14 Julai 2017

Hadiah Terbaik Untuk Lelaki

Nak bagi hadiah untuk Atuk, Ayah, Pakcik, Abang, Adik Lelaki, Pakwe, Kawan Lelaki.. tapi pening nak bagi hadiah apa. Tak tahu.. penat dah berfikir tapi idea tak kunjung tiba. Alamakkkkk.. ini kes berat. Okay, meh sini hakak tolong ye. Dibawah ni hakak ada list kan beberapa barang yang sesuai diberikan oleh si lelaki. Terpulang pada anda nak diberikan dalam bentuk apa.

1. WALLET. Belikanlah mereka wallet baru. Mereka ni banyak yang jenis selagi tak hancur, selagi tu dia pakai.

2. PERFUME. Bukan nak kata mereka ni busuk, tapi mereka ni kekadang tak sedar ,penting gak benda ni. Perempuan kan suka benda wangi. Heheheee :)

3. TALI PINGGANG. Ini pun sama kes macam wallet. Selagi tak putus dua, kepala tak tercabut, selagi tu dia pakai.  Beli jenis yg dia pakai.

4. STOKIN. Jangan hekeleh sangat. Kau pergi tanya dia, stokin dia semua berpasang-pasangan tak? Kalau dah kahwin kau boleh jaga. Kalau tak?

5. KEMEJA KOSONG. Kalau rasa mereka agak buncit, jangan beli slim fit ala-ala kpop. Senak perut dia satgi. Beli regular fit.

6. CD/DVD band kesukaan beliau. Lelagi limited edition punya. Fullamak. Kalau dia dapat, dia rasa nak lambung-lambung kau tau!

7. External KEYBOARD dan juga MOUSE. 1, design kena gempak. 2, hanya gamers yang memahami benda ni. External keyboard is bae okey!

8. SHAVER. Yang paling lawa kat dalam kedai tu. Percayalah yang shaver sedia ada duk cukur misai tu dah tumpul tapi mereka steady duk tonyoh jugak.

9. BOXER. Ini kalau kau jenis berani la. Kahkahkah.

10. PS4. Kalau duit banyak, nak dia happy macam dapat pergi bulan, PS4 la. Apa lagi. Tapi jangan sedih kalau diketepikan okey? LOL

11. GoPro. Anda akan menukar si dia yang tak suka selfie kepada suka selfie. Boleh la join sekali nanti. Nak acah acah adventure pun boleh

12. SAPU TANGAN. Simple tapi sangat dikira sebagai mengambil berat. Sejuk hati dia bila panas, dapat lap peluh guna sapu tangan kau bagi

13. LUNCH BOX. Untuk bekal ke tempat kerja. Nak lagi power, masukkan lunch sekali. Jangan bagi Tupperware. Ada risiko nak hilang hahaha

14. JAM TANGAN. Hampir terlupa. Sesungguhnya lelaki amat suka jam tangan (tak semua). Walaupun boleh tengok jam kat phone, feeling tu lain

15. TOPI (optional). Sebabnya kan sedih tau topi dia tak pernah berbasuh. Kalau cicak sesat kat dalam, berbuih mulut dia.


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

4 ulasan:

  1. saya sebagai lelaki, saya pilih ps4 hehe

    helloaiman

    BalasPadam
  2. Gajet2 memang tak tolak la...ps4 dan gopro memang on

    BalasPadam
  3. tq sharing,. tq ye. sngt bergunaaa untuk ideaaa.. :)

    BalasPadam
  4. There is a chance you are eligible to get a PLAYSTATION 4.

    BalasPadam