21 November 2017

Tenang Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu


14 Pekara Tentang Wanita...


Ramai yang mengatakan kaum wanita mempunyai personaliti yang sangat merumitkan dan sukar untuk diramal. Yeke?

Nak dijadikan cerita, ada satu kajian saintifik yang telah dilakukan untuk merungkai hal sebenar tentang diri seseorang wanita.

Walaupun ada wanita yang mengatakan lelaki dan wanita sama sahaja, tiada bezanya, itu adalah salah kerana kajian ini telah membuktikan sifat seorang wanita itu berbeza dengan lelaki.

Jom kita lihat antaranya adalah:

1.Jantung wanita berdegup lebih pantas berbanding lelaki.

2.Wanita membakar lemak lebih perlahan daripada lelaki, iaitu kira-kira 50 kcal sehari.

3.Wanita mempunyai sistem imunisasi yang lebih kuat berbanding kaum adam.

4.Diameter rambut wanita 2 kali ganda lebih kecil berbanding lelaki.

5.Wanita mempunyai deria rasa manis yang lebih berbanding lelaki.

6.Wanita lebih baik dalam membezakan antara warna berbanding lelaki kerana sensitiviti kromatik bersambung terus kepada kromosom X.

7.Wanita berkelip 2 kali ganda berbanding lelaki.

8.Kulit wanita 10 kali ganda lebih sensitif daripada kulit lelaki.

9.Tubuh wanita adalah lebih fleksibel jika hendak dibandingkan dengan lelaki.

10.Wanita boleh mengesan frekuensi bunyi jauh lebih baik daripada lelaki.

11.Sebanyak 30% wanita hamil mengidam makanan yang tidak boleh dimakan sewaktu mengandung.

12.Wanita menangis dalam purata 30 – 64 kali setahun, dan lelaki pula hanya menangis sebanyak 6 – 17 kali.

13.Sejak lahir lagi, wanita dikurniakan deria bau yang baik berbanding lelaki.

14.Wanita mempunyai saraf reseptor yang lebih kuat daripada lelaki, jadi jika terluka mereka akan lebih rasa sakit.

Satu kelebihan wanita yang sangat ditakuti oleh lelaki ialah kehebatan mereka membebel. Menurut kajian seorang wanita bercakap 7000 - 8000 patah perkataan sehari berbanding lelaki hanya 2000 - 3000 patah perkataan. Hebat kan?

Sumber : Remaja
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: