mana kita rasa terbeban dengan dunia,
Serendah mana kita ditolak jatuh olehnya,
Seluka mana kita dikhianati manusia.
Mak kata, jangan pernah kita mengharap manusia untuk dengar kita.
Paling tidak,mereka cuma mampu kata “sabar,ini ujian untukmu”.
Sedang mereka tidak tahu apa yang ada dalam kasut kita.
Saiz saja sudah tidak sama.
Dan mak kata,
Setiap detik yang kita rasa hilang,
Rasa seperti seolah jiwa terbang,
Ingati Tuhan.
Kerna, cuma yang mengingati Tuhan akan dibalas dengan sayang.
Cuma yang mengerti nilai menjadi hamba,
Akan mengerti kemana harus dia pergi seandai dihimpit dunia.
Ingat, manusia tak selalu ada untuk kita.
Hatta orang yang paling kita sayang dan kita cinta.
Tapi Tuhan,
Sempurna sifatNya pada setianya Dia.
Luahkan pada Allah,
Luahkan pada Allah,
Dan tetap meluah pada Allah.
Iya memang, Dia Maha Mendengar.
Tak perlu luah pun takpe.
Tapi bukankah kurangnya sifat hamba itu pada kebergantungannya?
Jangan ego didepan Tuhan.
Jangan merampas sifat yang cuma layak bagi Dia.
Moga kita, Tuhan jagai hati hatinya.
Selamat Tinggal Kesedihan
Perlahan-lahan kau makin menjauh dari aku. Mesej semakin kurang. Telefon sudah kau tidak jawab. Kau bunuh aku dengan kesenyapan. Meninggalkan aku tanpa penjelasan, terus sepi, itu perbuatan paling jahat sekali.
Kau kejam
Tetap aku menanti
Tetap aku menunggu
Tak pernah penat
Tak pernah lelah
Kerana rasa sayang
Aku korbankan hati
Kerana rasa cinta
Aku korbankna jiwa
Andai kau bukan untukku
Doaku semoga kau sentiasa bahagia
Semoga nanti aku temui kebahaagiaan sendiri
Aku Dan Tangisan Itu
28 April 2019
Setiap lelaki yang pernah datang pada aku tidak pernah tidak membuat aku menangis..
Hingga sering kali aku lupa bila terakhir kali mereka membuat aku tertawa. Kerana yang aku ingat adalah setiap titisan air mata kecewa, bahawa bahagia yang aku duga akan mereka bawa hanya janji palsu belaka.
Ya, aku pendendam. Yang aku ingat hanyalah luka sehingga berterima kasih pada masa lalu aku. Terkadang aku lupa. Lupa bahawa mereka pun pernah membuat aku bahagia, bahawa luka yang aku terima penuh dengan makna yang membuat aku semakin matang dan lebih dewasa.
Sudah jelas aku hanya menaruh bahagia pada manusia. Berkali-kali kecewa adalah buktinya. Bukti nyata bahawa aku menggantungkan impian aku pada manusia.
Mereka datang membuat tangis aku pecah berdarah. Entah, tangisan sakit hati, kecewa, rindu yang menyesakan dada, atau tangisan kerana tak mampu lagi menjadi seseorang yang mereka perlukan.
Yang aku ingat hanyalah tangisan, air mata, dan lelah kerana harus memendam setiap perasaan yang ada.
Dan hari ini aku bersama kau. Mungkin kau akan menjatuhkan juga airmata aku. Entah, mungkin deraian airmata mengalir tanpa henti atau hanya titisan titisan tanpa suara.
Mungkin aku akan menangis di hadapan kau dengan jelas atau menutupinya di belakang kau; mengeluarkan setiap titisan airmata tanpa perlu kau tahu dan sedari
Benar. Tak ada lelaki yang datang pada aku yang tidak membuat aku menangis, termasuk kau. Tak ada yang dapat menghentikan airmata aku menitis saat dengan bersama lelaki manapun.
Satu dua tangisan aku bersama kau adalah kecewa atas ketidakpercayaan kau akan apa yang aku selalu yakini atau atas kecewaan aku pada diri sendiri. Dua tiga kali tangis aku tentang rindu akan keluargan atau saat aku membuang semua sampah emosi yang tertumpuk lama dalam diri aku. Tangisan seperti itu kau akan melihatnya nanti. Aku akan menunjukannya di depan kau. Dan tanpa aku minta kau akan menghapus setiap titisan airmata itu hingga membuat aku kembali tertawa.
Selebihnya tanpa pernah kau tahu aku sering kali menangis haru di belakang kau, saat kau membelakangi aku. Mengeluarkan satu dua titisan airmata yang sering kali aku hapuskan tanpa kau sedari.
Ada tangis yang tak pernah aku tunjukkan di hadapan kau. Bukan aku tak mahu tunjukkan, tapi kerana malu. Bahawa tangis yang kau buat adalah tangis bahagia. Dan kau lelaki pertama yang membuat aku melakukannya..
Testimoni Kopi Klubna Laleh
Hanya Amalkan 2 sachet 1 hari
1) Rasa Kenyang 8 jamm
2) Boleh Kerja 12jam Tanpa Penat
3) Mengempiskan Perut
4) Lengan & Peha Makin Kecik
5) Baju Makinn Longgar
Percuma 3 item untuk 9 orang yang terawal
whatsApp KOPI KLUBNA LALEH ke 0136462960
www.wasap.my/60136462960
www.instagram.com/klubna.laleh
www.facebook.com/klubnalaleh.seremban
#klubnalalehseremban
#teamkaktila
#agentklubnalalehseremban
1) Rasa Kenyang 8 jamm
2) Boleh Kerja 12jam Tanpa Penat
3) Mengempiskan Perut
4) Lengan & Peha Makin Kecik
5) Baju Makinn Longgar
Percuma 3 item untuk 9 orang yang terawal
whatsApp KOPI KLUBNA LALEH ke 0136462960
www.wasap.my/60136462960
www.instagram.com/klubna.laleh
www.facebook.com/klubnalaleh.seremban
#klubnalalehseremban
#teamkaktila
#agentklubnalalehseremban
Indahnya Sebuah Kesabaran
Sabar mungkin tak mampu menyelesaikan semua perkara, namun sabar boleh menyelamatkan banyak hal.
Rasa nak marah, rasa nak viral, rasa nak benci, rasa nak block, rasa nak tuduh, rasa nak share — tahan dulu. Orang yang kuat adalah orang yang berjaya menahan marah. Saya yakin, kita semua kuat dan mampu bertenang.
Jika dah pasti dan benar melampau, baru buat sesuatu, namun biarlah caranya betul.
Moga Allah redha dengan kita semua.
Aamim. ❤
Lagu Sumpah by Naim Daniel
27 April 2019
Jika
Harusku bersabar
Dengan segala derita
Ku terima
Jika
Pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa bicara
Ku rela
Cinta
Akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu
Jika
Harusku bersabar
Dengan segala derita
Ku terima
Jika
Pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa bicara
Ku rela
Cinta
Akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu
Ku harap kau mendengar apa yang ku bisikan selama ini
Tanpamu seluruh nyawa tak bermakna
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu
Andainya bumi tidak mampu berputar lagi
Sumpah setia ku kan tetap ada di sini
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu
Harusku bersabar
Dengan segala derita
Ku terima
Jika
Pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa bicara
Ku rela
Cinta
Akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu
Jika
Harusku bersabar
Dengan segala derita
Ku terima
Jika
Pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa bicara
Ku rela
Cinta
Akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu
Ku harap kau mendengar apa yang ku bisikan selama ini
Tanpamu seluruh nyawa tak bermakna
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu
Andainya bumi tidak mampu berputar lagi
Sumpah setia ku kan tetap ada di sini
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu
Andai Kesayangan Kau Adalah Aku
Pertama, aku ucapkan rasa berduka cita kerana kau mencintai wanita yang penuh dengan kekurangan dalam dirinya. Kedua, aku ucapkan terima kasih kerana kau akan terus dicintainya dengan hebat.
Kelak, kalau akhirnya kau yang aku pilih menemaniku, ketahuilah bahawa aku telah menerima seutuhnya diri kau. Kau memang bukan yang pertama tapi akan aku pastikan kau adalah yang terakhir dari segalanya dan yang menempati satu tempat di hatiku dengan seluruhnya.
Aku tak boleh menjanjikan kau akan bahagia tapi aku yakin aku akan terus berusaha membuatmu bahagia. Apa yang kau rasa, aku tak ada tahu. Kau akan terus dan terus menemui setiap kekurangan yang ada. Mungkin sesekali membuat kau jengah, tetapi membiarkanmm kau pergi ke lain hati aku enggan sama sekali.
Jika kau mendapati aku tersenyum ketika kau memujiku, ketahuilah ketika itu aku sedang takut kau akan kecewa. Jangan taruh ekspetasimu terlalu tinggi tentang aku, sebab aku tetap saja manusia biasa.
Bahagiakan aku dengan hal-hal yang sederhana. Sesederhana mungkin aku membuat kau bahagia; Dengan perhatian, dengan pijatan di kepala, dengan masakan-masakan uji cuba, dengan menemani kau walau kemana jua.
Jangan harap akan gadis anggun nan jelita, ada yang mungkin aku akan menganggap kau seperti kawan lama. Tertawa keras, kata kasar sesekali, atau bahkan memukul kau saat kesal.
Kau akan jumpa aku yang meledak-ledak. Setiap ledakannya berbeza tergantung kepada suasana. Jangan pelik jika kau mendapati aku tiba-tiba menangis tanpa sebab, malah hanya kerana aki tidak dapat menyatakan apa yang aku rasa.
Boleh jadi aku manja, merengek pada kau seolah anak kecil pada ayahnya. Ketahuilah bahawa rengekan itu hanya kau yang menerimanya. Mungkin jadi aku dewasa, aku mampu memanjakan kau untuk seketika.
Sering kali aku akan banyak kerenah. Meminta ini dan itu tanpa malu. Jangan tunaikan semuanya. Terkadang keinginanku hanya rasa penasaran yang berujung sia-sia. Kau harus lebih tegas dan bijak memilah yang terbaik untuk aku.
Bersama aku, kau tidak akan pernah takut untuk ditinggalkan, kecuali jika Tuhan mahu. Bersama aku juga, kau tidak akan pernah berjuang dengan sendirian.
Jadikan Aku Yang Halal
Apa kau sedari apa kau mengerti
Sebab ku disini kau minta menanti
Apa pun terjadi walau tersakiti
Ya Allah sabarkanlah hati
Ku tak berhenti tak pernah berlari
Ku tetap disini cuba memahami
Apa pun terjadi kau dalam doaku
Ya Allah tunjuk kepadaku
Permudahkanlah jika dia milikku
Kau satukanlah sehingga jannahmu
Perkenankanlah segala doaku
Ya Allah ya tuhanku
Sebab ku disini kau minta menanti
Apa pun terjadi walau tersakiti
Ya Allah sabarkanlah hati
Ku tak berhenti tak pernah berlari
Ku tetap disini cuba memahami
Apa pun terjadi kau dalam doaku
Ya Allah tunjuk kepadaku
Permudahkanlah jika dia milikku
Kau satukanlah sehingga jannahmu
Perkenankanlah segala doaku
Ya Allah ya tuhanku
Tanda Tanda Kemurungan
Adakah anda ada tanda tanda ini?
1. Perasaan sedih ataupun rasa baran dan marah setiap waktu melebihi atau selama dua minggu. Anda asyik bersedih dan kerap menangis secara tiba-tiba.
2. Tiada semangat atau kurang minat perkara yang disukai.
3. Susut berat badan dan kurang selera makan
4. Perubahan corak tidur seharian. Sukar tidur (insomnia) atau asyik tertidur seharian.
5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
6. Kerap letih dan kurang bertenaga
7. Suka menyalahkan diri sendiri
8. Kurang ketekunan dan sukar untuk menumpu perhatian terhadap kerja seharian
9. Mempunyai keinginan/ perasaan mahu membunuh diri atau tidak mahu meneruskan hidup.
Anda MUNGKIN alami kemurungan. Dapatkan bantuan.
Indahnya Sebuah Kemaafan
Kemaafan adalah nikmat terindah. Walaupun keadaan mungkin dah berubah, namun kesudian seseorang untuk memaafkan dan masih berhubungan adalah rezeki yang tak selalu kita dapat.
Untuk yang berpeluang dimaafkan, hargai ruang dan teruskan memperbaiki diri, sama-sama.
Seorang Sahabat Yang Bermanfaat
26 April 2019
Aku suka kau, tidak bermakna aku tidak boleh benci kau. Kau mungkin dicipta dengan begitu baik, tetapi mereka yang kenal kau tak selalu berkata bahawa kau seorang yang sentiasa baik
Aku suka kau, tidak bermakna aku tidak boleh marah dengan kau. Kau mungkin diberi banyak keistimewaan, tetapi mereka yang kenal kau tidak selalu berfikir kau istimewa.
Aku mula mencintai kau, itu tidak bermakna aku tidak boleh menyakiti perasaan kau. Kau mungkin mempunyai lebih banyak kesempurnaan, tetapi mereka yang mengenali kau tidak selalu menganggap kau sempurna.
Jadi, untuk apa aku mengenali kau jika aku tidak dapat memberi kebaikan dan menghulur pertolongan disaat kau memerlukan seseorang.
Jangan merasa terlalu tinggi, kerana mungkin nanti disaat kejatuhan akan terbit rasa kesal dihatimu.
Isteri | Antara Mentimun Dan Durian
Isteri ini adakalanya ibarat mentimun dengan durian,
bergolek pun luka, digolek pun terluka.
Tapi isteri ini kedudukannya sangat rapat di sisi Allah.
Kerana sifat lemah lembut, jiwa yang halus dan kasih sayang yang tinggi.
Allah sangat mengasihi wanita sebegini.
Doanya didengari, permintaannya dipenuhi
apatah lagi bila wanita itu sudah menyerahkan seluruh hidupnya pada si suami.
Bila anda mentaati suami kerana Allah,
jika anda dianiaya,
siapakah sebaik-baik pembantu jika bukan hanya Dia?
Bila anda dirundung duka,
bercakap-cakaplah dengan Dia di sepertiga malam.
Anda akan rasakan Dia sentiasa ada di sisi anda.
Berhenti Merungut Dan Belajar Bersyukur
Kadang-kadang kita lebih suka cari benda yang takde daripada hargai benda yang dah ada. Dengan kata mudah. Kita banyak kali merungut daripada bersyukur..
Benci Bertukar Sayang
25 April 2019
Hati ini sifatnya berbolak-balik. Jadi yang kita suka hari ini tak mustahil akan kita tak suka nanti. Apa yang kita benci mungkin akan kita minati kelak.
Jadi, hati-hati. Sederhanakan perasaan. Cakap baik-baik selalu. Insya-Allah dapat baik-baik.
Hiking | Bukit Kepayang, Seremban
Take Note : Penat tapi berbaloi. Setiap kali hiking, mesti akan terkeluar ayat ' alahaiii amendalah aku buat dalam hutan time cuti cuti ni, orang cuti golek atas kati tapi aku bermandi peluh'. Hahahaaa ayat tu akan berkumandang dari mulut aku. Tapi itu normal. Mulut membebel tapi hati takkan patah semangat. Tekad nak sampai ke puncak. Tak kisah lambat atau cepat.
Tips Pernafasan Semasa Hiking
Tips Pernafasan Semasa Mendaki
Ketika mendaki, badan kita akan terasa agak berat. Mungkin itu merupakan satu proses penyesuaian badan. Beberapa aspek yang terlibat ketika proses pendakian termasuklah beban, langkah dan juga pernafasan.
Ini sebahagian tips yang biasa aku amalkan ketika hiking.
1. Mulalah dengan pernafasan nafas pendek. Jangan tarik nafas dalam keadaan sedang berjalan.
2. Pernafasan seiring dengan langkah kaki. Sebaiknya berjalanlah dengan keadaan perlahan dan teratur.
3. Kerap pernafasan melalui hidung. Bernafas menggunakan hidung membantu kita mengatur nafas pendek, jadi kita tidak terasa penat.
4. Jika merasa keletihan, jangan banyak bercakap. Seringkali pada awal pendakian kita berjalan sambil bercakap, jangan terlalu kerap berborak, selain membuang tenaga, dan menyusah untuk bernafas dan boleh sesak nafas. Jikalau ingin mendaki sambil minum, pastikan nafas anda sudah stabil dulu.
5. Apabila kita mengguna nafas pendek, mulailah memanjangkan nafas anda dan tetap sesuaikan dengan langkah kaki.
Semoga bermanfaat gais
Hakikat Sebuah Pekerjaan
Orang yang banyak merungut mengenai bos, orang itulah yang paling lama bekerja. Dia pandai release tension dia kepada orang lain.
Alhamdulillah. Aku masih disitu. Aku masih mampu bertahan. Aku masih mampu bersabar. Masih sama seperti sebelum ini, aku suka kerja disitu sebab boleh kutip banyak pengalaman tapi aku tidak berapa suka dengan pengurusan disitu. Tapi apa nak buat, terpaksalah hadap dan redah semua yang ada didepan mata.
Ramai yang pelik kenapa aku masih disitu. Ramai yang hairan macam mana aku boleh bertahan disitu. Hahahahaaa... tak lawak pun sebenarnya soalan tu tapi bagi aku agak lucu!
Kenapa aku masih disitu?
Macam mana aku bertahan?
Aku rasa aku ni seorang yang simple kot atau mungkin komplicated. Mungkin? Entahlah!
Orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh buat. Susah mana pun hidup aku ada lagi insan yang lagi susah. Selagi aku mampu bertahan, aku akan bertahan. Selagi aku boleh sabar, aku akan sabar. Selagi aku mampu hadap, aku akan hadap. Bila tiba masanya, aku dah tak mampu nak hadapi semua tu aku akan angkat kaki. Itu prinsip dan kata kata yang aku pegang. Hahaaa kedengaran agak kasar, kan. Itulah hakikatnya!
Bagi aku, kerja kat situ hati kena kering. Mental kena kuat. Jiwa kena kental bossskurrr. Setiap hari dengar suara petir orang orang atasan, itu normal. Setiap hari dengar rungutan, itu normal. Setiap hari buat benda yang sama, itu normal. Entah! Aku pun tak tahu macam mana nak cakap, tapi itulah kurang normalnya disitu.
Kekadang aku buat kerja sambil merungut dalam hati. Kenapa meati aku yang buat kerja tu. Kenapa aku yang kena hadpa kerja tu. Kenapa aku yang kena padahal bukan salah aku. Kenapa.. kenapa.. kenapa.. blaaa.. blaaa.. bla...
Kalau awalnya dulu, hati aku menangis juga tapi sekarang seakan dah lali. Dah kalis dengan semua ni. Huhuuuu.. hati aku dah jadi kering sejak kerja disitu.
Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa yang aku lalui dan hadapi. Ya, ini salah satu kehidupan yang aku kena hadapi. Aku tak pernah menyesal dan tak menyesal dengan semua ni. Sejujurnya, aku suka dengan pekerjaan aku. Aku suka kerja kat situ. Banyak benda yang boleh aku pelajari. Banyak pengalaman yang aku boleh dapat. Aku cuma tak suka dengan pihak pengurusan disitu. Tak suka cara pengurusan mereka. Itu je.
Semoga aku kuat dan tabah dalam melalui semua ni. Yes, aku kuat. Yeyehhh, aku kuat. InsyaAllah, aku akan kuat untuk mereka yang aku sayang. - #kejupenyet
Luaran Gembira Hakikatnya ...
24 April 2019
"Orang tak tahu yang kita ni tengah “fighting” dalam hati & jiwa kita. Orang tak tahu disebalik senyuman kita ada kekusutan dan kesedihan yang kita sembunyikan. Orang tak tahu dan orang takkan tahu melainkan hanya mampu menilai dari luaran sahaja."
- sahabat bunga 🌺🌻🌹
Persediaan Asas Sebelum Hiking
Sebelum memulakan hiking, pastikan anda kaji dan selidik dulu beberapa perkara asas ye. Ini sangat penting untuk diri sendiri dan juga bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Ya, selagi boleh elak, kita cuba elakkan ye. Bka kata pepatak, beringat sebelum kena. Hah gitu!!!
Mungkin ramai diantara kita yang dah mengetahui persediaan asas seblum memulakan pendakian tapi tahukan anda keupayaan badan sendiri macam mana, terutamanya jantung dan stamina. Agak agak cukup ke tidak stamina anda untuk memulakan pendakian tersebut?? Okay, sila fikir dan jawab dalam hati. Hikhikhikkk...
Korang boleh amalkan senaman kardio sebelum memulakan pendakian. Sebeum tarikh hiking tu, korang bolehlah buat kardio. jadikan kardio tu sebagai rutin harian korang, insyaAllah nanti korang akan lebih berstamina dan kardio ni sebenarnya sangat bagus untuk jantung tau. Aku cadangkan korang cuba cardio exercise untuk improve heart rate. Eh, apa itu cardio? Okay, korang boleh google. Banyak step cardio yang simple dan mudah untuk korang ikuti. Sekiranya anda seorang runner, rasanya tiada masalah kot untuk hiking sebab stamina dan mantap dan padu, kan.
Take Note : Kebiasaannya beberapa hari sebelum hiking, aku akan amalkan buat 'start jump'. Targetlah dalam masa sekian.. sekian.. berapa banyak 'start jump' yang mampu dibuat. Kekadang tu aku akan jog waktu petang. Aku juga akan jaga pemakanan. Elakkan yang bergoreng, elakkan gula, dan makan makanan yang betul. Ketika hiking aku akan bekalkan coki coki, 100 plus dan juga mineral.
Kita Manusia Kejam. Kenapa?
23 April 2019
Allah sayang kita, tapi kita tak solat.
Allah bagi kita kaya, tapi kita tak solat.
Allah bagi kita nyawa, tapi kita tak solat.
Allah bagi kita kawan-kawan, tapi kita tak solat.
Apa lagi yg kita nak Allah bagi?
Semua dah bagi, kita sahaja yang tak bersyukur.
Take Note : Dalam tak sedar, sebenarnya kita ada segalanya dalam hidup. Mungkin ada sedikit kekurangan, tapi disebalik kekurangan ada kelebihan sebenarnya. Mungkin kita yang tidak nampak kelebihan tersebut sebab terlalu taksub dengan kekurangan yang kita miliki. Tak habis habis nak meratapi kekurangan, dalam erti kata lain tak reti nak bersyukur dengan apa yang telah kita miliki!! Hurmmmm...
Manusia, kau nak yang A. Bila dah dapat A, kau akan minta pula yang B. Bila dah dapat B, kau akan minta pula yang C dan begitulah seterusnya. Tak pernah bersyukur. Meminta yang lebih lebih. Adakah aku salah seorang dari manusia itu??
Sedarlah wahai manusia, disebalik kesusahan kamu, ada manusia lain yang lagi susah daripada kau. Belajarlah bersyukur duhai manusia. Syukuri apa yang kau ada. Bagi aku, tak salah kita nak meminta tapi apa yang telah kita ada sila syukuri dan hargai. Ingatlah, Dia sentiasa ada dengan kita. Sejauh mana pun kita dari-Nya, Dia sentiasa dekat dengan kita. Sekejam mana pun kita, Dia sentiasa dekat dengan kita. Siapakah Dia? Fikirlah wahai manusia...
Semoga aku menjadi manusia yang berguna, manusia yang sentiasa mensyukuri apa yang aku miliki, manusia yang dapat membantu manusia lain dikala kesusahan, manusia yang sentiasa menyayangi manusia yang menyayangi aku. Aamin.
Kenapa Orang Gemuk Tidak Boleh Hiking?
22 April 2019
ORANG GEMUK BOLEH HIKING?
=========================
Ramai pihak berbeza pendapat berkenaan hal ini. Namun majoriti merasakan seeloknya bermula dengan "brisk walk" dahulu sebelum belajar hiking.
Saya kenal seorang lelaki yang beratnya 118kg dengan BMI 35+ tapi mampu menawan puncak kinabalu dengan mudahnya.
Saya juga kenal seorang wanita obese yang hebat menakluk puncak gunung di malaysia yang kategori extreme. Bahkan beliau sudah pun "grad" G7, G7-11 yang mana komuniti hikers sendiri tahu merupakan pendakian yang sangat sukar.
Kenapa mereka boleh?
Sebenarnya mudah sahaja. Mereka mempunyai latihan yang secukupnya.
Berbalik kepada persoalan asal, "orang gemuk boleh hiking?"
Pendapat saya, MUNGKIN boleh, MUNGKIN tidak dan semuanya bergantung kepada faktor-faktor seperti :-
▶ Tahap kecergasan setiap individu. Walaupun gemuk, ada kemungkinan seseorang individu itu cergas kerana telah banyak lakukan latihan
▶ Tahap kesihatan faktor penting. Gemuk dan tiada masalah kesihatan mahupun kecederaan adalah lebih baik dari kurus tapi ada masalah kesihatan. Namun sila PASTIKAN ANDA TELAH MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN terlebih dahulu.
▶ Faktor persekitaran. Sebenarnya banyak bukit-bukit di Malaysia yang sesuai untuk beginner mahupun orang gemuk. Seperti contoh Bukit Batu Putih (Port Dickson), Gunung Pulai 1 (Johor), Bukit Gasing dan banyak lagi.
Maka, terlalu kejam untuk merumuskan orang gemuk tidak boleh hiking. Andai faktor-faktor diatas berjaya diatasi, mengapa mereka tidak boleh mencuba?
Nasihat terakhir dari saya untuk orang gemuk di luar sana yang ingin mencuba hiking. "Hiking untuk sihat, bukan merosakkan badan ye".
- Hikers Nubis Kubis Sayur -
Kredit: Tuan Sharizal Aziz
=========================
Ramai pihak berbeza pendapat berkenaan hal ini. Namun majoriti merasakan seeloknya bermula dengan "brisk walk" dahulu sebelum belajar hiking.
Saya kenal seorang lelaki yang beratnya 118kg dengan BMI 35+ tapi mampu menawan puncak kinabalu dengan mudahnya.
Saya juga kenal seorang wanita obese yang hebat menakluk puncak gunung di malaysia yang kategori extreme. Bahkan beliau sudah pun "grad" G7, G7-11 yang mana komuniti hikers sendiri tahu merupakan pendakian yang sangat sukar.
Kenapa mereka boleh?
Sebenarnya mudah sahaja. Mereka mempunyai latihan yang secukupnya.
Berbalik kepada persoalan asal, "orang gemuk boleh hiking?"
Pendapat saya, MUNGKIN boleh, MUNGKIN tidak dan semuanya bergantung kepada faktor-faktor seperti :-
▶ Tahap kecergasan setiap individu. Walaupun gemuk, ada kemungkinan seseorang individu itu cergas kerana telah banyak lakukan latihan
▶ Tahap kesihatan faktor penting. Gemuk dan tiada masalah kesihatan mahupun kecederaan adalah lebih baik dari kurus tapi ada masalah kesihatan. Namun sila PASTIKAN ANDA TELAH MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN terlebih dahulu.
▶ Faktor persekitaran. Sebenarnya banyak bukit-bukit di Malaysia yang sesuai untuk beginner mahupun orang gemuk. Seperti contoh Bukit Batu Putih (Port Dickson), Gunung Pulai 1 (Johor), Bukit Gasing dan banyak lagi.
Maka, terlalu kejam untuk merumuskan orang gemuk tidak boleh hiking. Andai faktor-faktor diatas berjaya diatasi, mengapa mereka tidak boleh mencuba?
Nasihat terakhir dari saya untuk orang gemuk di luar sana yang ingin mencuba hiking. "Hiking untuk sihat, bukan merosakkan badan ye".
- Hikers Nubis Kubis Sayur -
Kredit: Tuan Sharizal Aziz
Take Note : Suatu ketika dulu berat badan aku mencecah 9+kg. Alhamdulillah, sekarang berat badan aku dah berkurangan. Ini sebagaian hasil dari hiking. Yes, memang penat. Ya, memang pewai. Betul, memang rasa macam namaty. Aah, memang rasa putus nyawa.. tapi disebalik semua tu ada satu nikmat yang tak dapat aku ungkapkan. Alhamdulillah, aku gembira.
Sebelum hiking, pastikan stamina kita cukup. Boleh buat senaman, zumba, cardio, jogging dan sebagainya. Pemakanan juga perlu dijaga. Pastikan tidur secukupnya dan dapat rehat yang cukup. Ketika hiking, aku akan bekalkan coki coki dan air 100 plus untuk tenaga. Pastikan hiking dalam keadaan senyap. Jangan bercakap ketika hiking. Belajar cara kawal pernafasan dan kawal minda ketika kepenatan. Sentiasa fikir positif.
Itu sebahagian perkara yang aku amalkan.
Hiking | Redah Dan Santai
20 April 2019
Blogbabyshambles. Redah. Santai.
Assalamualaikum.
Hai gaissss 🙃
Lama sudah aku tak berpena disini. Berhabuk sudah blog kesayangan aku ni. Cewahhhh.. kesayanganlah sangat! Hahaaa gila kau tak sayang, inilah tempat untuk aku hidup dalam jiwa sendiri.
Okay, berbalik pada gambar diatas. Sebenarnya aku plan nak buat sticker dan baju hiking. Halahhh halahhhh tinggi menggunung planning aku, kan? Tapi apa salahnya. Nanti baju tu aku akan pakai setiap kali pergi hiking. Tapi itulah.. planning tu masih dalam pertimbangan lagi. Heheeee.. level compidenttt aku masih tidak setinggi planning!
Kebelakangan ni ada beberapa orang sahabat blogger pm aku, bertanya apakah keseronokan dan faedah yang aku dapat setiap kali hiking. Apa yang best sangat keluar masuk hutan. Tak penat ke panjat bukit dan gunung bagai. Tak takut ke sesat dalam hutan. Blaaa.. blaa.. bla..
Bagi aku, banyak faedah dan manfaat yang bagus setiap kali aku hiking. Penat? Tipulah kalau aku cakap tak penat! Penat itu biasalah. Sebab tu sebelum hiking, kita kena persiapkan fizikal dan mental. Jaga stamina dan jaga mental. Jaga pemakanan dan rajinkan diri lakukan senaman. Paling penting, belajar cara kawal pernafasan dan mental korang ketika berada dalam keadaan penat. Sila jangan barai. Sila jangan koyak. Sila jangan mengalah. Sila jangan berputus asa. Paling penting, sentiasa positif!!
Sejujurnya, waktu mula mula hiking dulu, tujuan aku adalah untuk turunkan berat badan. Alhamdulillah, ada penurunan. Hehee makin lama rasa macam makin best pulak. Masuk hutan, redah denai belukar, panjat akar kayu, jatuh tersadung, bermandi peluh, dengar helahan nafas kepenatan. Semua tu rasa sangat berbaloi bila sampai di puncak! Tak dapat nak diungkap dengan kata kata. Bila sampai puncak dalam keadaan penat, pastu nampak view yang sangat cantik. Subahanallah, tak tergambar dek akal. Rasa nikmat sangat. Yes, tu salah satu sebab kenapa aku suka hiking. Tu salah satu sebab kenapa aku suka masuk hutan dan itu salah satu sebab kenapa aku sentiasa menanti tibanya hujung minggu. Heheheeee...
Aku tenang dihutan. Aku rasa damai di hutan. Nikmatnya bilamana dengar bunyi unggas dan cengkerikkk. Nikmatnya bilamana jauh dari kesibukan kerja dan kebingitan manusia. Nikmat yang tak dapat aku nak perkatakan. Tidak terkata bossskur!
Untuk korang yang nak tengok gambar/view yang sempat aku rakam sewaktu hiking boleh ke instagram aku
Jawatan Kosong Juruteknik ON Semiconductor, Senawang
Temuduga terbuka Juruteknik ON Semiconductor di JobsMalaysia Negeri Sembilan!
Tarikh : 26 April 2019
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : JobsMalaysia N. Sembilan, Tingkat 2, UTC N. Sembilan, Ampangan, Seremban
Nota : Calon-calon perlulah berdaftar dan berstatus aktif sebagai pencari kerja di www.jobsmalaysia.gov.my untuk menghadiri temuduga ini
Selamat berjaya!
Tarikh : 26 April 2019
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : JobsMalaysia N. Sembilan, Tingkat 2, UTC N. Sembilan, Ampangan, Seremban
Nota : Calon-calon perlulah berdaftar dan berstatus aktif sebagai pencari kerja di www.jobsmalaysia.gov.my untuk menghadiri temuduga ini
Selamat berjaya!
Berjaya Turun 10KG Dengan Minum Klubna Laleh Dan Eat Clean
07 April 2019
Salah satu azam tahun 2019 aku adalah nak dapatkan BMI yang stabil. Azam yang sama setiap tahun sebenarnya. Azam yang tak pernah berjaya aku tunaikan pada tahun tahun yang sudah. Alhamdulillah, tahun 2019 ni tekad dan semangat aku menggunung. Halahhh.. halahhhh rilek sudah!
Kebelakangan ni, ramai sangat yang tegur aku dah kurus. Hahaaaa.. kembang semangkuk plak aku rasa! Alhamdulillah, usaha aku nampak hasilnya. Sebenarnya, aku tak rasa pun perubahan pada diri sendiri. Bila ada member member yang tegur, aku anggap itu satu gurauan, pada mulanya. Tapi bila dah lama lama, tergerak pulak hati nak timbang berat badan. Yessss, berjaya buang lemak degil!! Yeyehhh
Challenge With Klubna Laleh dan Challenge Eat Clean
Eat clean bukan saja dapat membantu cepatkan proses turunkan berat badan tetapi juga membantu bersihkan badan kita dari 'high fat' dan 'high sugar' yang selama ini jadi makanan ruji kita.
Sarapan
Minum segelas air kosong.
Lepas tu minum 1 sachet Klubna.
Makan sebiji / 2 biji epal hijau.
*Kekadang ambil 2 biji telur rebus*
**Pastikan habis 2L air kosong sebelum makan tengah hari. Bab nak habiskan 2L air kosong ni aku takde masalah sebab aku kerja dalam persekitaran yang panas dan kerja yang agak lasak. Jadi, tekak akan sentiasa dahaga dan peluh memang selalu keluar. Hah, part tandas tu kau jangan tanya, memang kerap aku ke tandas. Tapi itu normal sebab kencing salah satu cara buang toksin**
Tengah hari
Minum segelas air suam
Makan nasi, ikan, sayur, air suam
Makan sebiji epal hijau
**Waktu rehat aku hanya 1 jam so memang tak sempat nak balik rumah dan masak. Bawak bekal? Heheee.. aku bukanlah seorang yang rajin nak memasak, jadi tengah hari makan kedai je lah.**
Malam
Minum 1 sachet Laleh
Makan sebiji epal hijau @ betik
**Aku habis kerja pukul 6pm. Kekadang terlajak sampai malam. Jadi, waktu ni aku pun memikir jugak nak makan nasi ke tidak. Kalau rasa lapar baru mkn nasi. Sebelum tidur, aku akan pastikan 2L air kosong habis diminum.**
Doktor cadangkan 1Liter untuk 25KG berat badan. Badan aku perlukan 4L air kosong sehari. Jadi, korang agak berapa berat badan aku? Hahaaa! agak berat, kan. Air kosong zero kalori tau. Sebelum makan apa apa minum air kosong dulu. Lepas makan pun minum air kosong. InsyaAllah, dapat kawal nafsu lapar 😂
Take Note : Hujung minggu, sekiranya ada kelapangan aku akan hiking dengan kawan kawan. Ini juga salah satu cara aku bakar kalori dan cairkan lemak degil! Kalau tak hiking, aku akan joging. Sebenarnya takde lah joging sangat pun. Sekadar berjalan keluarkan peluh je. Lepas tu buat lompat bintang sikit. Itu je.
Alhamdulillah, usaha aku berhasil. Tapi misi aku masih belum tamat. Aku ada target dan aku sedang berusaha untuk capai target tersebut. Doakan semoga kejayaan milik aku ye.
Kepada korang yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan Klubna Laleh boleh ke page facebook Kopi Kurus Klubna Laleh atau boleh whatsApp aku terus www.wasap.my/60136462960 @ 0136462960.
Page Facebook : Kopi Klubna Laleh
Instagram : www.instagram.com/klubna.laleh
Kebelakangan ni, ramai sangat yang tegur aku dah kurus. Hahaaaa.. kembang semangkuk plak aku rasa! Alhamdulillah, usaha aku nampak hasilnya. Sebenarnya, aku tak rasa pun perubahan pada diri sendiri. Bila ada member member yang tegur, aku anggap itu satu gurauan, pada mulanya. Tapi bila dah lama lama, tergerak pulak hati nak timbang berat badan. Yessss, berjaya buang lemak degil!! Yeyehhh
Challenge With Klubna Laleh dan Challenge Eat Clean
Aku amalkan minum Klubna Laleh dan buat eat clean . Yes, berjaya buang lemak degil. Alhamdulillah.
Klubna Laleh sangat membantu aku dalam misi mendapatkan BMI yang stabil. Waktu pagi aku akan minum 1 sachet Klubna sebelum sarapan pagi dan waktu malam pula aku akan minum 1 sachet Laleh sebelum tidur.
Klubna membantu mengenyangkan perut aku sepanjang hari manakala Laleh pula membantu melawaskan pembuangan.
Eat clean adalah perkara yang paling penting dalam proses turunkan berat badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan 'tidak clean'. 80% kejayaan turun berat adalah pemakanan dan 20% lagi adalah senaman.
Macam mana nak tahan nafsu makan?
Aku tak tahan nafsu makan. Aku makan ikut keperluan dan makan makanan yang betul. Aku elakkan diri dari air manis/bergula, junk food, fast food, semua jenis sos, kerepek, kekacang, makanan yang berasakan gandum, makanan yang bergoreng, kek, biskut, aiskrim, coklet *hujung minggu waktu hiking aku akan makan coki coki*. Kekadang aku tersasar juga tapi cover semula dengan minum air kosong dan buat sedikit senaman. Hahaaa!
Menu yang diambil setiap hari.
Aku seorang yang agak payah nak ke dapur disebabkan kekangan masa. Setiap hari, waktu lunch aku akan makan kat kedai. Nasi, sayur, ikan dan air suam. Elakkan mengambil kuah banjir.
Minum segelas air kosong.
Lepas tu minum 1 sachet Klubna.
Makan sebiji / 2 biji epal hijau.
*Kekadang ambil 2 biji telur rebus*
**Pastikan habis 2L air kosong sebelum makan tengah hari. Bab nak habiskan 2L air kosong ni aku takde masalah sebab aku kerja dalam persekitaran yang panas dan kerja yang agak lasak. Jadi, tekak akan sentiasa dahaga dan peluh memang selalu keluar. Hah, part tandas tu kau jangan tanya, memang kerap aku ke tandas. Tapi itu normal sebab kencing salah satu cara buang toksin**
Tengah hari
Minum segelas air suam
Makan nasi, ikan, sayur, air suam
Makan sebiji epal hijau
**Waktu rehat aku hanya 1 jam so memang tak sempat nak balik rumah dan masak. Bawak bekal? Heheee.. aku bukanlah seorang yang rajin nak memasak, jadi tengah hari makan kedai je lah.**
Malam
Minum 1 sachet Laleh
Makan sebiji epal hijau @ betik
**Aku habis kerja pukul 6pm. Kekadang terlajak sampai malam. Jadi, waktu ni aku pun memikir jugak nak makan nasi ke tidak. Kalau rasa lapar baru mkn nasi. Sebelum tidur, aku akan pastikan 2L air kosong habis diminum.**
Doktor cadangkan 1Liter untuk 25KG berat badan. Badan aku perlukan 4L air kosong sehari. Jadi, korang agak berapa berat badan aku? Hahaaa! agak berat, kan. Air kosong zero kalori tau. Sebelum makan apa apa minum air kosong dulu. Lepas makan pun minum air kosong. InsyaAllah, dapat kawal nafsu lapar 😂
Take Note : Hujung minggu, sekiranya ada kelapangan aku akan hiking dengan kawan kawan. Ini juga salah satu cara aku bakar kalori dan cairkan lemak degil! Kalau tak hiking, aku akan joging. Sebenarnya takde lah joging sangat pun. Sekadar berjalan keluarkan peluh je. Lepas tu buat lompat bintang sikit. Itu je.
Kepada korang yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan Klubna Laleh boleh ke page facebook Kopi Kurus Klubna Laleh atau boleh whatsApp aku terus www.wasap.my/60136462960 @ 0136462960.
Kebaikan Minum Klubna
- kenyang sepanjang masa
- bakar lemak
- tenaga sepanjang hari
- lawas buang air kecil
- bantu masalah period tak teratur
- buang lebihan air dalam badan
- tingkat daya ketahanan
- awat muda
Kebaikan Minum Laleh
- atasi masalah sembelit
- kawal gula dalam darah
- kuruskan badan
- beri rasa selesa pada perut
- kurangkan kolestrol
- cegah sindrom iritasi usus
- kurangkan rasa letih dan mengantuk
Page Facebook : Kopi Klubna Laleh
Instagram : www.instagram.com/klubna.laleh
Langgan:
Catatan (Atom)