Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Selamat Pagi


Assalamualaikum & selamat pagi..
Mulakan  dengan Bismillah beserta dengan senyuman.
Semoga hari ini hari yang diberkati

Pagi ni, hari ni.. aku kembali dengan rutin harian sebagai seorang pelajar. Bangun pagi.. berebut toilet.. sarapan pagi.. perhimpunan pagi.. masuk kelas.. bla.. bla.. bla.. blaaa...

Setakat ni, aktiviti aku dekat sini berjalan seperti biasa. Masih mengikut jadual dan masih berlandaskan jadual sebagai seorang pelajar. Heheee.. untuk setakat ni. Esok, lusa, aku masih tak pasti.. mungkinkah aku yang kembali akan langgar peraturan.. sama seperti semester satu dan dua dahulu.. sama seperti sebelum aku keluar latihan industri pada setahun 6bulan yang lepas.. mungkinkah?

Aku harap semester ni aku dapat lalui dengan ketenangan. Aku dapat hadapi setiap yang mendatang dengan aman bahagia dan tenteram. Aku cuba rancang dan aku cuba pastikan rancangan aku berjalan dengan lancar. Aku mohon jangan ada yang usik atau ganggu ketenteraman hati aku disini. Huhuuu...

Okaylah, pagi ni aku sempat berblogging.. bangun pagi, berebut toilet.. solat dan kemaskan apa yang patut sikit-sikit.. pastu masa yang ada aku curi untuk blogging kejap sementara tunggu masa bersiap-siap untuk sarapan pagi dan perhimpunan pagi sebelum ke kelas.

Sejujurnya, aku agak berdebar dan cuak untuk hari ni. Iyalah.. hari pertama aku nak memulakan semester 6, semester terakhir aku disini. Takut.. sebab majoriti dekat sini muka baru.. senior aku ramai yang dah habis belajar. Yang tinggal pun ada beberapa orang sahaja lagi. Aku harap semua berjalan lancar. Okaylah, jam pun dah dekat pukul 7 pagi.. aku nak bersiap.. pergi sarapan.. nanti jam 7.30pm nak perhimpunan pagi plak. Morning gais. Doakan kehidupan aku disini aman, bahagia dan tenteram ye. Wassalam

2 ulasan