11 November 2017

Waktu Yang Dilarang Mandi Dan Waktu Yang Baik Untuk Mandi


WAKTU YANG DILARANG MANDI DAN WAKTU YG BAIK UTK MANDI

Mandi tidak hanya berfungsi membersihkan tubuh dari kotoran, tapi juga menyegarkan badan setelah lelah beraktiviti. Sayangnya ada sebahagian orang yang kurang memahami pentingnya mandi.

Padahal ada beberapa pepatah yang menyebutkan bahawa “bersih itu pangkal sihat”, ada pula dalam hadits yang menyebut “kebersihan sebahagian daripada iman”. Yang ertinya dengan menjaga kebersihan, sama ertinya kita menjaga kesihatan dan juga keimanan.

Selain memahami pentingnya mandi, ada satu hal lagi yang harus kita perhatikan, yakni waktu mandi.
Kenapa demikian?

Teryata ada beberapa waktu dimana kita dilarang mandi, kerana dapat berisiko mengganggu kesihatan dalam jangka panjang.

Waktu yang dilarang Mandi :

1.30 Minit Setelah Solat Asar.

Pada waktu ini, kondisi darah dalam tubuh sedang panas, sehingga jika kita mandi, maka akaj mengakibatkan rasa lelah dan letih.

2.Setelah Maghrib

Mandi setelah maghrib juga termasuk dilarang, kerana kondisi jantung pada saat itu mulai lemah. Selain itu, mandi pada saat itu juga meningkatkan risiko penyakit paru-paru berair.

3.Sesudah Isya' hingga jam 12 malam

Sesudah isya’, merupakan waktu dimana jantung kita beristirahat. Mandi pada saat itu akan menyebabkan kerosakan jantung.

Lebih baik mencegah daripada mengubati, bukan? Nah, jika ada larangan waktu mandi kerana dapat meningkatkan risiko penyakit, apakah kita masih mau mengambil risiko tersebut?

Hem, jika ada waktu yang dilarang untuk mandi, lalu waktu bilakah baik utk mandi ?

Waktu yang baik untuk mandi.

1.Mandi pada waktu subuh maupun sebelum subuh

Mandi pada waktu itu sangat digalakkan kerana kandungan ozon dalam air lebih tinggi sehingga membuat badan lebih segar dan lebih awet muda.

2.Mandi pada waktu Asar

Mandi setelah bangun tidur siang akan membuat tubuh lebih segar. Selain itu, mandi pada waktu asar juga membuat kekebalan tubuh lebih meningkat sehingga kita tidak mudah terkena penyakit.

3.Jika tiba waktunya mandi, maka segerakan mandi dan jangan menunda-nunda hingga tiba waktu yang dilarang. Kerana alangkah ruginya jika hanya kerana sikap yg kurang menitik beratkan kesihatan tubuh kita harus menanggung masalah kesihatan sepanjang hayat.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Group FB
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

3 ulasan:

  1. Huhuhu manfi sblm subuh je buat... yg lain ke laut la... selalu mandi seblm maghrib... yambah2 klau balk kerja dah lewat mmg mandi pun lewat

    BalasPadam
  2. mandi lewat malam tu selalu dengar tak boleh. sbb boleh kena paru2 berair.

    BalasPadam