13 Julai 2017

Cabaran Kurus 30 Hari #Hari1

Assalamualaikum,
#cabarankurus30hari

Hakak tengok awak yang kurus, slim. Cantik je pakai baju pelbagai jenis. Mudah je nak cari baju pelbagai saiz. Hakak jelous. Serius hakak jelous giler. Dah lama hakak memasang angan angan nak pakai baju kebaya, nak pakai baju cantik cantik, nak pakai kasut cantik cantik tapi amapa boleh buat.. tiada saiz untuk hakak. Sedihh.
.
.
Sebelum ni hakak pernah mencuba diet atkin. Amalkan tidak makan nasi, hanya makan sayur dan telur. Tapi keinginan dan target hakak seakan tidak kuat. Akhirnya hakak kecundang. Hakak juga pernah cuba, makan nasi dalam kuantiti yang sedikit. Tapi akhirnya kecundang juga. Mungkin mental hakak tidak kuat. Hurmmm.. akhirnya angan angan menjadi omong kosong..
.
.
Lama hakak berfikir, sampai bila hakak nak jadi macam ni. Umur semakin meningkat, kesihatan semakin merosot, pastu berat semakin bertambah. Ishhhh.. tak boleh jadi ! Hakak nak kurus ! Kali ni hakak tukar niat. Nak kurus untuk sihat. Hakak tekad dan tekad. Hakak tekankan dalam kepala.. kalori.. kalori.. kalori.. akhirnya hakak jumpa satu produk tea. DETOX TEA MEDINA DESIRE.
.
.
Hakak tengok testimoni.. ramai yang berjaya.. lelaki pun minum.. ibu dalam pantang pun minum.. cara minum agak mudah.. lalu hakak pun masej seorang agent.. hakak risik bertanya itu dan ini.. agent tersebut terangkan dengan sabar dan tabah.. biasalah kita nak cuba sesuatu produk, mesti nak tahu detail, kan.. hakak bertanya dan tanya akhirnya terbuka hati untuk beli dan cuba. Ingat lagi, untuk permulaan hakak order 2 paket Slimming detox Tea (SDT) tapi bila sampai kat rumah tetiba jadi 3 SDT. Bila tanya agent tersebut, katanya dia saja bagi free satu sebab dia tengok hakak macam bersungguh nak cuba. Hihiii.. terharu sangat rasa.
.
.
Maka bermulalah hari hari detok hakak. Untuk SDT, minum setiap malam sebelum tidur. Hakak amalkan rebus 1 uncang dalam 500ml air. Hakak akan minum setiap hari selepas maghrib dan sebelum tidur. Amalkan setiap malam. Alhamdulillah, bangun esok pagi terus buang air besar dengan lancar. Badan rasa ringan. Makin lama, rasa sakit tumit kaki makin berkurangan. Badan pun dah mudah nak bangun bila duduk bersila. Rasa sakit lutut pun dah berkurangan. Paling penting, perut buncit oun dah semakin hilang. Alhamdulillah, syukur. Rasa happy sangat !
.
.
Hakak minum 2 paket SDT, rasa puas hati dengan perubahan yang dialami. Berat badan pun makin turun, susut. Sukanya hati. Lalu hakak ambil keputusan untuk jadi agent. Tanpa ragu dan was was.
.
.
Sejak jadi agent, hakak amalkan minum Set Combo (Slimming detox tea + kaki cantiq tea) dan juga Lotion Maryam. Alhamdulillah badan rasa lega sangat. Hakak raya sekarang makin mudah untuk bergerak. Sudah boleh berjalan laju. Huhuu.. sukanya hati ini..
.
.
Sebenarnya sudah beberapa bulan hakak amalkan semua ni. Tapi beberapa hari ni rasa macam nak cabar diri lalu wujudlah cabaran kurus 30 hari. Hakak target dalam masa 30 hari, hakak akan dapat berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian hakak ni. Takde dah obesiti ni. Doakan hakak kuat semangat ye.
.
.
Seperti biasa setiap hari, hakak akan minum segelas detox tea waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur. Disamping tu, hakak juga amalkan sapu lotion maryam.
.
.
Untuk permulaan hari ni, hakak mulakan senaman dipetang hari. Jogging. Target nak turunkan berat badan punya pasal, hakak tak peduli ada teman ke tidak yang penting jogging tetap jogging. Huhuuu untuk hari ni, hakak join sekali dengan bebudak kelas. seperti yang korang tahu, bebudak kelas hakak semua lelaki so hakak pun kentalkan jiwa je. Huhuuu.. tak sangka sebenarnya, hakak boleh tamatkan dua pusingan non stop. Kalau sebelum ni, satu pusingan pun dah pancit, semput. Alhamdulillah, hakak merasai perubahan badan yang positif. Semoga usaha hakak ni ke hari yang terakhir. Semoga capai target.

Kebaikan Lotion Maryam
** Membakar lemak dari luar
** Membentuk semula bentuk badan
** Mengempiskan perut
** Mengecilkan peha dan betis
** mengecilkan lengan
** Melicinkan kulit
** Menghilangkan selulit
** Berbau wangi dan menenangkan
** Tidak melekit.

Cara guna
** Sapu lotion di perut dan peha serta tempat tempat yang anda ingin kecilkan.
** Sapu selepas mandi
** Sapu pada waktu pagi dan waktu malam

Untuk korang yang berminat nak cuba/ guna lotion maryam dan detox tea boleh rojer hakak
WhatssAp : 013 6462960

Hakak dah merasai sendiri hasilnya. Jadi tak salah hakak nak kongsi dengan korang, kan.
Korang boleh view ig hakak untuk testimoni @detoxteamedinadesire1 atau
Korang boleh ke page Fb hakak Medina Desire Detox Tea

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

4 ulasan:

  1. moga berjaya , insyaAllah kalau usaha tanpa putus ada mesti ada hasilnya

    BalasPadam
  2. semoga berjaya.!! dun givap.. CT pun banyak kali kecundang hehe memang xleh lari godaan makanan..

    BalasPadam
  3. New Diet Taps into Pioneering Plan to Help Dieters LOSE 23 Pounds within Only 21 Days!

    BalasPadam