02 November 2017

Wanita Itu Kaya Jiwanya


WANITA ITU KAYA JIWANYA

Wahai sekalian wanita tak kiralah ibu , ummi , mama dan bonda.
Berstatus anak dara , balu atau pun janda.
Yang masih muda ataupun telah tua atau yang sedang - sedang aja.
Sesungguhnya kamu adalah sebaik - baik perhiasan dunia kerana solehah dan kaya jiwa.

Kamu hadapi ujian dengan senyuman dan tertawa.
Kamu sembunyikan kesedihan dan airmata.
Tertawa dan menangislah kerana wanita itu kaya dengan airmata.
Tatkala gembira ia menangis gembira.

Dan tatkala berduka pun ia menangis semau - maunya.
Tidak apa - apa kerana sememangnya Allah telah menciptakan tangisan dan tertawa.

Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis
( Surah An - Najm ayat 43 )
Allah Taala tidak akan menyiksa hambaNya di sebabkan airmata dan kesedihannya

TETAPLAH BERTAHAN ...
SEKUAT mana seorang wanita cuba menghadapi DUGAAN.
SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN.
SETENANG mana seorang wanita cuba menyembunyikan KESEDIHAN.

Walau di wajah ada SENYUMAN.
Adakalanya AIRMATA tetap BERGUGURAN.
Lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN.
Namun tetap MEMENANGI sebuah UJIAN.

Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
Yang memimpin wanita itu bukan AKAL nya tetapi HATI NYA ( PERASAAN NYA )
Di dalam KEPALA mereka ada KEKURANGAN tetapi di dalam HATI mereka ada KELEBIHAN.

H.R.Al - Hakim

Tetaplah bertahan walau sebanyak mana ujian menimpa kerana kita telah di kurnia kekayaan jiwa.
Tidak mengapa menangis dan tertawa tetapi jangan lupa sulam dengan sabar , doa dan redha.
Semangat buat kita - kita kaum wanita yang mau menjadi perhiasan dunia.
In shaa Allah Ya Allah bantulah kami semua.

Sumber : Tazkirah net
Take Note : Pokok pangkalnya wanita itu kuat dan berselindung disebalik senyum kerana senyuman menutup kelukaan hati
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: