02 November 2017

Rindu | Mimpi Itu Mainan Tidur


Aku mimpi dia. Ini kali ketiga rasanya aku mimpi tentang dia. Apakah makna disebalik mimpi ini? Hurmmmm mungkin sebab aku terlalu rindukan dia kot.

Mimpi pertama, aku tak berapa ingat. Ingat ingat lupa gitu. Tapi yang pasti aku mimpi tentang dia.

Mimpi kedua, aku mimpi tempat tinggal dia. Tapi bukan tempat tinggal asal dia. Ini tempat tinggal mana entah. Sekali imbas aku teringat tentang mimpi tu, macam aku kenal tempat tinggal tu. Tapi tak pasti kenal ke tidak. Dalam mimpi tu aku terjumpa dia. Tapi acah-acah buat tak perasan. Sebab aku nak dia tegur aku dulu. Tapi dia mungkin tak perasan aku kot. Jadi aku dekat kan diri supaya dia perasan kehadiran aku. Tapi dia masih tak perasan. Aku dekatkan lagi. Dia pandang aku tapi tak tegur. Waktu tu dia macam berada dalam sebuah rumah. Dalam tua da dua tia orang lagi kawan dia. Ada lelaki dan perempuan. Keadaan rumah tu sederhana. Kawasan depan rumah tu macam terbiar tapi bahagian belakangnya nampak kemas. Dia langsung tak tegur aku. Akhirnya aku yang tegur dia dulu. Aku panggil nama dia. Lepas tu cepat-cepat dia tutup pintu. Aku sentap pastu berlinang air mata. Tangan aku pegang pintu tu sambil memanggil manggil nama dia. Pintu tu pintu kaca. Aku merintih di tepi pintu tu. Meminta dia buka pintu. Aku cakap, aku rindu. Aku tanya kemana dia pergi selama ni. Kenapa dia tiba-tiba menghilangkan diri. Kenapa dia tiba tiba putuskan contact dengan aku. Tapi dia diam seribu bahasa. Aku memanggil manggil dan akhirnya dia buka pintu.

Aku pandang raut wajah dia. Mata dia merah. Ada sisa airmata. Dia menangis, mungkin? Dia pandang aku seribu bahasa lepas tu senyum. Dia panggil aku 'kakyong' sambil senyum. Sungguh aku rindu panggilan tu keluar dari mulut dia. Dia tegur aku macam biasa. Bertanya khabar. Bergurau senda. Menyakat aku. Waktu tu aku duduk di tepi pintu bahagian luar dan dia duduk di tepi pintu bahagian dalam. Kami bergelak ketawa. Gembira je aku rasa. Tanpa sedar aku tengok jam. Okay, hampir dua jam kami berborak. Aku nak beransur balik. Aku cakap kat dia jangan hilang lagi. Lepas ni sentiasalah contact aku. Aku nangis. Airmata jatuh sebab sendu nak balik. Aku nampak dia senyum. Lepas tu aku pusing belakang dan melangkah. Terus terjaga dari tidur. Aku nampak roommate kat katil sebelah. Aku raut wajah, terasa airmata berlinangan di tubir. Arghhhhh ini mimpi. Aku ingatkan nyata. Auu ingatkan ini betul-betul berlaku. Sedihhhh...

Mimpi ketiga, aku tak berapa ingat sangat. Tapi yang pasti aku mimpikan dia. Kalau tak silap aku dalam van/kereta. Di trafik light aku nampak dia. Pandang kiri kanan untuk melintas jalan. Aku perasan dia. Aku panggil nama dia dua tiga kali. Tak pasti dia dengar ke tidak. Dia macam tergesa gesa. Hurmmm... aku terus keluar dari van/kereta tu pastu meluru ke arah dia. Tapi dia macam terkejut. Dia jarakkan diri dari aku. Aku tak faham sangat situasi ni. Aku tengok dia macam terkial kial. Dia macam nak sembunyikan sesuatu dari aku pun ada. Aku tak faham. Hurmmm....

Mimpi itu mainan tidur. Ada orang kata, bila kita mimpikan seseorang, sebenarnya orang itu sedang rindukan kita. Betul ke? Betul ke dia tengah rindukan aku? Entah. Aku tak pasti. Apapun aku doakan semoga dia sentiasa sihat walau dimanapun dia berada. Semoga segala urusan dia dipermudahkan. Sesungguhnya dia salah seorang sahabat yang aku sayang. Sahabat yang sentiasa ada dikala aku susah dan senang waktu aku latihan industri di Seremban aritu. Walaupun aku baru lagi kenal dengan dia, Tapi dia boleh masuk kepala dengan aku. Layan kerenah aku yang merapu merapan dengan sabar. Aku rindu kau bro. Rindu kau sangat sangat. Semoga kau selamat dan sihat. Harap suatu hari nanti demo kembali contact kawe pih. wan muhammad afif wan salimi a.k.a matpih

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan:

  1. kadang bila kita terlalu mainkan dia dalam kotak fikiran kita, ia akan munculkan ilusi dia dalam mimpi kita. sebab itu kalau terlalu rindukan seseorangkan, dia akan muncul dalam mimpi kita.

    BalasPadam