11 November 2017

Makanan Yang Boleh menghilangkan Rasa Mengantuk Selain Dari Kopi


Bila ditanya apa cara nak hilangkan ngantuk, mesti jawapan kita kopi kan? Tapi hati-hati ye, pengambilan kafein yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita tau. Sebenarnya, selain kopi, ada banyak bahan lain yang boleh hilangkan ngantuk. Antaranya:

1) Coklat hitam

Coklat mengandungi kandungan kafien yang rendah namun boleh membuatkan kita lebih segar dan bertenaga. Bukan setakat sedap je tau, tapi boleh buang perasaan mengantuk kita tu.

2) Buah avocado

Buah avocado ini kaya dengan potassium iaitu sejenis mineral yang membuatkan anda bertenaga sepanjang hari. Makan separuh sahaja buah avocado ini masa breakfast sudah cukup sebagai bekalan sebelum masuk waktu tengah hari.

3) Pisang

Kebanyakan dari kita sudah gemar memakan buah pisang ini. Ia boleh dijadikan sebagai kudapan ketika lapar dan berkesan untuk menghilangkan ngantuk.

4) Kacang almond

Kacang almond kaya dengan Vitamin E, B6 dan folat. Ia mampu menambah tenaga tanpa menggemukkan badan kita. So, kalau mengantuk, cepat-cepatlah makan makan kacang almond ni!

Ni dah tahu ni, bolehlah kurangkan minum kopi ye.

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

4 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian. Nasib baik lah ada option lain.

    BalasPadam
  2. yg no 1 tu gee paling suka!hehe

    BalasPadam
  3. Wah! Kalau begitu saya pilih avocado. Memang betul kopi boleh hilangkan mengantu, tapi tak semua orang boleh terima (saya minum kopi untuk sarapan pagi, sampai esok pagi baru boleh tidur, itupun dengan rasa sakit kepalanya sekali).

    BalasPadam
  4. Tapi kalau ira minum kopi pun masih mengantuk kak, acane ? Tidur je jalan yang ada. 5 minit pun takpe. Hahaha.

    BalasPadam