08 November 2017

Sedih | Kecuaian Semakin Menjadi-Jadi Bila Dekat Dengan Tarikh Final Exam


Dah lama tak menangis. Tetiba petang ni rasa macam nak menangis. Seribu macam perasaan yang aku rasa saat ini, waktu ini dan ketika ini. Apa yang jadi pada aku sebenarnya ni? Kenapa cuai sangat? Hurmmmm... hari ni litar kawalan motor auto-transformer. Aku buat sengan semangat. Semangat ke? Entahlah. Aku buat hingga siap. Sebelum buat pengujian litar hidup, aku dah buat pengujian secara visual dan yang berkaitan dengannya. Okay, litar elok je menjadi. Semua bersambung. Tapi bila masukkan motor, semua tak menjadi. Trip!!! Perhhhh sakitnya hati. 

Aku check sekali lagi. Dimana silap sebenarnya. Okay, aku tertukar kabel di transformer. Cuainya! Kenapa aku tak nampak kesalahan disitu? Kenapa ain! Aku buat ujian kali kedua. Okay, litar hidup. Tapi sampai part  emergency switch, dah kenapa dua biji lampu merah menyala. Sepatutnya hanya satu lampu merah sahaja. Alahai masalah lagi! Okay, aku check dan cari dimana salahnya. Puas dicari aku tak jumpa. Mintak tolong Din troubleshoot dimana silap litar tu. Puas mencari akhirnya jumpa. Katanya aku tersilap loop cable pada emergency button. Aik, sebelum ni aku guna elok je. Takde masalah pun dekat loop tu. Tapi Din cakap aku salah disitu. Okay, aku ikut cakap Din. Tukar dari U2-U4 kepada U1-U3.

Aku pun buat ujian litar hidup lagi sekali. Okay, litar menjadi. Litar kawalan hidup. Litar motor hidup. Aku mampu menarik nafas lega. Semangat tunggu lecture datang untuk test. Hampa. Test dengan lecture, masalah lain pulak yang timbul. Kenapa.. kenapa lepas satu.. satu masalah yang muncul. Dimana lagi salahnya kali ni. Kepala aku dah mula serabut weh. Kabel dalam panel pun dah serabut. Dah takde kekemasan lagi. Waktu ni rasa macam nak menangis je. Kenapalah dengan litar  ni. Apa lagi masalahnya kali ni. Apa lagi yang silap??

Kali ni Mojo plak tolong aku. Tolong.. tolong.. tolong.. dia cari mana pulak kesalahan yang timbul. Hurmmm... katanya aku salah masuk kabel. Jadi aku tukar beberapa kabel ikut pada bacaan dia dalam litar aku. Banyak jugak yang tukar. Tukar.. tukar.. dan tukar. Waktu ni aku dah kusut. Dah tak dapat nak fikir apa. Airmata tunggu masa je nak menitis.

Aku test lagi untuk kali yang ke berapa, entah. Mula-mula aku check dengan mojo sahaja. Risau gak kalau terus check dengan lecture tiba-tiba litar tak menjadi nanti. Alhamdulillah, litar menjadi. Hidup dengan jayanya. Tapi aku dah tak berapa confident waktu ni. Sebab dah terlalu banyak masalah pada papan panel aku. Jadi selagi tidak berjaya test dengan lecture, aku tak nak menarik nafas lega lagi.

Aku berdebar menunggu giliran untuk test dengan lecture. Hurmmm.. risau weh! takut, seram, cuak, semua ada. Okay, giliran aku pun tiba. Satu persatu.. bermula dari selector switch manual, lepas tu auto dan akhir sekali limit switch sebelum ke litar utama. Alhamdulillah, akhirnya litar aku hidup dengan jayanya. Aku mampu menarik nafas lega. Waktu ni baru terasa letih. Penat mencari mana masalah yang timbul.

Aku cuai. Itu yang dapat aku simpulkan hari ini. Terfikir, Kenapa semakin dekat dengan final aku menjadi semakin cuai. Kenapa? Padahal sebelum ni aku buat litar motor dan aku test, elok je hidup. Sekali test terus berjaya. Tiada masalah yang timbul. Sebelum ni aku takde pun kesilapan salah masuk kabel, tertukar Normally Open (N/O) dan Normally Closed (N/C), lampu tidak menyala dan macam-macam lagi masalah yang aku jumpa hari ni. 


Kenapalah aku jadi cuai sangat. Semalam pun sama. Aku buat litar kawalan motor forward-reverse. Aku buat pengujian, tetiba trip. Cari punya cari rupanya ada arus bocor ke bumi. Alahai cari punya cari memang gigih gila. Rupanya ada toching dalam limit switch. Perhhh sakitnya hati aku. padahal sebelum ni okay je. Eloknya menjadi dengan jayanya. Huh!

Aku harap dalam exam nanti aku tidak cuai seperti hari ini dan semalam. Risau jugak, kalau nak test tetiba trip. Nanti tak pasal-pasal aku gagal. Aku taknak ulang exam. Aku harap sangat lepas ni dah takde masalah seperti hari ni. Semoga aku lebih berhati-hati lepas ini.

IsyaAllah, aku akan exam pada 4 Disember 2017. Maksudnya aku ada lagi 3minggu 5hari untuk siap sedia apa yang patut. Semoga aku lulus dengan cemerlang. Ujian Teori. Kawalan Motor. Papan Suis Utama. Ujian Lisan. Semoga Ain berjaya, Aamin.

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: